Posted on

Tip Salindah – Set Hamil & Set Bersalin

slide-myorder-edaran-salindah-3

SALINDAH & IBU HAMIL

Soalan Yang Sering Ditanya Kepada Kami:
“Set salindah boleh dimakan bersama pil vitamin yang pihak klinik bagi ke?”

.

Tip Salindah

  1. Salindah adalah alternatif kepada supplemen yang dibekalkan oleh klinik ibu mengandung. Jika ubat-ubat yang dibekalkan oleh klinik tersebut bukan untuk penyakit kritikal seperti darah tinggi atau kencing manis, boleh membuat pilihan sama ada:
    • Mengamalkan Salindah sahaja, atau
    • Mengamalkan Salindah & vitamin yang dibekalkan oleh klinik ibu mengandung.
  2. Jika anda memilih untuk mengamalkan Salindah & vitamin yang dibekalkan oleh klinik ibu mengandung, anda perlu jarakkan masa pengambilan antara ke duanya sekurang-kurangnya 1 jam. Caranya, jika anda mengambil Salindah jam 8 pagi, maka vitamin klinik ibu hamil bolehlah dimakan pada jam 9 pagi.
  3. Untuk mengambil Salindah dari bekasnya, jangan dipegang dengan tangan. Tuangkan Salindah ke atas bekas penutupnya dan terus masukkan ke dalam mulut.

.

Kaedah Makan

  1. Seperti juga Examo, kaedah makan tablet Salindah ialah dengan cara kemam (hisap) & jangan terus ditelan. Walau bagaimanapun, tablet Salindah lebih keras berbanding Examo. Anda boleh gigit dengan gigi untuk mempercepatkan ia hancur dan cair di dalam mulut..
  2. Jika rasa loya untuk kemam dalam dalam mulut, bolehlah ia dilarutkan ke dalam cawan dengan sedikit air. Kacau dengan sudu plastik & minum. Jangan guna sudu besi!
  3. Seeloknya Salindah dimakan semasa perut tidak terlalu kenyang seperti sebelah pagi sebelum mengambil sarapan.
  4. Ceraian Salindah B1 boleh mula diambil se awal disahkan hamil & tidak semestinya mula pada minggu ke-12. Jika anda mengambil awal, kemungkinan B1 akan habis sebelum mula makan B2 pada minggu ke-24.
  5. Jika B1 habis awal sebelum mula makan B2 (minggu ke-24), anda boleh tambah pek ke-2 B1 atau tunggu sahaja minggu ke-24 untuk mula makan B2.
  6. Jika anda tambah pek B1, kemungkinan pada minggu ke-24 (mula makan B2), B1 belum lagi habis. Pada ketika itu anda boleh makan B1 & B2 seiring. Caranya ialah dengan menjarakkan antara B1 & B2 anggaran 15 minit. Contohnya: B1 makan jam 8 pagi, maka B2 boleh makan jam 8:15 pagi.

.

Kaedah Amalan

Anda digalakkan untuk mengambil Salindah ‘secara pakej’ & tidak ‘secara individu’ untuk mendapatkan manfaat optima seperti mengambil B4 sahaja sepanjang tempoh kehamilan.

Berikut adalah pakej Salindah yang disyorkan:

  1. Salindah – Set Lengkap, atau
  2. Salindah – Set Sebelum Bersalin (B1~B6), atau
  3. Salindah – Set Selepas Bersalin (L7~L12)

.

Kaedah Menyimpan Salindah

Jangan letak dalam peti sejuk atau berdekatan barang letrik seperti di atas tv atau komputer.

 .

TIP LANJUTAN

.

Kesesuaian Pengambilan

  1. Umur kandungan paling lewat untuk ambil Salindah ialah 4 minggu sebelum jangkaan bersalin iaitu mulakan dengan Ceraian Salindah B3 yang diambil bersama B4 serentak.
  2. Salindah – Set Selepas Bersalin serasi untuk wanita bersalin normal atau secara bedah (ceaserean).
  3. Jika bersalin secara bedah, Ceraian Salindah L11 boleh diambil SELEPAS habis berpantang / setelah luka bedah pulih. L11 adalah tonik gabungan 15 jenis herba yang memanaskan badan.

.

Cara Makan Salindah

  1. Kesemua tablet hendaklah dikemam sahaja
  2. Tuangkan tablet ke dalam tudung botol, terus letak di atas lidah dan kemam sehingga larut.
  3. Jangan sentuh dengan tangan
  4. Berpantanglah dari kopi (minuman berkefain), cili, kari, makanan berempah sekurang – kurangnya sebulan sebelum bersalin sehingga 2 minggu selepas bersalin
  5. Jangan simpan di dalam peti sejuk dan jauhkan dari barangan elektrik.
  6. Jika loya untuk kemam dalam mulut, larutkan tablet salindah dalam air masak yang telah sejuk, kacau menggunakan sudu plastik (jangan guna sudu besi) & minum.

.

Apa Tujuan Makan Salindah

  1. Ingin lahirkan anak pintar, cerdas, kuat tulang & gigi, keletah, comel, & cantik kulit, mulakan dengan B1, B2 & B3.
  2. Untuk bersalin mudah ambil B4, B5 & B6.
  3. Untuk mengembalikan kewanitaan anda, sihat tubuh badan, cergas, bertenaga ambilah Set Lepas Bersalin
Posted on

Adakah anda makan Salindah dengan cara yang betul?

.

Apa itu Salindah ?

 

  • Salindah adalah rumusan Homeopati, Biokimia dan Herbalisme dihasilkan oleh Allahyarham Prof. Dr. Azizan bin Hj Ismail pada 1980.
  • Set Salindah dihasilkan sebagai pemakanan tambahan dan rawatan sepanjang tempoh hamil hingga habis pantang.
  • Salindah adalah produk halal buatan Malaysia yang dikeluarkan oleh syarikat Bumiputera.

.

Cara Makan Salindah

 

  • Kesemua tablet hendaklah dikemam sahaja
  • Tuangkan tablet ke dalam tudung botol, terus letak di atas lidah dan kemam sehingga larut.
  • Jangan sentuh dengan tangan
  • Berpantanglah dari kopi (minuman berkefain), cili, kari, makanan berempah sekurang – kurangnya sebulan sebelum bersalin sehingga 2 minggu selepas bersalin
  • Jangan simpan di dalam peti sejuk dan jauhkan dari barangan elektrik.
  • Jika loya untuk kemam dalam mulut, larutkan tablet salindah dalam air masak yang telah sejuk, kacau menggunakan sudu plastik (jangan guna sudu besi) & minum.

 

Tip lanjut Cara Makan Salindah, klik di sini.
Tip lanjut Jadual Makan Salindah, klik di sini.

 

Jangan simpan dalam peti sejuk.

 

.
Apa kata Pengguna
.

Koleksi lanjut Testimoni Salindah, klik di sini

Tuangkan 2 biji tablet Salindah B1.

.

Tuangkan tablet Salindah B1 ke dalam tudung penutup botol.

.

Jangan lupa baca Basmallah * & suap guna tangan kanan ye…

*

.

Carta di bawah menunjukkan masa penggunaan setiap item Ceraian Salindah berdasarkan kiraan minggu kehamilan.

.

Posted on

What is an SSL Certificate?


 

What is an SSL Certificate?

 

  • SSL (Secure Sockets Layer) is a standard security protocol which establishes encrypted links between a web server and a browser, thereby ensuring that all communication that happens between a web server and browser(s) remains encrypted and hence private.
  • SSL Certificate is today an industry standard that is used by millions of websites worldwide to protect all communication and data that’s transmitted online through the websites.

 

Posted on

Gambar Pek & Kotak Susu Bio-Lac 2017

 

Antara soalan yang kami terima dari pengguna: 

❝Susu Bio-Lac ni memang selalu tukar packaging ke?
Saya google ada macam-macam jenis?❞

Jawapannya:

Sebarang pertukaran bentuk pembungkusan (packaging) produk susu Bio-Lac sama ada Pek atau Kotak dibuat mengikut keperluan semasa serta untuk mematuhi peraturan-peraturan pihak berkuasa.

Gambar-gambar yang anda jumpa dari carian di google mungkin adalah gambar lama yang tidak dikemaskini.

Oleh yang demikian, kami mengambil inisiatif untuk mengemaskini beberapa gambar utama Pek dan Kotak susu Bio-Lac untuk mengelakkan kekeliruan dikalangan pelanggan kami.

Info lanjut berkenaan susu Bio-Lac & order online, klik di sini

Harap ia dapat membantu anda 🙂

 

Gambar Pek & Kotak Susu Bio-Lac setakat pada 15.07.2017
1 Kotak Susu Bio-Lac

Baca info susu Bio-Lac atau Order 1 Kotak?

1 Pek Susu Bio-Lac

Baca info susu Bio-Lac atau Order 1 Pek?

 

Kebaikan Susu Bio-Lac

 

Sukatan bancuhan Susu Bio-Lac untuk bayi & kanak-kanak

 

Info lanjut produk & order online, klik di sini

Posted on

Tanda Awal Kehamilan

Tanda awal kehamilan penting kepada para wanita khususnya yang pertama kali mengandung bagi membolehkan perancangan kehamilan dilakukan sejak awal lagi. Berikut merupakan antara simptom atau petanda menunjukkan seseorang wanita itu hamil dan bakal bergelar ibu.

 

 

Salindah: Rencana Pemakanan & Rawatan Ibu Hamil

Setelah menyedari pelbagai permasalahan dan komplikasi yang dihadapi oleh wanita hamil, maka Prof. De. Hj Azizan bin Hj Ismail (Allahyarham) telah mengkaji secara mendalam tentang pelbagai aspek kehamilan. Hasil kajian yang begitu lama, maka Salindah telah berjaya diformulasikan sebagai rencana pemakanan kesihatan dan rawatan ibu hamil yang lengkap bermula se awal kandungan berusia 12 minggu hinggalah 40 hari dalam waktu pantang.

Alhamdulillah, Salindah terbukti mampu mengubah persepsi ramai wanita tentang kehamilan dengan memberikan pengalamab mengandung dan melahirkan anak dengan lebih mudah tanpa komplikasi.

InsyaAllah, pengambilan dan pengamalan Salindah mampu menghindarkan perasaan takut, gemuruh dan trauma, terhindar daripada segala jenis komplikasi ketika hamil, di saat melahirkan dan selepas bersalin.

 

Info lanjut produk Salindah: