Posted on

Jadual Pengambilan Salindah Ikut Tarikh Mula Hamil / Lahir

slide-myorder-edaran-salindah-3

  • Cara makan salindah dari awal kehamilan hingga bersalan & habis pantang mengikut jadual mula mengandung (HAMIL) & jangkaan bersalin (LAHIR) individu.
  • Jadual ini juga boleh dimuat turan (download) dari pautan ini.

.

Isikan Maklumat Peribadi Anda (Ibu Mengandung)

 

 

salindah-set-hamil-bersalin-cara-makan-era-edar

.

JADUAL PENGAMBILAN SALINDAH – 1/6
(Tarikh mula HAMIL dari 01-JAN hingga 02-MAC)

salindah-cara-makan-set-hamil-set-bersalin-produk-era-edar_1

.

JADUAL PENGAMBILAN SALINDAH – 2/6
(Tarikh mula HAMIL dari 03-MAC hingga 02-MEI)

salindah-cara-makan-set-hamil-set-bersalin-produk-era-edar_2

.

JADUAL PENGAMBILAN SALINDAH – 3/6
(Tarikh mula  HAMIL dari 03-MEI hingga 02-JUL)

salindah-cara-makan-set-hamil-set-bersalin-produk-era-edar_3

.

JADUAL PENGAMBILAN SALINDAH – 4/6
(Tarikh mula HAMIL dari 03-JUL hingga 01-SEP)

salindah-cara-makan-set-hamil-set-bersalin-produk-era-edar_4

.

JADUAL PENGAMBILAN SALINDAH – 5/6
(Tarikh mula HAMIL dari 02-SEP hingga 01-NOV)

salindah-cara-makan-set-hamil-set-bersalin-produk-era-edar_5

.

JADUAL PENGAMBILAN SALINDAH – 6/6
(Tarikh mula HAMIL dari 02-NOV hingga 21-DIS)

salindah-cara-makan-set-hamil-set-bersalin-produk-era-edar_6

Jadual ini juga boleh dimuat turan (download) dari pautan ini.

Posted on

Dulu & Kini Salindah

Semasa menyelak satu timbunan fail lama, kami telah terjumpa foto lama produk SALINDAH yang disiarkan dalam sebuah majalah sekitar tahun 2000.

salindah-set lengkap, set hamil, set bersalin
FOTO 1: Pakej Salindah Set Lengkap sekitar tahun 2000

.

Jika hendak kami gambarkan jujukan bentuk pembungkusan Set SALINDAH sehingga terkini, boleh kami simpulkan seperti pada jujukan Foto 2, 3 & 4 di bawah:

.

salindah-sejarah_a
FOTO 2: SALINDAH Set Lengkap dengan teks tulisan Cina untuk menarik pelanggan bukan Melayu.

.

salindah-sejarah_b
FOTO 3: SALINDAH Set Lengkap – Edisi Terhad dengan pek pembungkusan sesuai sebagai hadiah dari suami untuk isteri tersayang

.

salindah-set lengkap, set hamil, set bersalin
FOTO 4: Bentuk pek pembungkusan SALINDAH Set Lengkap hingga sekitar tahun 2013

.

Walaupun pakej pembungkusannya nampak jauh berbeza dari pek sekarang, tetapi sebenarnya bilangan item ceraian serta formulasinya adalah tetap sama seperti dari dahulu hinggalah sekarang.

Antara persamaan yang dapat kami senaraikan adalah:

  • Model Wanita Bertudung menyusukan anak untuk menggambarkan SALINDAH adalah produk Bumiputera Melayu Islam & Halal.
  • Kekal 12 item ceraian: Set Hamil (B1~B6) & Set Bersalin (L7~L12)
  • Saiz kotak & item adalah hampir sama.

Dari segi harga, sudah tentulah akan ada perubahan dari masa ke masa.

.

salindah-lengkap-salindah-2013
FOTO 5: Pek baru Salindah mulai 2 Nov 2013 dengan perubahan pembungkusan di mana setiap item ceraiannya di dalam kotak.

Dapatkan Set Salindah anda di sini sekarang!

Posted on

Salindah Bersalin Dah?

salindah-set lengkap, set hamil, set bersalin

Ringkasnya, Salindah adalah produk rumusan Homeopati, Biokimia & Herbalisme dicipta oleh Allahyarham Prof. Dr. Azizan Hj Ismail (DR. AZIZAN) yang dikeluarkan oleh Darulaman Homeophatic Laboratories (M) Sdn. Bhd yang terletak di Jitra, Kedah.

Produk Salindah adalah khusus untuk ibu mengandung dari awal kehamilan hingga lahbersalin. Memang terdapat banyak produk berkaitan ibu hamil dipasaran, tetapi yang menjadikan produk Salindah unik adalah kerana ia produk kategori HOMEOPATI keluaran 100% Bumiputera Melayu. Ia telah mendapat kepercayaan ibu hamil sejak 1980.

Pada 2010 ini, maka genaplah 30 tahun usianya di pasaran. Namun, perjalanan produk ini bukanlah mudah. Banyak rintangan dan tomahan dilemparkan semata-mata untuk menjatuhkan reputasinya.

Apa yang hendak saya kongsikan di sini sebenarnya bukanlah produk tersebut secara khusus tetapi berkaitan namanya: Salindah .

.

Dari mana datangnya nama tersebut?

Antara tafsiran popular saya temui dari laman-laman forum & web adalah “BerSALIN muDAH”.

Faktanya adalah, nama Salindah bukan diambil dari nama seorang wanita walaupuan ia adalah produk untuk wanita atau mungkin memang ada wanita bernama Salindah

Dalam satu kursus Pentauliahan Salindah (wajib untuk penjual produk Salindah yang sah), Prof. Dr. Hjh. Hamsiah binti Ismail (Pengurus Besar EEMSB, satu daripada syarikat kumpulan DR. AZIZAN) ada menyebut tentang asal usul nama Salindah.

.

Begini kisahnya….

salindah-prof-hamsiah-era-edar_1-300x258

Pada awal pengenalan produk Salindah , ia bukanlah bernama Salindah . Walau bagaimanapun formulanya tetap sama seperti Salindah sekarang.

Masa dulu-dulu, bila orang nak bersalin, maka akan dipanggillah mak bidan datang ke rumah ibu yang sedang sakit nak bersalin itu. Orang dulu-dulu bersalin di rumah sendiri yang diuruskan oleh mak bidan.

Jarak rumah mak bidan dengan rumah ibu nak bersalin tu pulak tak tentu. Kalau jauh lambatlah sampainya. Berkayuhlah si suami dengan basikal atau menunggang motosikal menjemput mak bidan datang.

Kadang-kadang bila mak bidan sampai, bersalin dah ibu tersebut. Mak bidan pun cakap “Laa, salin dah…” yang membawa maksud sudah bersalin sendiri tak sempat nak tunggu dia sampai.

Maka sebenarnya, nama SALINDAH tu diambil dari ungkapan mak bidan tadi iaitu SALIN + DAH.

Wallahu a’lam.

Posted on

Info Salindah

set-hamil-salindah-n-set-bersalin-salindah-001
Pek Baru Salindah Set Lengkap (ORI) selepas Pelancaran Semula Salindah pada Sabtu 2.11.2013

.

Bagi wanita, kehamilan atau mengandung adalah suatu pengalaman yang tidak sama dengan pengalaman-pengalaman lain yang pernah dilalui, terutamanya wanita yang mengandung untuk kali pertama.

Ada yang tersangat gembira dengan berita kehamilan itu dan ada pula yang menjadi bimbang dan cemas terutamanya bila menjelang waktu-waktu hampir melahirkan anak. Ini berlaku kerana mungkin bakal ibu ini pernah mendengar pelbagai khabar bagaimana susahnya untuk melahirkan anak.

salindah set hamil & set bersalin
Allahyarham Prof. Dr. Azizan Haji Ismail, Pencipta Produk Salindah

.

Setelah menyedari masalah yang dihadapi kaum wanita semasa mengandung, Prof. Dr. Azizan bin Hj. Ismail telah mengkaji secara mendalammengenai kehamilan dari semua aspek dan kemudian berusaha menghasilkan suatu rencana makanan jagaan rawatan ibu dan anak yang dikandung.

Dengan adanya rencana makanan ini, maka kaum wanita dapata melalui zaman kehamilan dan dapat melahirkan anak dengan aman tenteram, jauh daripada rasa takut, cemas dan bimbang, terhindar daripada aneka rupa masalah waktu mengandung, semasa bersalin dan selepas bersalin. Dengan itu mengandung dan bersalin akan menjadi suatu pengalaman yang dapat dinikmati.

Rencana makanan jagaan dan rawatan kehamilan ini telah banyak berbakti kepada kaum ibu, dan telah mendapat sanjungan di kalangan ibu dan para doktor, bukan hanya dari dalam Malaysia malah juga oleh mereka dari luar negara. Prof. Dr. Azizan menamakan rencana jagaan dan rawatan kehamilan ini sebagai Salindah.

.

Bagi mereka yang mengambil rencana Salindah ini adalah dinasihatkan agar sekali sekala ke pusat pemeriksaan kehamilan untuk memeriksa kandungannya. Oleh kerana ada di antara ibu yang menggunakan Salindah bersalin tanpa bidan yang menyambut kelahiran bayinya, maka adalah disarankan agar segera mendapatkan bidan ataupun di bawa kehospital apabila terasa sahaja hendak bersalin walaupun ras sakit tidak bersungguh.

 

testimoni-set-hamil-salindah-n-set-bersalin-salindah-004

kelulusan-kkm-set-hamil-salindah-n-set-bersalin-salindah-002Hasil kajian yang begitu lama, Salindah mulai diperkenalkan kepada masyarakat sejak tahun 1980. Salindah merangkumi kedua peringkat dari sebelum bersalin sampai waktu lepas bersalin. Salindah Set Lengkap mulai dari 3 bulan hamil dan tamat pada habis waktu pantang, iaitu kira-kira 40 hari lepas bersalin. Bagi ibu yang mengambil Salindah Set Lengkap ini maka ia memperolehi keseluruhan kebaikannya. Perlu juga dinyatakan di sini bahawa rencana makanan jagaan dan rawatan ibu hamil ini disediakan daripada ubat-ubatan  menurut kaedah Homeopati dan Biokimia yang telah memang dimaklumkan tidak boleh mendatangkan sebarang kesan sampingan atau keracunan.

.

Semasa mengandung ibu-ibu adalah dinasihatkan agar menjaga makan minumnya. Prof. Dr. Azizan yakin bahawa banyak daripada masalah-masalah kesihatan yang dideritai oleh bayi yang baru lahir dan kanak-kanak seperti jantung berlubang, penyakit kunung, cacat anggota tertentu, leukimia, thalassemia dan lain-lain lagi ada kaitannya dengan amalan makan minum ibu sewaktu hamil.

.

Khasiat Dan Panduan Penggunaan Salindah

1. Peringkat Sebelum Bersalin

ceraian-salindah-b1_1
Salindah-Ceraian B1
Masa Guna:
Mulai minggu ke-12 hamil
Khasiat:
Memberi zat besi mudah hadam yang diperlukan oleh setiap ibu mengandung. Menghilang atau mengurangkan muntah dan loya serta alahan. Menolong tumbesaran tian. Mencegah demam, batuk, selsema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain. Menghilangkan kesan jatuh atau rebah. Melancarkan aliran darah agar mencegah timbul simpul urat di kaki. Menghilangkan letih lesu.

ceraian-salindah-b2_1
Salindah-Ceraian B2
Masa Guna:
Mulai minggu ke-24 hamil
Khasiat:
Memberi zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, disamping menambah darah. Menambah selera makan, menghilangkan sengal tulang dan kebas anggota kaki dan tangan. Mencegah serangan sejuk dan sakit gigi. Mencegah osteoporosis.

ceraian-salindah-b3_1
Salindah-Ceraian B3
Masa Guna:
Mulai minggu ke-28 hamil
Khasiat:
Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi had bersalin.

Catatan:
lbu yang menggunakan Salindah dari item B1 (bermula dari 12 minggu hamil) akan memperolehi anak yang sihat, segar, pintar cerdas, keras tulang dan gigi, subur tumbesaran tubuh, dan sukar didatangi penyakit, Insya’Allah.

ceraian-salindah-b4_1
Salindah-Ceraian B4
Masa Guna:
Mulai 4 minggu sebelum bersalin
Khasiat:
Remedi ini istimewa untuk mengawal alamat sebelum jangkaan alamat palsu, menghilangkan sakit bersalin, sakit urat dan otot, menyediakan saluran peranakan dengan mengendur dan menganjalkan otot-otot pencerut kawasan saluran peranakan. Memudahkan kelahiran bayi. Menghilangkan perasaan takut dan cemas.

ceraian-salindah-b5_1
Salindah-Ceraian B5
Masa Guna:
Mulai 2 minggu sebelum bersalin
Khasiat:
Remedi ini melanjutkan dan menolong tindakan item B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.

ceraian-salindah-b6_1
Salindah-Ceraian B6
Masa Guna:
Mulai 1 minggu sebelum bersalin atau semasa dalam ‘labour pain’
Khasiat:
Remedi ini menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepatkan dan mempermudahkan keluarnya anak, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit lepas bersalin.

Catatan:
Kalau bayi dalam kandungan songsang, bolehlah minta bidan betulkan. Tapi kalau masih juga berpusing songsang, jangan diganggu lagi, takut nanti tali pusat berpintal pada leher dan anggota bayi. Insya Allah, bila sampai waktu bersalin, bayi akan berpusing betul, kesan daripada remedi item B6.

.

2. Peringkat Selepas Bersalin

ceraian-salindah-l7_1
Salindah-Ceraian L7
Masa Guna:
selepas bersalin
Khasiat:
Remedi cecair bagi menyembuhkan luka atau jahitan dengan cepat. Menghilangkan sakit pada luka atau jahitan. Mencegah jangkitan kuman dan pernanahan.

ceraian-salindah-l8_1
Salindah-Ceraian L8
Masa Guna:
Mulai 5 jam selepas bersalin
Khasiat:
Bila keluar sahaja anak, terus makan remedi ini. Remedi ini membantu menyembuhkan rasa sakit sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala.

ceraian-salindah-l9_1
Salindah-Ceraian L9
Masa Guna:
Mulai hari ke 2 selepas bersalin
Khasiat:
Remedi istimewa menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan, menghentikan darah nifas, membetulkan urat-urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota itu.

ceraian-salindah-l10_1
Salindah-Ceraian L10
Masa Guna:
Mulai hari ke 6 selepas bersalin
Khasiat:
Remedi ini mempercepatkan rahim dan saluran peranakan mengecut semula. Mengangkat rahim kembali ke tempat asal. Mengurangkan simpul urat biru.

ceraian-salindah-l11_1
Salindah-Ceraian L11
Masa Guna:
Mulai hari ke 7 selepas bersalin
Khasiat:
Remedi tonik ini istimewa bagi memanaskan badan, menambah selera, membaiki penghadaman dan pembuangan najis. Menenangkan tidur. Menghilangkan kebas-kebas. Menyegarkan rahim dan alat peranakan.

ceraian-salindah-l12_1
Salindah-Ceraian L12
Masa Guna:
Mulai hari ke 21 selepas bersalin hingga lepas pantang.
Khasiat:
Remedi ini menjaga kesihatan lbu selepas bersalin sentiasa agar sihat; mengembalikan kekuatan, memulihkan alat perkelaminan. Menimbulkan kesegaran.

Posted on

Fakta Kelahiran Kembar

 

Fakta Kelahiran Kembar

 

  • Mengikut kajian, kehamilan kembar berlaku sekali dalam setiap lapan puluh kehamilan. Kejadian ini biasanya berlaku secara spontan dan tiada siapa yang boleh mengawal kejadian ini. Kelahiran kembar seringkali berlaku berulang kali dalam sesebuah keluarga.
  • Selain faktor keturunan, penggunaan ubat penyubur telah menyumbang kepada peningkatan peratus kejadian kehamilan kembar dan berganda (multiple pregnancy). Misalnya, dengan menggunakan ubat penyubur clomiphene iaitu sejenis pil yang diberi kepada wanita yang kurang subur, kadar kejadian kehamilan kembar di kalangan mereka antara empat hingga lima peratus.
  • Dengan penggunaan ubat suntikan yang lebih kuat lagi iaitu hormon yang digelar gonadotrophin kejadian kehamilan kembar meningkat berganda lebih tinggi mungkin dalam lingkungan 20 hingga 30 peratus.
  • Kejadian kehamilan kembar dan berganda bergantung kepada bilangan benih yang dikeluarkan oleh pihak wanita. Pada kebiasaannya seseorang wanita hanya mengeluarkan satu benih dalam satu pusingan haid. Benih ini dikeluarkan pada pertengahan pusingan haid.
  • Setelah persenyawaan berlaku menerusi percantuman antara benih lelaki dengan benih perempuan, embryo akan terbentuk. Jika dua benih perempuan dikeluarkan serentak, maka kedua-dua benih perempuan yang disenyawa akan menghasilkan dua embryo yang berlainan.
  • Pasangan kembar yang dihasilkan daripada satu telur, yang kemudiannya pecah untuk menghasilkan dua jasad akan menjadi pasangan kembar satu uri.
  • Kembar yang dihasilkan begini biasanya mempunyai jantina yang sama, sama ada kedua-duanya lelaki atau perempuan, rupa paras yang sama dan juga sifat dan perwatakan yang hampir-hampir sama. Pasangan kembar yang dihasilkan daripada dua telur atau kembar tidak seiras (non-identical twin) biasanya mempunyai jantina yang berbeza iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan manakala rupa paras, perwatakan dan sifat mereka adalah tidak sama.

 

Fakta Lajut Kelahiran Kembar

 

  • Dalam keadaan normal, satu kembar akan berlaku daripada 80 kehamilan.
  • Kejadian kandungan kembar sedikit dipengaruhi oleh baka dan keturunan.
  • Peluang mendapat anak kembar bagi wanita yang sedang menjalani rawatan kesuburan dan makan pil subur (clomiphene) ialah antara 5-10 peratus
  • Wanita yang menerima suntikan hormon subur atau menjalani rawatan bayi tabung uji, peluang dapat anak kembar ialah 20-30 peratus.
  • Kembar seiras terjadi apabila persenyawaan satu sel telur berpecah yang biasanya berlaku pada tempoh masa satu hingga 14 hari selepas penghamilan.
  • Kembar seiras mempunyai genetik, kromosom dan raut fizikal yang sama tetapi bukan keseluruhannya benar-benar sama.
  • Kembar seiras mempunyai persamaan dari segi jantina, jenis darah, warna rambut dan mata, hidung, telinga dan bentuk bibir.
  • Kadar kelahiran kembar seiras dianggarkan pada 4/1,000 setiap kelahiran dan ia terjadi secara kebetulan.
  • Kembar seiras sering mengisi masa bersama dan akrab di antara satu sama lain. Walaupun mereka menyukai orang lain, namun mereka tetap memilih untuk bersama dengan pasangan kembar mereka terutamanya semasa kecil.
  • Selepas usia 9 atau 10 tahun, kembar seiras biasanya memilih untuk membentuk identiti mereka yang tersendiri.

 

Posted on

Salindah Bahaya?

Tahniah jika anda sudah disahkan hamil, sama ada kali pertama atau seterusnya!

Ibu-ibu hamil disarankan untuk mengambil makanan berkhasiat dan seimbang untuk kepentingan nutrisi ibu dan anak yang sedang dikandung. Antara makanan yang baik untuk diamalkan ketika mengandung antaranya adalah makanan sunnah seperti kurma, kismis, delima, madu, susu kambing dan saffron. Makanan ini baik untuk pertumbuhan bayi, juga kesihatan ibu dan bayi.

Selain itu makanan tambahan khusus untuk kegunaan semasa mengandung atau selepas bersalin juga boleh diamalkan sebagai ikhtiar untuk mendapatkan zat-zat yang diperlukan.

 

Antara produk makanan tambahan yang ada sebagai pilihan ialah Salindah.

  • Nak tahu tak macam mana Salindah mendapat namanya? Klik di sini
  • Nak baca perkongsian pengalaman pengguna Salindah? Klik di sini

Cabaran Salindah

Walaupun secara rasminya produk Salindah mula dijenamakan pada sekitar tahun 1980 (dah lebih 35 tahun sekarang!) namun sebenarnya ia bermula lebih awal dari tarikh itu: sebelum ia dinamakan & dijenamakan lagi.

Perjalanan produk Salindah bukan pendek & mudah: banyak cabarannya.

Bila dilihat dari sudut positifnya, jika kita di sebut-sebut sama ada yang baik-baik atau sebaliknya, itu bermakna kita dikenali dan sedang mendapat perhatian.

Salindah bukanlah satu-satunya produk berkaitan kehamilan ynag ada di pasaran: terpulang kepada pengguna untuk membuat pilihan sama ada berdasarkan bajet, jenama atau jenis formula produk tersebut.

.

Kredit banner: fb/Irfan Khairi 

.

Ini antara persoalan yang kami terima dari pengguna kepada kami berkenaan produk Salindah. Persoalan sebegini kami terima dari masa ke masa:

Nak tahu situasi sebenar dan jawapannya? Klik di sini

Posted on

Siapa Boleh Cerita, Apa Rasanya Tablet Salindah Ni?

Maklumbalas Pengguna di facebook/edaransalindah

rasa-salindah-produk-era-edar_1
rasa-salindah-produk-era-edar_2

 

  • Terima kasih kepada rakan-rakan Facebookk yang memberikan maklumbalas.
  • Anda juga boleh menghantar Testimoni atau Maklumbalas anda berkaitan produk Salindah melalui email, WhatsApp atau di laman facebook rasmi kami.

.

Berkenaan Kehamilan

Kehebatan dan perbezaan wanita dengan lelaki ialah wanita mampu mengandung, serta menjaga janin yang terdapat di dalam rahimnya. Pengorbanan dan tanggungjawab ibu bermula seawal hari pertama berlakunya persenyawaan.

Ibu-ibu muda yang pertama kali mengandung tertanya-tanya, sangat teruja apabila mengetahui dirinya mengandung. Mual dan loya, pening kepala, letih adalah simptom awal yang paling kerap dialami oleh bakal ibu. Ia ada kaitan dengan perubahan hormon ataupun mengalami tekanan darah rendah. Tanda awal ini memberi ruang kepada bakal ibu ini mencari bantuan demi kesihatan janin yang dikandungnya.

.

Info Lanjut Berkenaan Salindah: