Pada Sabtu 2hb. April 2010 lalu, saya telah menyertai rombongan usahawan Era Edar Marketing Sdn Bhd (ERA EDAR) dari Kuala Lumpur ke Jitra, Kedah sempena sambutan 10 tahun syarikat ERA EDAR.
Saya menyertai rombongan tersebut sebagai wakil rasmi perniagaan EDARAN SALINDAH yang merupakan wakil jualan produk keluaran ERA EDAR seperti Salindah & Examo.
Satu daripada aktiviti rombongan kami adalah melawat kilang Homeopati pertama di Asia Tenggara milik Kumpulan Syarikat Dr. Azizan (KUSDA) yang terletak di Taman Industri KEDA, Napoh, Jitra, Kedah.
Kilang tersebut adalah Homeopathic Laboratories (M) Sdn. Bhd (HOMEOLAB). ERA EDAR & HOMEOLAB merupakan sebahagian dari subsidari KUSDA. HOMEOLAB adalah kilang yang mengilangkan produk Salindah & Examo serta rangkaian produk lain.
Berikut adalah beberapa foto yang saya rakamkan dari kamera compact saya.
PERJALANAN
UCAPAN ALUAN
PRODUK
DEMO PRODUK COKLAT
DEMO PRODUK GROWELL
PERALATAN KILANG
CASA HAMDA
Pada sebelah petangnya, kami telah di bawa ke Casa HAMDA untuk sesi ramah mesra bersama Prof. Dr. Hjh. Hamsiah Ismail, Penasihat/CEO KUSDA Holdings Berhad.
Alhamdulillah, walaupun penat tetapi banyak ilmu yang dapat saya peroleh. Bukan satu kerja mudah untuk Allahyarham Prof. Dr. Azizan bersama isteri Prof. Dr. Hjh. Hamsiah mengembangkan sistem perubatan Homeopati kepada masyarakat umum, ia tidak semudah seperti apa yang dapat dilihat sekarang…