Posted on

Anak-Anak Salindah (Koleksi 5)

salindah set hamil & set bersalin

.

Anak Cergas & Cerdas

Pasangan: Pn. Noorhasline & En. Mohamad Zukhairi
Anak: Mohamad Hasif Fikri (5 bulan)
Tarikh Bersalin: 8 Mac 2009

Saya telah diperkenalkan SALINDAH oleh ibu saudara saya sebelum saya mengandung lagi. Beliau menceritakan pengalaman mudah bersalin anaknya yang ketiga.

Sebelum ini ibu saudara saya mengalami pelbagai komplikasi setiap kali mengandung sehinggalah dia menemui SALINDAH. Anaknya juga berbeza dari adik beradik yang lain iaitu sangat bijak dan cergas. Saya menggunakan (anak pertama) SALINDAH sejak usia kandungan 3 bulan lagi. Alhamdulillah saya kurang mengalami alahan yang teruk dan pernah muntah hanya sekali sahaja sepanjang mengandung.

Ketika melahirkan pun sangat bukaan cepat terbuka. Selepas bersalin, saya rasa bertenaga. Anak lelaki saya memiliki kulit sangat putih kemerah-merahan, tulang yang keras, mengangkat kepala pada usia 2 hari, kepala tegak pada usia 3 bulan, meniarap pada usia 3 bln, dan mula melonjak-lonjak kaki pada usia sebulan.

Sekarang usia anak saya 5 bulan. Perkembangannya sangat baik, pintar dan keletah serta aktif. Saya banyak mengesyorkan SALINDAH pada rakan2 di tempat kerja. Sekarang saya menggunakan Growell sebagai makanan tambahan anak saya.Insyaallah anak yang kedua dan seterusnya saya akan menggunakan SALINDAH. Bersyukur pada Allah Taala dan Terima kasih SALINDAH kerana menjadikan pengalaman bergelar ibu menjadi saat terindah.

Tarikh Kiriman: 23/08/2009
Nota: Ayat asal tidak diedit.

 

Mabuk Teruk

Pasangan: Pn. Norazleen Binti Rijaluddin & En. Hairul Azhar Bin Abdul Rahman
Anak: Muhammad Harith Aiman (3 Bulan)

Saya mengetahui mengenai SALINDAH ini dari internet. Masa itu saya baru disahkan mengandung 9 minggu. Kebetulan ada kakak di office saya pernah menggunakan SALINDAH. Begitu juga seorang jiran depan rumah saya. Saya mula makan bila masuk 3 bulan mengandung. Saya alami mabuk yang teruk selama 6 bulan. Kata orang apabila menggunakan SALINDAH akan hilang mabuk tapi saya masih mabuk teruk tapi meneruskan juga memakan SALINDAH. Walaupun hasilnya saya tidak nampak semasa mengandung tapi saya dapat lihat hasilnya semasa mula sakit hendak bersalin.

Saya sakit tidak lama. Bukaan dari 2cm hingga ke 10cm hanya dalam masa sejam lebih. Saya hanya masuk labour room tidak sampai 10 minit pastu keluarlah babyku yg comel. Masa di hospital ramai yang memuji kulit Aiman bersih. Hingga la sekarang kulit aiman licin. Alhamdulillah dia tak ade masalah ruam. Walaupun Aiman baru 3 bulan dia sudah pandai tengok tv. Sudah boleh nak meniarap. melonjak sejak umur 2 minggu lagi. Kuat betul tulangnya. Ramai orang tegur tak sangka anak saya baru 3 bulan sebab nampak cerdiknya macam sudah 8 bulan lebih. Dia pun tak banyak ragam. Insya Allah nextmengandung saya akan ambil SALINDAH lagi.

Tarikh Kiriman: 09/07/2009
Nota: Ayat asal tidak diedit.

 

Guna Salindah Atas Sokongan Suami

Pasangan: En. Mohd Zulkarnain Bin Mohd Daud & Pn. Nor Isnaini binti Bahrim
Anak: Nur Fasha Shahira binti Mohd Zulkarnain

 

Sewaktu saya mengandung sebulan, saya mengalami muntah-muntah yang teruk, sakit kepala dan badan sering terasa lemah. Atas kasih sayang suami, dia telah memperkenalkan Set Bersalin SALINDAH kepada saya. Pada mulanya saya agak ragu-ragu dengan Set Bersalin SALINDAH ini kerana ia agak baru pada saya tapi setelah suami memberi sokongan penuh, saya pun mengambil keputusan untuk mencuba Set Bersalin SALINDAH. Boleh dikatakan ia adalah ubat yang paling mujarab, sebelum ini saya tidak pernah merasakan satu kelainan pada sistem tubuh saya sebelum memakan ubat ini. Saya dapati diri saya berasa cergas dan bersemangat untuk melakukan kerja-kerja harian. Kini, usia anak saya adalah 9 bulan dan kulitnya bersih, aktif, cepat belajar sesuatu, mempunyai tulang yang kuat dan comel…kepada ibu-ibu yang mengandung, saya sarankan cuba Set Bersalin SALINDAH. Anda akan terasa keistimewaannya. Terima kasih SALINDAH!

Tarikh Kiriman: 18/06/2009
Nota: Ayat asal tidak diedit.

 .

Kurang Alahan

Ibu: Pn. Zuriani binti Mohammed Zain, Putrajaya

Anak Kedua: Nur Sufi Zulaikha binti Mohd Tarmizi

Anak Pertama: Nur Sufi Sufiyya binti Mohd Tarmizi

 

 

Saya mengambil produk SALINDAH se awal 2 bulan kehamilan hinggalah saat melahirkan. Hasilnya saya lebih bertenaga semasa mengandung dan kurang alahan. Kesakitan semasa melahirkan juga tidak lama. Saya mudah untuk bersalin. Anak-anak saya lahir dengan sihat dan memiliki rambut yang hitam lebat dan kulit yang bersih dan cantik. Anak sulung saya kini berusia 2 thn 5 bulan dan yang bongsu berusia 6 bulan. Kedua-duanya memiliki daya fikiran yang cergas dan mudah memahami perkara baru. Saya mengesyorkan produk ini kepada rakan-rakan kerana produk ini sungguh istimewa.

Tarikh Kiriman: 20/05/2009
Nota: Ayat asal tidak diedit.

 

Anak Salindah: Lain Dari Yang Lain

 

Puas Hati Dengan Set Salindah

Pasangan: Pn. Norhana Sharany & En. Hafizi Zainal Abidin
Anak: Muhammad Hafizul Haniff b. Hafizi (6 Bulan)

Saya telah membuat keputusan untuk mengambil set mengandung SALINDAH selepas melihat sendiri kakak saya mengambilnya semasa mengandung kedua-dua orang anaknya. Selepas merasai sendiri kehebatan Set mengandung SALINDAH baru saya tahu kenapa kakak saya sentiasa ceria dan sihat masa mengandung.

Alhamdulillah saya tiada alahan dan sentiasa aktif serta memandu sendiri ke tempat kerja sehingga saat hari bersalin.

Syukur kerana saya turun tanda semasa di rumah. Saya relax saja dan sempat makan sebelum suami bawa ke hospital. Bermalam sehari di hospital dan esoknya saya bersalin dengan mudah . Muhammad Hafizul Haniff lahir dengan kulit yang cantik bersih dan tidak kena pengakit kuning.

Semasa dalam pantang Haniff mudah untuk dimandikan kerana kakinya dapat berdiri. Sekarang Haniff dah mencecah 6 bulan dan semakin aktif, cerdik dan cepat belajar.

Sekarang saya sedang mengandung lagi dan akan mengamalkan set SALINDAH bila kandungan masuk 3 bulan. Kakak saya yang sedang hamil anak ke 3 sudah pun mengamalkannya sekarang. Kakak ipar saya yang belum pernah mencuba turut berminat memilih set SALINDAH. Kami amat berpuas hati dengan Set SALINDAH.

Tarikh Kiriman: 06/04/2009

 .

Salindah Set Lengkap

Pasangan: Pn. Sarwina Binti Abdul Rahman & En. Ishamrizull Bin Ismail
Anak: Hana Sofea Humaira Binti Ishamrizull (2 Bulan)

Saya disahkan hamil pada April 2008 pada masa tu kandungan saya baru mencecah sebulan lebih. Atas rasa risau kesihatan diri dan anak di dalam kandungan saya mengamalkan set lengkap SALINDAH sejak kandungan saya berusia 12 minggu. Alhamdulillah sejak mengandung sehingga kelahiran saya tidak mengalami sebarang alahan dan sebarang sakit kronik walaupun saya mengidap asma yang kronik.

SALINDAH memang menakjubkan. Selepas kelahiran pada 19/01/2009, saya terus mengamalkan Set SALINDAH Selepas Bersalin. Alhamdulillah sepanjang dalam pantang saya tidak mengalami sakit batu meriyan yang dikatakan teramat sakit apabila kena. Paling menakjubkan anak saya sejak lahir boleh mengangkat kepalanya sendiri. Tulangnya keras seperti bayi selepas pantang. sehingga doktor pakar yang menyambut kelahiran Sofea terkejut melihatnya boleh berpaling kiri dan kanan tanpa perlu dipegang kepalanya. Sekarang sofea sudah masuk 2 bulan dan telah boleh meniarap sendiri. Terima kasih SALINDAH.

Sekarang saya sedang menggunakan EXAMO, Growell dan Susu BIO-LAC untuk sofea membesar dengan sihat, aktif dan pintar… Insya’Allah…

Tarikh Kiriman: 21/03/2009

 

Salindah & Examo

Pasangan: Pn. Siti Sa’adiah Adam & En. Mohd Soffi Mohd Yusoff
Anak: Nur Arissa Soffea Mohd Soffi (11 bulan)

Saya mengamalkan SALINDAH sejak usia kandungan 13 minggu. Sepanjang kehamilan saya tidak mengalami alahan dan rasa sihat sentiasa. Alhamdulillah saya melahirkan Arissa pada malam Jumaat 3 April 2008 dengan berat 3.17kg.

Saya tidak mengalami sakit yang lama. Dengan hanya turun tanda-tanda pendarahan yang sikit saya ke hospital dan tidak sampai sejam saya selamat melahirkan anak sulung saya. Kawan-kawan pun hairan sebab pengalaman mereka terpaksa menanggung sakit yang agak lama untuk bersalin.

Kini Arissa sudah pun berusia 11 bulan dan saya berikannya EXAMO. Walaupun usianya baru 11 bulan. tetapi dia nampak cerdik dan cepat belajar sesuatu. Insya’Allah, jika ada rezeki untuk hamil anak yang ke dua, saya akan mengambil SALINDAH lagi sebagai makanan tambahan. Terima kasih SALINDAH.

Tarikh Kiriman: 12/03/2009

 

Anak-anakku

Pasangan: Pn. Rubiatun binti Ahmad & En. Nor’Azmi bin Mohd Bukari

Anak:
1) Muhammad Nazmi Hazim bin Nor’Azmi ( 2 thn 3 bln)
2) Nur Najlaa Haifa Bt Nor’Azmi (4 bln)

Alhamdulillah, dengan produk Edaran Salindah ini, anak-anak dan keluarga sihat. Anak saya yang sulung Hazim, saya berikan susu BIO-LAC dan juga EXAMO. Bila hazim demam atau selsema saya berikannya susu BIO-LAC dan demamnya cepat reda. Begitu juga dengan EXAMO. Hazim begitu aktif dah cepat memahami dan pertuturannya juga baik. Saya mengamalkan SALINDAH bila saya mengandung anak kedua. Sepanjang tempoh kehamilan saya sihat dah aktif. Bersalin pun mudah. Dengan kulit yang cantik dan sekarang Haifa sudah boleh meniarap dan jarang meragam. Terima kasih SALINDAH.

Tarikh Kiriman: 06/08/2008

 

Anakku yang cergas dan cerdas

Ibu: Puan Awatif Hashim (Dari Iskandariah, Mesir)
Anak: Ahmad ASy-Syathibi b. Ahmad Mustafarudin

Assalamualaikum.. Saya Puan Awatif Hashim dari Iskandariah, Mesir.. Saya mula mengambil SALINDAH apabila kandungan mencecah 3 bulan. Pada mulanya saya tidak tahu langsung mengenai SALINDAH namun selepas disyorkan oleh ibu mertua saya amat hargai akan keberkesanannya. saya aktif ke kuliah walaupun sedang sarat. Alhamdulillah… anak saya, Ahmad ASy-Syathibi b. Ahmad Mustafarudin selamat dilahirkan lebih kurang 30 minit.

Sakarang usianya sudah 5 bulan.

Perkembangan fizikalnya sangat pantas.

Dia sudah pandai merangkak tepat usianya 5 bulan. saya menyedari hal ini apabila meninggalkannya sekejap dan meletakkan mangkuk makanannya jauh di hadapannya.

Walaubagaimanapun Syathibi sudah memasukkan tangannya ke dalam mangkuk dengan pantas tanpa saya sedari! Hal ini amat mengagumkan saya lebih-lebih lagi dia sudah pandai mengangkat kepala semenjak dilahirkan. Malah, pada umurnya 3 bulan dia sudah pandai meniarap dan mengguling-gulingkan badan. Keletahnya seolah-olah bukan pada usianya yang sebenar.

Ramai yang kagum melihatnya sehingga ada yang meneka umurnya sudah 10 bulan. Saya sungguh berbangga kerana mempunyai anak yang sihat dan cerdas. SALINDAH sememangnya tidak mengecewakan saya dengan berkat doa kepada Allah S.W.T. Semoga anakku menjadi seorang ulamak warasatul anbia’. Ameen.. .

Tarikh Kiriman: 26/07/2008

.

Bayiku Seindah Salindah

Pasangan: Siti Zubaidah binti Dol muin & Norhanazid Bin Musa
Anak: Siti Nuralya Alysa binti Norhanazid

Bayi comelku dilahirkan tanpa masalah PENYAKIT KUNING yang begitu kerap menyerang semua bayi. Alhamdulillah…inilah kesan kebaikan SALINDAH yang saya gunakan sejak kandungan berusia 3 bulan hingga melahirkan. Sehingga kini setelah memasuki usia bayi 3 bulan setengah tiada mengalami masalah demam atau lain-lain. Yang paling best tu selepas injection pun baby still maintain jer… Selain dari tulang yang kuat dan kulit yang halus ternyata SALINDAH membawa banyak kebaikan untuk kami sekeluarga.

Tarikh Kiriman: 25/07/2008

 .

Anakku Sayang

Ibu: Rahmah Ibrahim
Anak: Fara Farisya Fahimi

Lahir pada 19/11/2003 selepas doktor mengeluarkannya, matanya terus terbuka dan hilang rasa sakit bersalin. Terima kasih SALINDAH.

* Foto diterima melalui MMS. Terima kasih atas sumbangan Pn. Rahmah.

 

Anak Yang Aktif

Ibu: Ismaroni Binti Hussin
Anak: Nur Batrisyia Husna Binti Norman

Saya dikenalkan dengan produk SALINDAH oleh kawan saya. Saya mengamalkan SALINDAH dari awal sampai masa untuk melahirkan. Ternyata SALINDAH amat berkesan. Walaupun melahirkan anak sulong tapi tidak merasakan kesakitan yang lama untuk melahirkan anak saya. Sekarang Husna berumur 1 tahun 3 bulan. Sepanjang tempoh tersebut, Husna jarang terkena penyakit dan sangat aktif. Saya pun mengensyorkan kepada kawan-kawan saya yang sedang hamil sekarang dan saya akan terus menggunakan SALINDAH untuk kehamilan yang akan datang, Insya’allah.

.

Anakku Sayang

Pasangan: Pn. Juraidah Ab. Rahman & En. Badri Sham Ahmad
Anak: Adam Iskandar

Alhamdullilah…Saya telah selamat melahirkan bayi pertama. Semasa mengandung saya mengamalkan produk SALINDAH. Alhamdullillah, produk itu sesuai dengan saya. Keadaan kesihatan dan kandungan saya amat baik sepanjang tempoh kehamilan. Saya juga tidak mengalami alahan yang teruk. Selera makan juga bertambah sehingga hampir melahirkan.Walaupun terlewat daripada jangkaan bersalin, bayi saya amat sihat dan dia juga tidak mengalami jaundis. Sekarang usianya sudah 4 bulan dengan berat badan 7.2kg.

.

Comelnya

Ibu: Pn. Rita binti Darmansah
Anak: Farisha bt Fazrul Haqimi Reimi

Tidak sia-sia saya mengamalkan SALINDAH SET LENGKAP. Selain tidak merasa sakit bersalin (semasa menunggu laluan buka hingga 5cm, rasa sakit tidak terasa) baby lahirpun tak kena kuning. Selain dari baby lahir sihat, perkembangan baby begitu cepat dan tidak ada ragam tangis malam. Lepas bersalin badan saya begitu bertenaga… seolah-olah bukan baru lepas bersalin. Saat menunggu kelahiran saya begitu tenang sekali tanpa merasa takut, risau atau gentar. Terima kasih SALINDAHkerana menjadikan pengalamanku dari mula mengandung (baby pertama) hingga bersalin begitu indah sekali.

.

Teruja menggunakan SALINDAH

Pasangan: Suzaina Liza Bt Ahmad & Mohd Nazira B Md Isa
Anak: Muhammad Adib & Auni Athirah
(Kembar sepasang, tarikh lahir: 28 Mei 2007)

Aku mengenali SALINDAH Melalui kawan yang pernah menggunakan produk ini. Apabila aku disahkan mengandung dan diberitahu oleh doktor kandungan ku kembar aku lebih teruja untuk menggunakan produk SALINDAH. Ketika mengandung kandungan dan kesihatanku baik dan aku dapat bekerja sehingga hari terakhir sebelum aku hendak bersalin. Aku dapat melahirnya anak kembarku secara normal.

Kini anak-anakku sudah berusia 6 bulan, mereka aktif, sihat dan jarang sakit. Kulit mereka juga bersih. Aku amat berpuas hati dengan produk ini. Terima kasih SALINDAH.

 

Penantian Selama 9 Tahun…

Pasangan: En. Ahmad Ridzwan & Pn. Norazian
Anak: Muhammad Arief Nuqman

“Assalamualaikum, terima kasih SALINDAH. Kini anak kami telah berusia 5 bulan pada 8 hb November 2007. Berkat kesabaran dan doa, kami menunggu kelahiran Muhammad Arief Nuqman selama 9 tahun. Anak kami sihat seperti yang dihajati.

Penggunaan Salindah seperti yang disyorkan, isteri saya tidak mengalami sebarang alahan dan bertenaga sepanjang kehamilan.

Bagi Muhammad Arief Nuqman, tiada masalah, meragam, tulangnya kuat dan kini mula mahu duduk dan tersenyum. Kalau dilihat pada tubuhnya, tidak seperti usianya. Pada raya yang lalu (Oktober 2007) ramai yang tidak menyangka usianya baru 4 bulan. Ramai kalangan rakan dan saudara-mara ingin mencuba SALINDAH.”

– En. Ahmad Ridzwan  .

“Perbezaan selepas makan set SALINDAH lepas bersalin amat ketara berbanding set jamu. Saya lebih bertenaga walaupun berjaga malam untuk menyusu, waktu siang di pejabat saya kurang mengantuk, saya lebih ceria dan aktif justeru badan cepat langsing. Kini saya menggalakkan kawan-kawan saya yang mengandung mengambil set SALINDAH.”

– Pn. Norazian

.

Bersalin Mudah

Ibu: Siti Hajar Bt Razali
Anak: Siti Sufiyyah Hanis Bt Mohd Hisham

“Seawal kandungan 12minggu saya dah ambil SALINDAH. Memang SALINDAH untuk kebaikan ibu dan bayi. Tak susah lahirkan Siti Sufiyyah Hanis. Sampai 2 jururawat terpaksa cek untuk buat perbandingan. Jalan dah buka 7cm tapi masih tak terasa sakit. Alhamdulillah, saya selamat lahirkan Sufi pada 12.45pm (11/03/07). Untuk bayi pula, Sufi jarang demam, dan ramai yang kata dia nampak cerdik bila diagah. Dia juga jarang meragam.”

.

SALINDAH – produk istimewa dan wajar diambil oleh semua ibu-ibu hamil

Ibu: Zuriani binti Mohammed Zain
Anak: Nur Sufi Sufiyya binti Mohd Tarmizi
Tarikh Lahir: 26 Disember 2006

Anak saya lahir dengan kulit yang cantik. Ramai yang memuji kulit anak saya yang bersih. Saya mengamalkan SALINDAH sedari kandungan saya berusia 2 bulan hinggalah menunggu saat melahirkan. Selain dari kulit yang cantik rambut anak saya juga lebat, hitam dan lembut. Daya fikiran anak saya cergas, mudah memahami dan telah mula mengagah seawal umur 1 setengah bulan. Bagi saya SALINDAH adalah satu produk yang istimewa dan wajar diambil oleh semua ibu-ibu hamil

.

Guna Salindah se awal kandungan 2 minggu

Ibu: Nor Mukminah Hamzah
Anak: Nur Aisyah Al-Humaira’ Md. Shahrifudin

Dalam usia kandungan saya 2 minggu lagi saya telah mengamalkan produk SALINDAH. Sepanjang tempoh kehamilan anak kedua saya tiada masalah. Saya sentiasa cergas.dan dapat melahirkan anak dengan mudah serta dapat bersalin secara normal memandangkan anak pertama saya bersalin melalui pembedahan. Anak saya jarang demam, kalau demam pun mudah sembuh, pintar & aktif. Kulitnya lembut dan cantik. Memang nampak perbezaan antara anak pertama & anak kedua. Sekarang usia anak saya 6 bulan saya memberikannya EXAMO & GROWELL, anak saya sukakannya. Sekarang anak saya sudah pandai mengangkatkan badan untuk merangkak. Saya telah memperkenalkannya kepada kawan-kawan saya dan saya akan setia pada produknya. Terima kasih SALINDAH & ERA EDAR.

.

Kulit cantik & jarang demam

Ibu: Puan Halimatul Sa’adiah binti Ramli

Muhammad Naufal Alimi

Muhammad Syahid Asy-Syafie

Anak saya seorang yang cergas dan aktif. Dia mudah memahami apa yang diajar. Kulitnya bersih Aanak saya juga jarang demam. Jika demam pun cepat sembuh. Sehingga kini saya masih menggunakan produk jenama Dr. Azizan seperti susu BIO-LAC.

.

Kesannya sungguh luar biasa

Ibu: Nordiana Kasmayati bt Mat Noor
Anak: Muhammad Airell Izdham

Terima Kasih kepada kawan saya kerana memperkenalkan SALINDAH. Sejak disahkan hamil saya tercari-cari apa produk yang sesuai sebagai persediaan menyambut orang baru..sehinggalah usia kandungan saya menjangkau 7 bulan barulah saya diperkenalkan dengan SALINDAH. Saya berusaha habiskan semua set sebelum bersalin….alhamdulilah kesannya sungguh luar biasa, saya begitu cergas dan tidak pernah mengalami sebarang alahan..3/3/2007 merupakan tarikh yang cukup bermakna buat saya dan suami. Kami dikurniakan seorang bayi lelaki yang comel dan sihat. kini usianya sudah menjangkau 4 bulan. Dia begitu aktif dan pintar. TERIMA KASIH SALINDAH

.

Tulang keras & tak banyak kerenah

Ibu: Puan Nora, Gombak

Muhammad Faiz (1 tahun), lahir 26/04/2007 – perbezaan ketara berbanding abang-abangnya ialah, tulangnya nampak lebih keras & tidak banyak kerenah. Yakinlah dengan kebaikan SALINDAH.

Sihat sepanjang kehamilan

Ibu: Puan Diyana Atan

Sejak dapat tahu hamil, saya telah diperkenalkan dengan produk SALINDAH oleh kakak. Alhamdulillah semasa di awal peringkat kehamilan tiada langsung muntah-muntah, loya-loya, pening kepala dan macam-macam lagi yang biasa terjadi kepada ibu mengandung. Badan juga terasa sihat, tak penat… pendek kata sepanjang tempoh kehamilan saya merupakan seorang ibu yang aktif! Tanggal 25hb Julai 2005 lahirlah putera comel yang diberi nama Naim bin Mohamed Faizal… seorang anak yang aktif, pintar dan comel!

.

Baby Bio-Lac

Ibu: Puan Suzita Husain

Baby BIO-LAC… Nurmawaddah Syufiah Bt Muhd Ashraf dari berusia 3 minggu hingga sekarang 1 tahun 4 bulan.. banyak kelebihan yang dapat kita perolehi jika anak minum susu BIO-LAC

 ***
Jangan lupa kongsikan pengalaman anda pula dengan menghantar foto & coretan ke alamat email rasmi kami.

Koleksi Lain: