Kelompok Pos

PENGENALAN

Antara kebimbangan biasa yang bermain di fikiran pelanggan bila membuat tempahan dari kedai Online adalah:

  • Memikirkan adakah bayaran telah diterima oleh peniaga?
  • Adakah tempahan yang dibuat akan diproses untuk penghantaran?
  • Adakah tempahan yang dipos akan diterima dalam jangkamasa munasabah?

Seksyen ini akan membantu anda memahami bagaimana kami mengambil tanggungjawab untuk memproses tempahan anda. Harap dapat merungkai persoalan tersebut.

.

Sebelum itu, saksikan bagaimana kami bungkus order anda (produk terpilih) menggunakan ‘bubble wrapping’.

Klik untuk tonton video:


.

RINGKASAN

Tempahan yang dibuat secara online melalui sistem MYORDER akan diproses untuk penghantaran secara berkelompok dan biasanya sampai antara 1~3 hari bekerja selepas dari tarikh kurier dibuat bagi lokasi Malaysia Barat (Semenanjung Malaysia) & 3~5 hari bekerja bagi lokasi Malaysia Timur (Sabah, Sarawak & W.P Labuan).

buku-log-order-produk-era-edar-salindah_s
BUKU LOG BAYARAN (2006-2013): Setiap Makluman Bayaran oleh pelanggan akan direkodkan secara manual ke dalam Buku Log Bayaran dan ia digunakan sebagai rujukan utama kami untuk mengesahkan bayaran. Status rekod order pelanggan masih lagi ‘Pending’ sehinggalah kami masukkannya ke dalam Kelompok Kurier (Courier Batch) terhampir untuk proses penghantaran. Makluman status ‘Processing’ akan dihantar melalui alamat e-mail pelanggan. Sila semak dalam Inbox/Spam List.

.

Samsung Galaxy Note 3-Rekod Tempahan & Bayaran
Samsung Galaxy Note 3 (2014-sekarang): Merekod tempahan & bayaran pelanggan sebelum dimasukkan ke dalam sistem pemprosesan Kelompok Kurier.

.

MAKLUMAT LANJUT

  • Tempahan produk Edaran Salindah melalui kedai online MYORDER boleh dicapai melalui alamat rasmi www.edaransalindah.com.my atau www.myorder.com.my
  • Status permulaan bagi setiap tempahan online adalah Pending yang bermaksud menunggu makluman bayaran atau menunggu bayaran disahkan oleh pihak Pengurusan (jika anda telah membuat makluman bayaran)
  • Bayaran tempahan MYORDER yang dimaklumkan & disahkan sahaja akan diproses untuk penghantaran secara Kelompok Kurier (Courier Batch).
  • Kelompok Pos dijadualkan 4 hari seminggu pada Hari Bekerja .
  • Tarikh Kelompok Pos boleh di semak di atas.
  • Hari Bekerja untuk Kelompok Pos adalah berdasarkan W.P Kuala Lumpur iaitu pada:
    ISNIN,
    SELASA,
    RABU &
    KHAMIS &
    JUMAAT.
  • Shipping Cut-Off Time pada pukul 9.30am tarikh Kelompok Pos
  • Order & bayaran yang dibuat serta dimaklumkan hari ini akan diproses untuk penghantaran pada tarikh Kelompok Pos berikutnya.
  • Walau bagaimanapun, tarikh Kelompok Pos sebenar di mana order anda ditempatkan akan ditentukan sepenuhnya oleh pihak Pengurusan EDARAN SALINDAH
  • Servis kurier/Pos mana yang digunakan juga akan ditentukan oleh pihak Pengurusan EDARAN SALINDAH
  • Parcel tempahan anda biasanya sampai antara 1~3 hari bekerja selepas dari tarikh Kelompok Pos untuk lokasi Malaysia Barat (Semenanjung Malaysia) & 3~5 hari bekerja bagi lokasi Malaysia Timur (Sabah, Sarawak & W.P Labuan)
  • Status tempahan anda akan disetkan kepada Processing yang bermaksud bayaran anda telah disahkan & tempahan anda akan diproses untuk penghantaran dalam Kelompok Pos yang dinyatakan.
  • Sistem kami akan menghantar info rujukan parcel selepas order diproses pos.
  • Untuk semak status & jejak penghantaran (Track Shipment) tempahan anda, klik di sini

 

.

sms makluman status pos order salindah examo online-03
Contoh SMS: Sejak tahun 2015 hingga kini, kami menggunakan sistem SMS untuk membuat makluman status pos tempahan online pelanggan. Jadi semak SMS anda ye!

.

PENYEDIAAN PARCEL KURIER

Proses Kelompok Kurier
Kakitangan melakukan proses pembungkusan parcel tempahan pelanggan mengikut Kelompok Kurier yang ditetapkan.

.

Parcel tempahan pelangan sedia dipungut oleh pihak kurier untuk penghantaran kepada pelanggan
Sebahagian parcel tempahan pelangan sedia dipungut oleh pihak kurier untuk penghantaran kepada pelanggan.

.

pos order salindah examo online-01
Kelompok Pos Harian

.

pos order salindah examo online-02
Kelompok Pos Harian

.s
PENTING:

  • Jika anda menggunakan alamat pejabat sebagai alamat penghantaran, sila semak parcel anda di Pejabat Am atau Peyambut Tetamu (Receiptionist) atau Rakan Sepejabat.
  • Pihak kurier tidak semestinya menyerahkan parcel tempahan terus kepada anda tetapi kepada sesiapa individu di premis pejabat anda sebagai wakil penerima
  • Pihak kurier akan meninggalkan “Sorry Note” di premis (rumah/pejabat) anda sekiranya gagal membuat serahan mengandungi info Consignment/Parcel# serta talian Customer Service Center. Hubungi mereka untuk penghantaran semula ke alamat anda. Tidak perlu terus menuju ke pejabat kurier untuk mengambil sendiri.
  • Walaupun kami mempunyai Sistem Pengurusan Tempahan & Pemprosesan Order (Order Tracking & Processing System), namun tidak terlepas dari kesilapan manusia di mana kebarangkalian tersilap membuat penghantaran. Jika begitu, sila berhubung kepada kami

.

Kemaskini Akhir: Selasa, 19 Mac 2019 / 12 Rejab 1440 Hijrah