Posted on

Berkaitan Haid

Mengapakah haid dikenali sebagai ‘darah kotor’?

Haid sebenarnya bukan penyakit. Ia adalah satu proses normal yang menunjukkan wanita itu mempunyai kesihatan yang baik dan yang lebih penting lagi ia subur serta boleh hamil. Memang kita menganggap haid sebagai ‘darah kotor’.

Apabila darah haid ini mengalir keluar dari rahim ia membawa bersama sel dan tisu dari selaput “endometrium”. Ketika ia melalui saluran faraj ia membawa bersama kuman yang terdapat dalam saluran faraj. Darah kotor adalah campuran darah, tisu endometrium yang telah berkecai dan kuman-kuman.

Bagi wanita yang tidak datang haid, mungkinkah ia akan bertimbun dalam rahim dan menyebabkan keracunan?

Perkara ini tidak benar kerana keluaran haid dikawal oleh system hormon yang rumit. Jika ia tidak keluar ia mungkin disebabkan oleh perimbangan hormon yang mungkin terganggu akibat dari proses kehamilan, penyusuan bayi, pengambilan pil hormon, tekanan mental dan emosi atau penyakit pada kilang pituitary, rahim atau ovary.

Tetapi keadaan tersebut tidak menyebabkan timbunan darah kotor dalam badan. Darah hanya menjadi kotor apabila ia keluar sebagai darah haid. Apabila suatu penyakit atau keadaan luar biasa berlaku, aliran darah seolah-olah memintasi kawasan endometrium. Oleh itu tiada darah kotor dibentuk.

Berapa lamakah haid seseorang wanita itu keluar?

Pada kebiasaannya haid keluar selama tiga hingga tujuh hari. Ada juga setengah wanita haidnya hanya sehari sehaja, manakala ada setengah wanita yang mengalami keluaran haid berpanjangan dan berterusan selama 15 hari.

Setengah wanita mengalami keluaran lendir bercampur sedikit darah untuk beberapa hari sebelum keluar haid (Premenstrual staining) manakala ada setengah pula yang mengalami darah haid ‘berekor-ekor’ (Post-menstrual staining). Kedua keadaan tersebut munkin menandakan suatu keadaan hormon yang tidak seimbang atau mungkin terdapat penyakit dalam rahim.

Perkara yang penting diketahui oleh setiap wanita ialah untuk menentukan apakah yang menjadi kebiasaannya. Jika jangka waktu haid menjadi lebih pendek atau lebih panjang dari kebiasaannya, ini adalah dianggap sebagai satu keadaan luar biasa atau penyakit. Katakan seseorang wanita itu keluar haid selama tujuh hari, tetapi secara tiba-tiba haidnya keluar selama 10 hari. Maka tiga hari yang terakhir ini bukanlah darah haid, tetapi darah penyakit.

Ada yang berpendapat keluaran darah haid selama 15 hari masih dianggap normal. Ini penting diketahui kerana seseorang wanita yang keluar darah, selain daripada haid, wajib bersembahyang dan menunaikan ibadat.

Bagi wanita yang menggunakan kaedah pencegah hamil, mungkin terdapat sedikit perubahan dalam pusingan haidnya. Wanita yang menggunakan pil jangka waktu haidnya menjadi pendek dan aliran darah haid sangat berkurangan. Bagi mereka yang menggunakan alat dalam rahim IUD pula, haidnya menjadi lebih panjang dan aliran haidnya lebih banyak daripada biasa.

Berapa banyak darah pula yang keluar yang dikatakan normal?

Ini berbeza antara seseorang wanita dengan yang lain. Pada kebiasaannya pada hari pertama haid tidak keluar begitu banyak, haid bertambah pada hari kedua dan ketiga. Pada hari keempat mula berkurangan dan pada hari kelima hampir kering, pada hari keenam darah kering langsung.

Keluaran lendir bercampur sedikit darah berwarna coklat mungkin berlarutan selama beberapa hari. Haid dianggap berhenti jika tidak ada lagi kesan darah merah yang keluar dari rahim. Purata darah yang keluar dalam jangka masa ini ialah dua hingga tiga auns (100mls). Penggunaan tuala yang tidak melebihi satu kotak boleh dianggap sebagai normal.

Apakah jenis-jenis gangguan haid?

Seperti keadaan lain dalam tubuh manusia, haid juga mengalami beberapa masalah;

1. Berbagai jenis gangguan pusingan haid.

2. Banyaknya darah haid yang keluar.

3. Jangka waktu haid yang berpanjangan.

4. Pendarahan yang tidak tentu masa , seperti lepas persetubuhan.

5. Kesakitan sebelum, semasa atau selepas haid.

6. Kelewatan datang haid.

7. Putus haid.

Gangguan haid berlaku kerana berbagai-bagai punca seperti tekanan jiwa dan emosi, keadaan hormon yang tidak seimbang, kehamilan, penyusuan, kegunaan hormon, penyakit dalam kelenjar pituitary atau ovary atau ketumbuhan seperti barah dalam rahim atau pangkal rahim.

Lambat Keluar Haid !
Kenapakah kelewatan haid dikalangan gadis gadis

Biasanya seseorang gadis akan mengalami haid dalam umor 12 tahun sehingga usia gadis itu 16 tahun. Ini masih dianggap normal. Jika usianya 16 tahun dan masih belum datang haid, ia perlu mendapat perhatian daripada doktor. Kegagalan turun haid ini mungkin berpunca daripada fungsi ovari atau kilang pituitary yang tidak normal. Kelewatan akil baligh mungkin disebabkan oleh kecacatan pada faraj atau perkakas peranakan sejak lahir. Kadangkala berlaku dimana selaput dara menutupi keseluruhan lubang faraj (imperforate hymen). Dalam kaedaan ini gadis tersebut mungkin mengalami sakit perut setiap bulan tetapi haid tidak keluar.

Faktor lain yang boleh mempengaruhi keadaan ini ialah taraf kesihatan yang kurang baik dan masalah tekanan jiwa dan emosi yang teruk.

Apakah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah?

Langkah pertama ialah mengenalpasti punca kelewatan haid. Tanda-tanda seperti pertumbuhan buah dada, dan rambut di kemaluan dan ketiak menunjukan tanda pengeluaran oestrogen. Pemeriksaan tubuh dan perkakas peranakan adalah penting untuk mengesan kecacatan semula jadi, ujian ultrasound pada perut untuk mengesan ada atau tidak rahim dan ovari. Ujian darah untuk menyukat paras hormon adalah penting untuk mengenal pasti punca masalah.

Rawatan bergantung kepada punca masalah. Pembedahan kecil perlu dilakukan untuk membuka selaput dara jika ia tertutup. Jika faraj tidak wujud, pembedahan untuk membentuk ‘artificial vagina’. Rawatan hormon diberikan jika puncanya ialah kecacatan pada kilang pituitary atau ovary.

Haid tidak teratur !
Apakah yang dimaksudkan pusingan haid yang tidak teratur?

Pusingan haid yang tidak teratur, ialah pusingan yang kurang daripada 25 hari atau lebih daripada 35 hari. Ini dianggap tidak teratur, ada setengah wanita haidnya datang dua atau tiga bulan sekali. Keadaan ini sering berlaku dikalangan anak anak gadis yang baru masuk ke alam remaja atau wanita yang hampir putus haid. Keadaan ini bukanlah satu penyakit tetapi hanya disebabkan oleh gangguan hormon walaupun wanita yang mengalami masalah ini adalah kurang subur kerana ia kurang mengeluarkan benih.

Kegemukkan (obesity) merupakan punca penting yang menyebabkan pusingan haid menjadi terlambat atau jarak yang berpanjangan , mungkin jarak 6 – 9 bulan atau lebih. Keadaan ini sering dikaitkan dengan ketidaksuburan. Ada dikalangan mereka yang tumbuh rambut pada kaki atau misai. Apabila dilakukan vaginal ultrasound kedua ovari mereka didapati bengkak (Polycystic ovary).

Bagi seseorang yang perjalanan haidnya tetap dan teratur, gangguan pusingan haidnya bermakna sesuatu perkara sedang berlaku. Salah satu puncanya ialah kehamilan. Apabila kehamilan terjadi haid dengan tersendirinya akan berhenti. Wanita yang menyusukan anak juga mendapati perjalanan haidnya terganggu. Ketika penyusuan bayi, hormon susu (Prolactin) meningkat dalam aliran darah ibu.

Peningkatan paras hormon susu (prolactin) juga boleh disebabkan oleh ketumbuhan dalam kelenjar pituitary menyebabkan haid tidak datang atau datang sekali-sekala sahaja. Wanita demikian juga sering kurang subur. Gangguan hormon mungkin juga boleh berpunca dari ketumbuhan dalam kelenjar ovari.

Ketegangan rohani atau tekanan jasmani seperti kesedihan oleh sebab kematian ibu bapa atau yang lainnya, boleh juga melambatkan kedatangan haid.

Haid Berlebihan dan berpanjangan !
Beberapa punca boleh menyebakan keadaan demikian dan diantaranya:

1. Tumbuhan bukan kanser. Wanita yang mengalami keluaran darah haid yang berlebihan atau berpanjangan daripada biasa, menandakan sesuatu penyakit khususnya jika keluaran darah haid yang banyak disertai dengan senggugut.Gangguan haid seperti ini jika melibatkan wanita dalam usia 30 tahun hingga 50 tahun keatas, mungkin menandakan sesuatu penyakit tumbuhan bukan kanser pada pangkal rahim seperti ‘cervical polyp’ atau dalam rahim saperti ‘fibroid’ atau ‘Adenomyosis’.

2. Kanser Pangkal Rahim. Tetapi apa yang lebih menakutkan lagi ialah tumbuhan kanser rahim atau pangkal rahim.

3. Penggunaan alat perancang keluarga. Wanita yang menggunakan alat dalam rahim (IUD) juga boleh mengalami masalah pendarahan yang berpanjangan dan berlebihan. Mereka yang menggunakan kaedah suntikan atau ‘implant’ hormon sebagai cara mencegah kehamilan kadang kala mengalami maslah perdarahan sedikit demi sedikit dan berpanjangan pula.

4. Kehamilan luarbiasa. Keadaan ini mungkin juga menandakan kandungan yang terancam nak gugur (Threatened abortion), keguguran, kandungan anggur (molar pregnancy), kehamilan diluar rahim.

Perdarahan Luarbiasa!

Berbagai bentuk perdarahan yang luarbiasa boleh berlaku, diantaranya ialah ;

1. Pendarahan boleh berlaku pada pertengahan pusingan haid (intermenstrual bleeding), sebelum haid (premenstrual staining) atau selepas haid (postmenstrual staining) dan ini mungkin sedikit sahaja dan tidak memerlukan tuala wanita. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh masalah ketidak-seimbangan hormon atau mungkin juga disebabkan oleh tekanan jiwa atau emosi. Wanita yang mengamalkan kaedah cegah hamil yang mengandungi hormon seperti pil perancang boleh mengalami masalah seperti ini. Begitu juga dengan penggunaan ubat hormon untuk rawatan penyakit pada anggota peranakan. Ia juga mungkin menandakan sesuatu ketumbuhan atau jangkitan kuman pada kemaluan dan anggota peranakan. Setiap wanita yang mengalami pendarahan yang luar biasa dan tidak tentu masa perlu mendapatkan nasihat dan pemeriksaan dari doktor.

2. Perdarahan selepas persetubuhan. Ini adalah satu tanda yang merbahaya kerana ia mungkin menandakan penyakit kanser pangkal rahim khususnya jika ia berlaku pada wanita dalam lingkungan umur 30 puluhan dan telah berkahwin dan telah mendapat anak. Pendarahan selepas persetubuhan juga mungkin disebabkan oleh penyakit lain yang bukan kanser seperti luka pada pangkal rahim (cervical erosion), ketumbuhan bukan kanser atau jangkitan kuman. Pemeriksaan daripada doktor khususnya ujian ‘pap smear’ adalah sangat penting.

3. Perdarahan lepas putus haid. Wanita yang telah putus haid dan mengalami pendarahan perlulah berhati-hati kerana ia mungkin menandakan sesuatu penyakit yang merbahaya seperti kanser dalam rahim. Tidak semua pendarahan seperti ini disebabkan oleh kanser. Pendarahan ini mungkin disebabkan oleh suatu keadaan dalam faraj yang kekeringan iaitu “atrophic vaginitis” iaitu satu keadaan yang disebabkan oleh kekurangan hormon oestrogen. Ia tidak merbahaya dan boleh dirawat dengan ubat hormon oestrogen

Posted on

Masalah-masalah dalam pantang

Darah Nifas

Wanita yang baru bersalin akan mengalami turun darah nifas yang hampir sama bentuknya dengan darah haid. Jangka waktu nifas lebih panjang daripada darah haid; purata lebih kurang dua minggu. Jika nifas berpanjangan melebihi jangka waktu ini, atau berlaku tumpah darah yang banyak mungkin ini menandakan gangguan atau penyakit dalam rahim.

 

Tumpah Darah

Tumpah darah selepas bersalin atau post-partum haemorrhage biasa berlaku sebaik sahaja wanita melahirkan anak sama ada selepas uri dilahirkan ataupun sebelum uri dilahirkan dan ia terlekat dalam rahim. Keadaan tumpah darah yang begini amatlah berbahaya kerana biasanya ia berlaku dengan tidak semena-mena dan pendarahan boleh berlaku dengan amat banyak sehingga boleh meragut nyawa ibu.

 

Tumpah darah ketika ataupun sebaik sahaja lepas bersalin masih menjadi punca utama kematian ibu di Malaysia, khususnya ibu yang melahirkan anak di rumah. Masalah ini juga kerap dialami oleh ibu yang telah banyak kali melahirkan anak. Akibatnya rahim menjadi lemah dan tidak boleh kuncup dengan kuat untuk mengelakkan kejadian tumpah darah. Keadaan ini juga boleh berlaku di hospital atau di pusat-pusat kelahiran khususnya mereka yang mengalami kerumitan ketika melahirkan anak seperti kelahiran dengan cara forsep. Namun demikian jika ia berlaku di hospital atau pusat-pusat kelahiran, biasanya ia boleh diselamatkan kerana adanya kemudahan rawatan dalam bentuk tranfusi darah serta kakitangan yang boleh mengendalikannya.

 

Jika kelahiran berlaku di rumah ia sering mengakibatkan maut. Wanita yang mengalami masalah seperti urinya terlekat dan tidak boleh dikeluarkan dalam tempoh satu jam selepas bayi dilahirkan, akan mengalami masalah tumpah darah yang banyak. Oleh itu jika uri tidak boleh dikeluarkan, bawalah wanita itu segera ke hospital. Di sesetengah negeri di Malaysia ada satu pasukan ala flying squad yang boleh dipanggil untuk mendapatkan rawatan cemas di rumah.

 

Tumpah darah selepas bersalin mungkin juga boleh berlaku dalam masa 48 jam selepas bersalin atau bila-bila masa dalam seminggu selepas bersalin. Jika ia berlaku dalam masa 48 jam walaupun uri telah dikeluarkan, ini mungkin menandakan kuncupan rahim tidak begitu kuat ataupun sebahagian daripada uri atau selaput bayi masih tertinggal dalam rahim. Pendarahan mungkin juga disebabkan oleh jangkitan kuman dalam rahim. Setiap pendarahan yang berlaku dan melebihi had biasa perlu mendapat perhatian doktor dan jika ia berlaku dengan banyaknya pesakit perlu dibawa segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana ini boleh mengancam nyawa ibu.

 

Sebaiknya keadaan ini boleh dijauhkan dengan menentukan beberapa perkara:

 

Pertama:

Ketika bayi dan uri dilahirkan tentukan setiap sudut uri diperiksa. Pemeriksaan ini untuk menentukan uri sempurna dilahirkan dan tiada bahagian, cebisan atau sisa-sisa yang tertinggal dalam rahim.

 

Kedua:

Jauhkan daripada sakit beranak yang terlalu panjang dan berlarutan (prolonged labour). Ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan tumpah darah berlaku. Bayi perlulah dilahirkan secara forsep atau pembedahan jika kesakitan bersalin melebihi hadnya. Wanita yang mengalami tumpah darah itu perlulah diberi tranfusi darah ataupun apa sahaja cecair yang sesuai dan mudah terdapat pada ketika itu jika darah tidak boleh didapati. Juga tentukan rahim itu kuncup. Jika ia tidak kuncup, suntikan ubat ergometrine akan diberikan untuk menentukan rahim kuncup untuk menahan pendarahan. Pesakit ini perlu menjalani pembedahan kecil untuk membersihkan sisa-sisa uri atau selaput bayi yang mungkin tertinggal dalam rahim. Proses yang digelar evacuation of the uterus ini perlu dilakukan di bilik bedah.

 

Jangkitan Kuman Pada Pundi Air Kencing

Salah satu masalah yang kerap dialami oleh wanita selepas bersalin ialah jangkitan kuman pada pundi air kencing. Masalah ini juga sering dialami oleh wanita hamil kerana aliran air kencing menjadi perlahan dan bertakung akibat rahim yang membesar. Ketika proses kelahiran berlaku, pundi air kencing menjadi sasaran menyebabkan ia tertekan, terhimpit dan kadangkala tercedera.

Doktor perlu memasukkan alat catheter untuk mengeluarkan air kencing  yang mungkin bertakung oleh sebab proses kelahiran. Ini boleh menyebabkan jangkitan kuman. Apabila jangkitan kuman berlaku, wanita itu kerap membuang air kecil tetapi sedikit-sedikit dan terasa sakit atau pedih. Jika tanda-tanda ini berlaku, perlulah perhatian doktor. Air kencing perlu diperiksa untuk menentukan sama ada rawatannya hanyalah dengan memakan ubat antibiotik selama lima hari atau seminggu.

 

Jangkitan Kuman Pada Luka Dan Rahim

Selain daripada pundi air kencing, jangkitan kuman juga boleh berlaku pada luka di bahagian kemaluan, luka oleh sebab pembedahan sesarean dan luka pada rahim iaitu luka yang berlaku  apabila uri dilahirkan. Jagaan dan kebersihan pada tempat-tempat yang luka sangat penting untuk menjauhkan jangkitan kuman. Penting juga wanita meningkatkan sistem pertahanan diri supaya serangan kuman dapat dielakkan. Ini boleh dicapai melalui pemakanan yang seimbang kandungan zatnya.

 

Pengambilan pil vitamin perlu diteruskan supaya tahap kesihatan dapat ditingkatkan dan seterusnya boleh mengelakkan serangan kuman.

 

Luka pembedahan sesarean boleh dijangkiti kuman menyebabkan takungan nanah atau abcess. Wanita itu akan terasa sakit berdenyut-denyut pada luka menjadikannya merah. Takungan nanah ini perlu dibedah untuk mengeluarkan nanah. Rawatan secara dressing akan dilakukan setiap hari di samping ubat antibiotik untuk dimakan. Luka episiotomi juga boleh menimbulkan masalah jika jahitannya terbuka sebelum sembuh. Keadaan ini digelar breakdown. Kejadian ini biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman atau takungan nanah pada luka.

 

Jika ini berlaku pembedahan kecil perlu dilakukan untuk setiap hari. Masalah pada luka ini jika tidak dirawat dengan betul boleh menimbulkan masalah jangka panjang seperti terasa sakit ketika mengadakan hubungan kelamin. Oleh itu, setiap wanita perlulah menjaga kebersihan serta menjauhkan masalah jangkitan kuman pada luka di kemaluan.

 

Jangkitan kuman pada rahim juga boleh berlaku. Tanda-tanda bagi jangkitan kuman pada rahim ialah demam panas, sakit perut dan lendir yang berbau.

 

Lendir

ini biasanya bercampur darah nifas. Masalah tumpah darah juga mungkin berlaku akibat jangkitan kuman. Rawatan yang khususnya ialah dengan makan ubat antibiotik. Jika ada sisa-sisa uri atau selaput bayi tertinggal dalam rahim, ini memerlukan pembersihan secara D&C yang dilakukan di hospital.

 

Masalah Buah Dada

Beberapa masalah buah dada boleh berlaku selepas bersalin. Pertama, bengkak buah dada atau breast engorgement. Ini biasanya disebabkan oleh saluran susu pada puting tetek tersekat. Untuk menjauhkan masalah ini penting bagi setiap bakal ibu membersihkan puting buah dada dengan air bersih. Urutlah buah dada ke arah puting untuk memudahkan aliran susu. Jika buah dada selalu diurut, nescaya masalah saluran puting susu tersumbat boleh diatasi. Bengkak buah dada biasanya kerap berlaku di kalangan ibu yang tidak menyusukan anaknya.

 

Sebaiknya setiap ibu patut menyusukan bayinya dengan susu sendiri kerana khasiat makanan yang terkandung di dalamnya. Susu ibu sudah tersedia dan apa yang lebih pentingnya penyusuan ibu dapat merapatkan hubungan emosi antara bayi dan ibu. Bagi ibu yang telah membuat keputusan tidak akan menyusukan anaknya, masalah bengkak buah dada boleh diatasi dengan memakan ubat yang khusus untuk menyekat pengeluaran susu. Ubat ini mengandungi hormon estrogen yang dimakan lebih kurang lima hari. Ubat terbaru di pasaran untuk menyekat pengeluaran susu dan mencegah bengkak dan sakit buah dada ialah Bromocryptine yang dimakan selama beberapa hari.

 

Bengkak buah dada boleh menimbulkan masalah jangkitan kuman, mengakibatkan mastitis. Ini menyebabkan rasa sakit serta demam panas. Bagi mengawal keadaan ini, perlulah ibu berjumpa doktor yang kemudiannya akan memberi ubat antibiotik dan juga penawar sakit. Masalah jangkitan kuman pada buah dada boleh berlarutan menimbulkan masalah nanas atau abcess. Jika keadaan ini berlaku satu pembedahan kecil perlu dilakukan di hospital untuk mengeluarkan nanah itu.

 

Ubat antibiotik, penawar sakit dan juga hormon untuk menyekat pengeluaran susu akan diberikan bagi merawat abcess ini.

 

Amalan menyusukan bayi dengan susu sendiri boleh mengatasi masalah yang saya nyatakan di atas. Di samping itu, kajian telah menunjukkan penyusuan ibu mungkin boleh menghindarkan atau mengurangkan risiko penyakit kanser buah dada. Oleh itu saya sering menasihatkan ibu  menyusukan bayinya sendiri kerana menyusu sendiri itu amat banyak faedahnya. Penyusuan juga dikehendaki oleh agama Islam seperti yang ternyata dalam Surah al-Baqarah 233 yang bermaksud bahawa ibu patut menyusukan bayinya selama dua tahun.

 

Masalah Emosi

Dalam masa pantang, sesetengah ibu yang baru melahirkan anak kerap mengalami tekanan jiwa dan emosi. Tekanan ini memang telah wujud sejak ibu hamil dan berterusan hingga melahirkan anak. Ketika pantang pula ibu perlu memberi jagaan yang rapi kepada bayinya.

 

Tekanan fizikal dan mental mempunyai kesan yang kuat terhadap jiwa dan emosi ibu. Akibat tekanan darah ini segolongan wanita mengalami masalah kemurungan (depression) atau ada yang lebih teruk lagi mengalami masalah sakit jiwa (pueperal psychosis). Dalam keadaan yang amat menekan jiwa ada segelintir wanita yang cuba membunuh diri. Tekanan jiwa dan emosi ini boleh dijauhi jika sokongan dan nasihat yang sewajarnya dapat diberikan oleh orang yang penting dalam hidupnya seperti suami.

 

Si isteri sepatutnya diberi bantuan, bukan sahaja bantuan fizikal dari segi jagaan terhadap isteri dan bayi yang baru lahir, tetapi juga sokongan moral. Saudara mara khususnya ibu wanita itu boleh juga membantu mengatasi masalahnya.

 

Jika ada tanda-tanda ibu itu mengalami kesedihan atau sakit jiwa, penting bagi suaminya membawa ibu ini berjumpa doktor atau pakar sakit jiwa supaya keadaan ini tidak akan berlarutan sehingga menimbulkan pueperal psychosis yang boleh membahayakan nyawa ibu. Pada masa ini, lingkungan keluarga menjadi semakin kecil. Sokongan moral dari saudara-mara makin berkurangan dan ini adalah salah satu faktor yang boleh mengakibatkan ramai wanita mengalami masalah emosi dan jiwa selepas bersalin. Sebaiknya hidup secara tradisi dengan mengamalkan keluarga luas atau extended family patut diteruskan supaya wanita yang baru bersalin dapat menghindarkan gejala-gejala emosi dan jiwa.

Posted on

Apa Sebenarnya Meroyan

Artikel petikan dari: petuabahagia.net

.

Gila meroyan

MENGIKUT orang tua-tua dulu, ketika dalam pantang, wanita tidak dibenarkan melakukan sebarang kerja. Larangan ini ada rasionalnya kerana ia sebenarnya memberi peluang wanita mendapat rehat secukupnya selepas melahirkan anak.

Kehamilan adalah khabar gembira, tetapi mungkin ramai tidak tahu atau tidak sedar ia sebenarnya memberi tekanan fizikal dan mental kepada wanita yang mengalami masalah loya dan muntah, terutama jika ia tidak dirancang dan bukan kehamilan yang diharapkan.

Perkara ini boleh menyebabkan sesetengah wanita mengalami masalah tekanan, kesedihan melampau dan kemurungan selepas melahirkan anak.

Dalam keadaan tertentu, gangguan fikiran dan emosi dihadapi menyebabkan sesetengah ibu tidak dibenarkan menjaga bayi mereka.

Bagi masyarakat kita, ia dipanggil meroyan atau kemurungan postpartum yang berlaku selepas melahirkan anak.

Menurut perunding psikiatri, Dr Nor Hamidah Mohd Salleh, walaupun zaman sudah berubah, masalah ini tetap berlaku kepada semua bangsa.

Prevalens kemurungan postpartum adalah satu atau dua kes bagi 1,000 kelahiran. Dalam budaya kita, wanita dalam pantang diberi perhatian dan layanan istimewa daripada suami dan keluarga.

Ini adalah budaya yang baik kerana ia boleh mengurangkan risiko wanita mengalami kemurungan selepas bersalin.

Kemurungan postpartum atau meroyan juga boleh berlaku apabila wanita mengalami keguguran, bayi meninggal dunia ketika dilahirkan atau bayi dijadikan anak angkat.

Ia adalah masalah yang serius dan jika tidak dirawat boleh menyebabkan ibu hilang pertimbangan diri.

Kenapa ia hanya berlaku pada sesetengah orang? Kata Dr Nor Hamidah, ia juga dipengaruhi daya ketahanan mental seseorang. Bagi yang ‘tahan lasak’ dan reda dengan takdir serta menganggap setiap kehamilan (walaupun tidak dirancang) sebagai rezeki, risiko mengalami masalah ini jauh lebih rendah.

Banyak punca boleh menyebabkan masalah ini seperti:

  • Pernah mengalami kemurungan, sama ada pada diri sendiri atau ahli keluarga (termasuk skizofrenia).
  • Perubahan hormon yang banyak (perubahan hormon mendadak boleh merangsang kemurungan).
  • Pertambahan tanggungjawab.
  • Tekanan.
  • Kurang sokongan keluarga.
  • Gangguan psiko sosial seperti masalah perkahwinan atau pergaduhan.
  • Tidak cukup tidur kerana terpaksa bangun malam untuk menyusukan anak.
  • Melahirkan anak yang tidak dikehendaki.
  • Kekecewaan akibat terlalu inginkan anak lelaki, tetapi dianugerahkan anak perempuan (atau sebaliknya).

Bagaimana hendak mengenali jika isteri atau ahli keluarga mengalami masalah ini? Antara simptom meroyan ialah:

  • Terlalu lesu.
  • Hilang kegembiraan untuk menjalani hidup.
  • Tidak boleh tidur malam (insomnia).
  • Sedih keterlaluan
  • Menangis tanpa sebab.
  • Resah gelisah
  • Berasa diri tidak berharga
  • Sentiasa berasa bersalah
  • Emosi mudah terganggu
  • Hilang selera
  • Tidak boleh menumpukan perhatian.

Bagi kes lebih serius yang dipanggil postpartum psikosis, wanita mungkin:

  • Hilang pertimbangan
  • Berasa benci kepada anak
  • Mengalami delusi (percaya kepada perkara yang tidak benar seperti menganggap diri sebagai orang terkenal)
  • Mengalami halusinasi (mendengar suara ghaib)
  • Terlintas mahu membunuh diri

“Kemurungan postpartum biasanya berlaku selepas beberapa hari melahirkan anak dan ia berlanjutan sehingga melebihi dua minggu. Wanita yang mempunyai sejarah kemurungan berisiko tinggi untuk mengalami masalah ini.

“Biasanya ia berlaku pada wanita yang pernah mengalami masalah kemurungan. Jika seseorang wanita mengalami kemurungan postpartum pada kehamilan pertama, dia berisiko tinggi mengalami masalah sama pada kehamilan seterusnya dengan kebarangkalian sebanyak 25 peratus.

“Bagi kes begini, ia dikelaskan sebagai kehamilan berisiko tinggi dan keadaan mereka dipantau sepanjang kehamilan dan selepas melahirkan anak. Bagaimanapun, jangan keliru dengan kesedihan selepas bersalin atau dipanggil ‘baby blues’. Si ibu akan berasa sedih tanpa sebarang sebab, tetapi masalah ini tidak lama dan hilang selepas lima atau tujuh hari,” katanya.

Hampir 50 peratus wanita mengalami masalah ‘baby blues’. Ia masalah biasa dan tidak perlu dirisaukan. Ada yang mengalaminya pada kelahiran pertama saja. Antara gejalanya ialah rasa tertekan, sedikit murung, sedih, mudah menangis, berasa terlalu terharu tanpa sebab dan emosi cepat berubah.

Semua gejala ini timbul akibat perubahan hormon yang banyak selepas bersalin dan akan hilang beransur-ansur apabila paras hormon kembali normal.

Bagaimanapun jika kemurungan ini berlanjutan melebihi dua minggu, suami atau ahli keluarga disaran segera membawa isteri mendapatkan rawatan.

“Dalam keadaan seperti ini, sokongan ahli keluarga, terutama suami, sangat penting. Suami perlu beri kerjasama menjaga anak, seperti bangun malam atau membantu menukar lampin, supaya isteri boleh mendapat tidur yang cukup.

“Kurang sokongan daripada suami dan ahli keluarga boleh menyebabkan wanita mengalami kemurungan. Apabila ini berlaku dan tidak dibantu segera, masalah jadi lebih berat kerana pesakit tidak dapat mengawal perasaan dan dibelenggu pelbagai perkara yang menekan fikiran,” katanya.

Kemurungan ini juga membuatkan sesetengah ibu tidak dapat menyusukan bayi kerana ada perasaan benci atau menganggap anak mereka cacat, walaupun hakikatnya ia dilahirkan sempurna atau melihat si kecil itu bukan anak sendiri.

Dr Nor Hamidah berkata, kehamilan yang tidak dirancang atau tidak dikehendaki juga boleh menjadikan wanita tertekan dan murung selepas bersalin.

Kajian menunjukkan hampir 70 peratus kehamilan yang berlaku adalah tidak dirancang dan ini meningkatkan risiko untuk mengalami kemurungan.

Bagaimanapun, budaya masyarakat kita tanpa mengira bangsa menganggap setiap anak sebagai anugerah dan sikap ini membantu wanita terhindar daripada masalah kemurungan postpartum. Ini juga sebabnya setiap pasangan disaran merancang keluarga — bukan sekadar memberi peluang anak membesar dengan baik, tetapi membolehkan isteri mendapat rehat secukupnya.

Wanita yang pernah menghadapi masalah skizofrenia juga berisiko tinggi mengalami kemurungan postpartum. Bagi kes sebegini, pesakit disaran supaya sentiasa mengambil ubat.

Bagaimanapun, pengambilan ubat dihentikan pada trimester pertama untuk mengelak kesan sampingan kepada bayi.

Rawatan

Menurut Dr Nor Hamidah, jenis rawatan tertakluk kepada keadaan setiap pesakit. Namun secara purata pesakit perlu menjalani rawatan dan mengambil ubat antara enam bulan hingga dua tahun. Pesakit akan diberi ubat anti kemurungan atau antipsikotik — tertakluk kepada masalah setiap individu.

Selain itu, sokongan suami boleh menjadi penawar. Justeru, beliau menyarankan setiap pasangan membuat persediaan mental dan fizikal sebelum merancang menimang cahaya mata.

Menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya dua tahun juga amalan baik untuk memberikan badan wanita pulih secukupnya selepas bersalin kali pertama.

“Suami harus bersedia memikul tanggungjawab. Turunlah ke dapur menyediakan makanan untuk isteri. Dalam keadaan hidup sekarang, tidak ramai ibu boleh datang menemankan anak mereka sepanjang tempoh berpantang. Sebagai persediaan, belajar ilmu keibubapaan.

“Suami juga perlu faham perubahan yang berlaku pada isteri. Jika berkemampuan, dapatkan pembantu untuk menjaga anak supaya isteri boleh berehat dan menenangkan fikiran. Mempelajari kaedah menangani tekanan juga boleh membantu masalah ini,” katanya

 

Posted on

Bagaimana mengatasi Mual dan Muntah Semasa Hamil

Rasa mual (loya) dan muntah (emesis) merupakan suatu keadaan yang sangat tidak menyenangkan. Namun dalam situasi tertentu, misalnya keracunan, muntah merupakan tindakan tubuh sebagai kaedah pertahanan terhadap masalah tersebut. Dalam keadaan yang lain, contohnya menaiki kenderaan atau kehamilan, mual dan muntah boleh menyebabkan individu berasa amat gelisah atau terganggu.

Mual dan muntah juga turut membawa kepada implikasi yang lain seperti gangguan keseimbangan metabolik, kegagalan penjagaan diri sendiri dan keupayaan untuk melakukan sesuatu, pengurangan nutrisi atau zat makanan, kurang atau tiada selera makan (anoreksia), gangguan ke atas status metal, jahitan dedah dan luka mudah terbuka, saluran esofagus luka, dan kegagalan rawatan dalam penyakit tertentu seperti kanser.

Ringkasnya, mual dan muntah boleh mengganggu kualiti hidup pesakit.

PERNAH DENGAR SALINDAH? Salindah dirumus khas daripada ubat-ubatan mengikut kaedah Homeopati, Biokimia dan Herbalisme yang tidak memberi sebarang kesan sampingan. Salindah – Ceraian B1 adalah remedi Pemakanan Ketika Hamil untuk ibu mengandung. PBKD: MAL05092335T
Info Lanjut & Cara Order Salindah, klik di sini

Adakah Anda Hamil? Semak di sini

.

Penyebabkan Mual dan Muntah

Mual dan muntah merupakan tanda-tanda dan gejala yang lazim dialami apabila sakit. Kebanyakan kejadian mual dan muntah adalah disebabkan oleh beberapa situasi seperti mabuk laut, mabuk kereta, mabuk apabila bergerak (dalam kenderaan), mabuk hamil atau disebabkan terhidu bau yang sangat busuk dan tidak menyenangkan.

Selain itu, keadaan mual dan muntah juga disebabkan oleh beberapa masalah kesihatan seperti masalah bendalir dan elektrolit dalam badan, kepekatan kalsium yang tinggi dalam darah, kehilangan bendalir badan dalam jumlah yang banyak, keracunan (jumlah air dalam badan yang terlalu banyak), keracunan makanan, gangguan pada bahagian kelenjar adrenal, gangguan metabolik, ubat, seperti antikanser, kumpulan opiod, antibiotik, ubat untuk penyakit jantung kumpulan glikosida, bronkodilator (agen untuk memperluaskan saluran pernafasan).

Mual dan muntah turut disebabkan halangan pada saluran penghadaman (gastrousus), peningkatan tekanan intrakanial di bahagian sistem saraf pusat, radangan pada bahagian perut, metastasis otak, meninges dan hati, uremia (kandungan urea iaitu bahan beracun dalam darah), jangkitan setempat dan kehadiran kuman dalam darah (septisemia), rawatan radiasi terutamanya pada bahagian abdomen, radangan yang teruk pada bahagian mukosa, resah dan gelisah, sakit kepala (migrain), pening dan rasa berpusing (vertigo), hamil, penyakit batu karang, radang pada bahagian pankreas, hati atau apendik, ulser, kecederaan pada bahagian kepala.

Jika masalah mual dan muntah diiringi dengan pening dan demam, ini menunjukkan individu mungkin mengalami penyakit yang serius dan perlu merujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.

.

Bagaimana Mual dan Muntah Terjadi?

Muntah merupakan satu proses yang kompleks yang membabitkan bahagian otak dan sistem gastrousus manusia. Muntah terjadi melalui rangsangan yang dikawal oleh bahagian otak. Impuls aferen akan menghantar rangsangan ke bahagian pusat muntah yang terletak di bahagian otak melalui zon pencetus kemoreseptor (CTZ), farink, saluran gastrousus dan korteks serebral. Muntah berlaku apabila impuls inferen dari pusat muntah di hantar ke bahagian pusat peliuran, otot abdominal, pusat pernafasan dan saraf kranial.

Bahagian CTZ, pusat muntah dan saluran gastrousus mempunyai banyak reseptor neurotransmiter. Jika reseptor ini diaktifkan oleh bahan kimia yang tertentu, proses muntah akan berlaku. Di antara neuroreseptor yang terlibat dalam respons muntah termasuklah serotonin, asetikolin, kortikosterol, histamin, kanabonoid, opiod dan reseptor NK 1.

Agen-agen anti muntah boleh mencegah muntah dengan menghalang aliran impuls pada beberapa laluan saraf. Terdapat agen-agen antimuntah yang bertindak secara sinergestik (kerjasama) dengan agen-agen yang lain untuk meningkatkan kesan antimuntah. Oleh kerana setiap agen antimuntah bertindak ke atas reseptor yang tertentu, maka dalam keadaan yang tertentu, seperti dalam rawatan kanser tidak ada agen yang boleh mencegah sepenuhnya proses muntah. Satu keadaan di mana individu akan mengalami masalah mual dan muntah yang teruk ialah semasa individu menerima rawatan untuk penyakit kanser. Insiden dan keterukan mual atau muntah di kalangan pesakit yang menerima rawatan kanser bergantung kepada beberapa faktor seperti agen antikanser yang digunakan, jumlah agen antikanser yang diberikan, waktu administrasi dan kekerapan pemberian, saluran pemberian dan perbezaan tahap penerimaan individu.

Adalah dianggarkan sebanyak 70% hingga 80% pesakit-pesakit kanser yang menerima agen antikanser mengalami rasa mual dan muntah. Manakala 10% hingga 44% pesakit dijangka akan mengalami mual atau muntah.

.

Jenis-jenis muntah

Rasa mual dan masalah muntah seringkali dikategorikan sebagai keadaan;

i. akut (berlaku dengan tiba-tiba)
ii. lambat
iii. boleh dijangkakan
iv. breaktrough
v. sukar dikawal

Masa berlaku rasa mual dan muntah yang akut selalunya bermula dalam tempoh beberapa minit hingga beberapa jam selepas pemberian ubat dan mula reda dalam tempoh 24 jam. Kejadian masalah muntah boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti:

• umur
• jantina
• persekitaran semasa menerima rawatan ubat antikanser
• sejarah masalah alkoholisme (ketagihan alkohol)
• mabuk kenderaan
• episod mual dan muntah yang sebelumnya
• jumlah agen (yang diambil) yang boleh menyebabkan muntah
• keberkesanan agen antimuntah yang diambil

Masalah muntah dikatakan lambat berlaku jika ia dialami lebih daripada 24 jam selepas pemberian ubat antikanser. Di antara jenis ubat antikanser dalam kategori ini ialah cisplatin, karboplatin, siklofosfamida dan doksorubisin.

Mual dan muntah dalam kategori ‘anticipatory’ (boleh dijangkakan) berlaku sebelum pesakit menerima agen antikanser yang seterusnya. Masalah muntah hanya akan berlaku jika pesakit mengalami masalah muntah semasa menerima rawatan antikanser sebelum itu (pengalaman yang lepas). Insiden dalam kategori ini ialah dalam lingkungan 18% hingga 57% dan kejadian mual adalah lebih biasa dialami pesakit berbanding dengan muntah. Pesakit-pesakit yang muda pula lebih mudah mengalami keadaan ini kerana menerima rawatan antikanser yang lebih agresif dan secara amnya sukar mengawal masalah mual dan muntah berbanding golongan tua.

Masalah muntah dalam kategori breaktrough biasanya dikaitkan dengan muntah yang berlaku walaupun diberi rawatan profilaktik (untuk mencegah muntah) dan memerlukan rawatan untuk merawat muntah.

Muntah refraktori sukar dikawal dan dikaitkan dengan muntah yang berlaku semasa rawatan antikanser susulan, apabila rawatan profilaktik antimuntah dan rawatan merawat muntah gagal semasa rawatan kanser yang awal.

Muntah refraktori sukar dikawal dan dikaitkan dengan muntah yang berlaku semasa rawatan antikanser susulan, apabila rawatan profilaktik antimuntah dan rawatan merawat muntah gagal semasa rawatan kanser yang awal.

.

Agen Antimuntah

Secara umum, terapi antimuntah untuk pesakit kanser harus dimulakan sebelum rawatan antikanser dan disambung sepanjang tempoh rawatan penyakit kanser. Ia bertujuan untuk memastikan pencegahan atau perlindungan yang maksimum terhadap masalah muntah. Agen-agen antimuntah boleh diberikan melalui mulut, dubur, saluran vena (intravena) atau saluran otot (intraotot). Antara agen-agen antimuntah yang digunakan dalam perubatan lain:

1. Agen-agen yang lama

• fenotiazin
• benzamida
• antihistamin
• butirofenon
• kortikosteroid
• benzodiazepin
• kanabinoid

2. Agen yang baru

• ondansetron
• granisetron
• dolasetron mesilat

Perhatian: Adalah diingatkan kepada orang ramai bahawa agen antimuntah yang digunakan dalam rawatan penyakit kanser harus dipreskripsikan oleh doktor dan pesakit mesti mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan.

.

Matlamat Rawatan

Matlamat rawatan dalam keadaan ini ialah mengurangkan ketidakselesaan disebabkan oleh mual dan muntah, mencegah dehidrasi (kehilangan air dan garam galian) dan mengenal pasti serta merawatan punca kejadian mual serta muntah. Masalah mabuk perjalanan apabila menggunakan kenderaan seperti kapal terbang, kereta ataupun bot/kapal boleh diatasi dengan memperbetulkan kedudukan semasa berada di dalam kenderaan tersebut. Selain itu, pastikan individu menghirup udara segar sepanjang perjalanan.

Untuk merawat muntah, ada beberapa garis panduan yang harus diikuti:

• Elakkan memakan makanan pejal, susu, kopi dan jus sitrus.
• Minum minuman bergas, jus buah-buahan dan berais sedikit demi sedikit.
• Makan makanan dengan kerap dalam jumlah yang sedikit sepanjang hari.
• Elakkan mengambil makanan yang pedas.
• Kerap mandi dan minum untuk mengelakkan kekeringan tubuh.
• Elakkan makanan yang berminyak dan berlemak.

Terdapat banyak jenis rawatan untuk mual dan muntah tetapi rawatan yang tepat bergantung kepada faktor penyebab kejadian mual dan muntah. Masalah mabuk apabila bergerak seperti mabuk laut, mabuk kereta dan sebagainya boleh berlaku pada semua peringkat umur tetapi ia kerap berlaku pada kanak-kanak yang berumur bawah tujuh tahun.

Gangguan atau sakit perut kerapkali menyebabkan mual dan muntah. Jika masalah ini dihadapi bersama sakit yang teruk, demam kuat, pembengkakan atau pening, pemeriksaan yang terperinci oleh doktor perlu dilakukan dengan segera. Individu tersebut mungkin mengalami masalah batu karang, radang pankreas, radang hati, ulser atau ketumbuhan.

Diantara ubat-ubat yang boleh digunakan untuk merawat masalah mual dan muntah ialah:

• Dimenhidrinat
• Dolasetron Mesilat
• Dronabinol
• Granisetron Hidroklorida
• Meklizin hidroklorida
• Metoklopramida Hidroklorida
• Prokloperazin Maleat
• Prometazin Hidroklorida
• Trimetabenzamida Hidroklorida

Masalah mual dan muntah juga boleh bertindak sebagai pelindung kepada tubuh badan seperti apabila terhidu bau makanan yang sudah basi atau termakan makanan yang telah dikontaminasi oleh kuman. Dalam keadaan seperti di atas, individu akan mengelak daripada memakan makanan tersebut kerana berasa loya atau tubuh akan bertindak untuk memuntahkan kembali makanan yang telah tercemar setelah di dimakan.

Sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan mual dan muntah. Masalah ini juga bergantung kepada sensitiviti individu terhadap ubat tersebut. Sejarah masa lalu individu dapat membantu doktor untuk mempreskripsi ubat yang sesuai untuk individu tersebut. Jika individu mengalami kesan sampingan mual dan muntah apabila memakan ubat-ubat tertentu, individu tersebut dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.

.

Pilihan Rawatan

Rawatan untuk masalah mual dan muntah yang berkaitan dengan mabuk perjalanan dan masalah keseimbangan perlu diambil sebelum mengalami simtom tersebut (aktiviti pencegahan). Di antara ubat yang boleh digunakan ialah meklizin, dimenhidrinat dan skopolamin.

Ubat-ubat yang digunakan untuk merawat mual dan muntah yang berkait dengan kesan sampingan ubat antikanser, terapi radiasi, ubat bius dan migrain ialah metoklopramid, prometazin, ondan-sentron dan granisetron.

Wanita yang hamil sering mengalami masalah mabuk hamil dan akan kerap berasa mual dan muntah. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa dalam sehari, biasanya dalam awal tempoh hamil dan akan reda mulai bulan ketiga. Individu dinasihatkan supaya memakan makanan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap, elakkan makanan yang pedas dan banyak meminum air serta mandi dengan kerap

Posted on

Fitnah Terhadap Produk Salindah

Cerita & hebahan melalui email, yahoogroups & cakap mulut ke mulut nampaknya masih lagi berlaku sehingga ke tarikh topik ini saya tulis walaupun tamparan yang paling hebat diterima oleh EDARAN SALINDAH berlaku pada awal Mac 2007 lalu. Penyebar-penyebar fitnah ini  pula bukan sebarangan orang & menyebabkan ia mudah ‘diterimapakai’.

 

Cerita ini sebenarnya bermula dengan posting salinan sebuah artikel bertajuk “Tumpah Darah” di Harian Metro yang menceritakan pengalaman seorang ibu bersalin yang “tumpah darah” dan akhirnya terpaksa dibuang rahim akibatnya. Artikel tersebut sebenarnya tidak menyebut langsung nama produk secara spesifik tetapi ditafsirkan oleh individu yang mungkin terlalu prihatin atau ingin menjadi orang pertama dikenali kerana memberi ‘amaran’ kepada pengguna-pengguna lain.

 

Secara tiba-tiba pula ia dikaitkan dengan produk Salindah ?

Mengapa Salindah ?

Walhal banyak lagi produk-produk berkaitan ibu mengandung di pasaran sama ada keluaran tempatan mahupun yang diimport.

Mungkin jawapannya ialah kerana produk Salindah terlalu sinonim dengan ibu mengandung atau hamil.
Salindah telah diyakini oleh ibu-ibu mengandung sejak hampir 30 tahun!
Jadi bila disebut ibu mengandung atau bersalin – produk pertama yang terlintas ialah Salindah.

 

E-mail pertanyaan saya kepada penulis asal artikel Tumpah Darah di Harian Metro:

 

 

E-mail jawapan:

 

 

Kesimpulan saya mudah saja:


Jika anda yakin dengan fitnah boleh membawa kebahagian, sebarkannyalah sebanyak yang mungkin melalui apa jua media yang dapat anda fikirkan. Dosa rangkaian penyebar fitnah selepas daripada anda juga adalah milik anda!

 

Muat turun jawapan penuh saya di pautan berikut:
(Anda perlukan Acrobat Reader untuk membaca dokumen ini)

 

“SALINDAH … kebaikannya seINDAH namanya”

p/s: Orang popular memang selalu kena gosip… macam artis la jugak…

 

Tulisan Oleh:
Abdullah bin Ismail
Pengurus Tempahan Online
EDARAN SALINDAH

Komuniti Sosial:
https://www.facebook.com/edaransalindah

 

Posted on

Salindah, Set Hamil & Set Bersalin

Pek Baru Salindah Set Lengkap (ORI) selepas Pelancaran Semula Salindah pada Sabtu 2.11.2013


Bagi wanita, kehamilan atau mengandung adalah suatu pengalaman yang tidak sama dengan pengalaman-pengalaman lain yang pernah dilalui, terutamanya wanita yang mengandung untuk kali pertama. Ada yang tersangat gembira dengan berita kehamilan itu dan ada pula yang menjadi bimbang dan cemas terutamanya bila menjelang waktu-waktu hampir melahirkan anak. Ini berlaku kerana mungkin bakal ibu ini pernah mendengar pelbagai khabar bagaimana susahnya untuk melahirkan anak

salindah set hamil & set bersalin
Allahyarham Prof. Dr. Azizan Haji Ismail, Pencipta Produk Salindah

.

Setelah menyedari masalah yang dihadapi kaum wanita semasa mengandung, Prof. Dr. Azizan bin Hj. Ismail telah mengkaji secara mendalammengenai kehamilan dari semua aspek dan kemudian berusaha menghasilkan suatu rencana makanan jagaan rawatan ibu dan anak yang dikandung. Dengan adanya rencana makanan ini, maka kaum wanita dapata melalui zaman kehamilan dan dapat melahirkan anak dengan aman tenteram, jauh daripada rasa takut, cemas dan bimbang, terhindar daripada aneka rupa masalah waktu mengandung, semasa bersalin dan selepas bersalin. Dengan itu mengandung dan bersalin akan menjadi suatu pengalaman yang dapat dinikmati. Rencana makanan jagaan dan rawatan kehamilan ini telah banyak berbakti kepada kaum ibu, dan telah mendapat sanjungan di kalangan ibu dan para doktor, bukan hanya dari dalam Malaysia malah juga oleh mereka dari luar negara. Prof. Dr. Azizan menamakan rencana jagaan dan rawatan kehamilan ini sebagai Salindah.

.

Bagi mereka yang mengambil rencana Salindah ini adalah dinasihatkan agar sekali sekala ke pusat pemeriksaan kehamilan untuk memeriksa kandungannya. Oleh kerana ada di antara ibu yang menggunakan Salindah bersalin tanpa bidan yang menyambut kelahiran bayinya, maka adalah disarankan agar segera mendapatkan bidan ataupun di bawa kehospital apabila terasa sahaja hendak bersalin walaupun ras sakit tidak bersungguh.

 


Hasil kajian yang begitu lama, Salindah mulai diperkenalkan kepada masyarakat sejak tahun 1980. Salindah merangkumi kedua peringkat dari sebelum bersalin sampai waktu lepas bersalin. Salindah Set Lengkap mulai dari 3 bulan hamil dan tamat pada habis waktu pantang, iaitu kira-kira 40 hari lepas bersalin. Bagi ibu yang mengambil Salindah Set Lengkap ini maka ia memperolehi keseluruhan kebaikannya. Perlu juga dinyatakan di sini bahawa rencana makanan jagaan dan rawatan ibu hamil ini disediakan daripada ubat-ubatan  menurut kaedah Homeopati dan Biokimia yang telah memang dimaklumkan tidak boleh mendatangkan sebarang kesan sampingan atau keracunan.

Semasa mengandung ibu-ibu adalah dinasihatkan agar menjaga makan minumnya. Prof. Dr. Azizan yakin bahawa banyak daripada masalah-masalah kesihatan yang dideritai oleh bayi yang baru lahir dan kanak-kanak seperti jantung berlubang, penyakit kunung, cacat anggota tertentu, leukimia, thalassemia dan lain-lain lagi ada kaitannya dengan amalan makan minum ibu sewaktu hamil.

 

Khasiat Dan Panduan Penggunaan Salindah

1. Peringkat Sebelum Bersalin


Salindah-Ceraian B1
Masa Guna:
Mulai minggu ke-12 hamil
Khasiat:
Memberi zat besi mudah hadam yang diperlukan oleh setiap ibu mengandung. Menghilang atau mengurangkan muntah dan loya serta alahan. Menolong tumbesaran tian. Mencegah demam, batuk, selsema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain. Menghilangkan kesan jatuh atau rebah. Melancarkan aliran darah agar mencegah timbul simpul urat di kaki. Menghilangkan letih lesu.


Salindah-Ceraian B2
Masa Guna:
Mulai minggu ke-24 hamil
Khasiat:
Memberi zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, disamping menambah darah. Menambah selera makan, menghilangkan sengal tulang dan kebas anggota kaki dan tangan. Mencegah serangan sejuk dan sakit gigi. Mencegah osteoporosis.


Salindah-Ceraian B3
Masa Guna:
Mulai minggu ke-28 hamil
Khasiat:
Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi had bersalin.

Catatan:
lbu yang menggunakan Salindah dari item B1 (boleh mula diambil seawal disahkan hamil & selewatnya pada minggu ke 22) akan memperolehi anak yang sihat, segar, pintar cerdas, keras tulang dan gigi, subur tumbesaran tubuh, dan sukar didatangi penyakit, Insya’Allah.


Salindah-Ceraian B4
Masa Guna:
Mulai 4 minggu sebelum bersalin
Khasiat:
Remedi ini istimewa untuk mengawal alamat sebelum jangkaan alamat palsu, menghilangkan sakit bersalin, sakit urat dan otot, menyediakan saluran peranakan dengan mengendur dan menganjalkan otot-otot pencerut kawasan saluran peranakan. Memudahkan kelahiran bayi. Menghilangkan perasaan takut dan cemas.


Salindah-Ceraian B5
Masa Guna:
Mulai 2 minggu sebelum bersalin
Khasiat:
Remedi ini melanjutkan dan menolong tindakan item B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.


Salindah-Ceraian B6
Masa Guna:
Mulai 1 minggu sebelum bersalin atau semasa dalam ‘labour pain’
Khasiat:
Remedi ini menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepatkan dan mempermudahkan keluarnya anak, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit lepas bersalin.

Catatan:
Kalau bayi dalam kandungan songsang, bolehlah minta bidan betulkan. Tapi kalau masih juga berpusing songsang, jangan diganggu lagi, takut nanti tali pusat berpintal pada leher dan anggota bayi. Insya Allah, bila sampai waktu bersalin, bayi akan berpusing betul, kesan daripada remedi item B6.

2. Peringkat Selepas Bersalin


Salindah-Ceraian L7
Masa Guna:
selepas bersalin
Khasiat:
Remedi cecair bagi menyembuhkan luka atau jahitan dengan cepat. Menghilangkan sakit pada luka atau jahitan. Mencegah jangkitan kuman dan pernanahan.


Salindah-Ceraian L8
Masa Guna:
Mulai 5 jam selepas bersalin
Khasiat:
Bila keluar sahaja anak, terus makan remedi ini. Remedi ini membantu menyembuhkan rasa sakit sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala.


Salindah-Ceraian L9
Masa Guna:
Mulai hari ke 2 selepas bersalin
Khasiat:
Remedi istimewa menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan, menghentikan darah nifas, membetulkan urat-urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota itu.


Salindah-Ceraian L10
Masa Guna:
Mulai hari ke 6 selepas bersalin
Khasiat:
Remedi ini mempercepatkan rahim dan saluran peranakan mengecut semula. Mengangkat rahim kembali ke tempat asal. Mengurangkan simpul urat biru.


Salindah-Ceraian L11
Masa Guna:
Mulai hari ke 7 selepas bersalin
Khasiat:
Remedi tonik ini istimewa bagi memanaskan badan, menambah selera, membaiki penghadaman dan pembuangan najis. Menenangkan tidur. Menghilangkan kebas-kebas. Menyegarkan rahim dan alat peranakan.


Salindah-Ceraian L12
Masa Guna:
Mulai hari ke 21 selepas bersalin hingga lepas pantang.
Khasiat:
Remedi ini menjaga kesihatan lbu selepas bersalin sentiasa agar sihat; mengembalikan kekuatan, memulihkan alat perkelaminan. Menimbulkan kesegaran.

Catatan:
IBU boleh guna barut dan tungku panas jika mahu. Pantang terus kopi, cili, kari, makanan berempah, paling tidak sehingga 2 minggu selepas bersalin. Ubat lepas bersalin ini dirumus bersama akar kayu dan bahan-bahan herba. Tidak perlu guna ubat-ubatan lain. Jika ANAK yang dilahirkan kelihatan kuning (berpenyakit kuning) dapatkan remidi khas untuk itu.

RTD (Remedi Sakit Kuning)

 

Peraturan Menggunakan Salindah

1. Peringkat Sebelum Bersalin

Ceraian

Kandungan

Mula Makan

Cara Makan

B1

336 biji

3 bulan hamil
atau bila disahkan hamil (minggu ke-12 / awal hamil)

2 biji 2 kali
sehari (makan hingga habis)

B2

120 biji

6 bulan hamil
(minggu 24)

2 biji 2 kali
sehari (makan hingga habis)

B3

336 biji

7 bulan hamil
(minggu 28)

2 biji 2 kali
sehari (makan hingga habis)

B4

30 biji

1 bulan sebelum
jangkaan bersalin

1 biji sekali
sehari (makan hingga habis)

B5

84 biji

2 minggu sebelum
jangkaan bersalin

2 biji 3 kali
sehari (makan hingga habis)

B6

30 biji

1 minggu sebelum
jangkaan bersalin

* 1 biji sekali
sehari (makan hingga habis) * Jika ada tanda hendak bersalin seperti
pendarahan sedikit atau pecah air ketuban atau sakit makan 1 biji setiap 15
minit

 

2. Peringkat Selepas Bersalin

Ceraian

Kandungan

Mula Makan

Cara Makan

L7

30 ml

Kegunaan luaran
sahaja: Sapu pada pusat bayi dan luka jahitan ibu

L8

30 biji

5 atau 6 jam
selepas bersalin

1 biji setiap 1
jam (makan hingga habis)

L9

16 biji

Pada hari ke-2
(selepas habiskan L8)

1 biji 4 kali
sehari (makan hingga habis)

L10

96 biji

Pada hari ke-6
(selepas habiskan L9)

2 biji 3 kali
sehari (makan hingga habis)

L11

220 ml

Minum pada hari
ke-7

1 atau 2 sudu , 2
atau 3 jkali sehari (minum hingga habis) sebelum makan

L12

96 biji

Pada hari ke-21
(selepas habiskan L10)

2 biji 2 kali
sehari (makan hingga habis)

 

Semoga ibu-ibu beroleh kesihatan yang baik dan mendapat cahaya mata yang comel, cergas dan pintar.

 

Info Lanjut Produk

Kod Item Ceraian Salindah:

B = BELUM (Belum Bersalin)
L = LEPAS (Selepas Bersalin)

Pakej Pilihsalindah set hamil & set bersalinan Salindah:

  1. SET LENGKAP (Set Hamil+Set Bersalin)
  2. SET HAMIL (B1, B2, B3, B4, B5, B6)
  3. SET BERSALIN (L7, L8, L9, L10, L11, L12)

_

Posted on

Penyakit Sawan Semasa Mengandung

Penyakit sawan semasa mengandung

Kebanyakan ibu-ibu yang mempunyai penyakit sawan, juga dikenali sebagai epilepsi, boleh mengandung normal dan seterusnya melahirkan zuriat yang sihat. Namun begitu, penyakit sawan ini mempunyai risiko semasa mengandung, lazimnya puan sudah pun tahu yang puan menghidapi penyakit sawan dan dengan utuh dalam perhatian pakar perubatan dalaman/pakar neurologi. Doktor-doktor ini akan menasihati puan sebelum, semasa dan juga selepas bersalin.

Di hospital peringkat termaju seperti Hospital USM, puan akan menjalani pemeriksaan mengandung di klinik antenatal berkongsi dengan doktor pakar perubatan. Mereka memberikan penjagaan perubatan serta obstetrik yang optimum supaya kesejahteraan puan serta janin selamat serta tidak berkomplikasi.

Artikel ini akan membimbing puan ke arah,

  • Penjagaan sebelum mengandung.
  • Risiko yang mungkin pada puan serta janin.
  • Perawatan semasa mengandung.

 

Penyakit sawan dan wanita

Sel saraf di otak menjanakan isyarat berelektrik dalam penghantaran maklumat ke seluruh anggota badan. Maklumat ini bertanggungjawab dalam pengendalian fungsi serta pergerakan badan. Mereka yang mempunyai penyakit sawan, pengendalian serta pengawasan fungsi ini terganggu, langsung memberikan manifestasi dari segi kelakuan, kekejangan otot-otot dan juga sawan.

Hormon wanita iaitu estrogen dan juga progesteron boleh memberikan kesan pada keabnormalan sawan. Sebarang perubahan di antara hormon-hormon tersebut memungkinkan peningkatan ataupun penurunan frekuensi serangan sawan. Mungkin juga pola serangan sawan berubah semasa mengandung dan juga seawal selepas bersalin.

Ubat antisawan/antiepilepsi dapat mengawal serangan sawan, doktor mungkin terpaksa preskripsi beberapa kategori antisawan sebelum ubat yang paling sesuai untuk puan ditetapkan.

Persedian untuk mengandung

Kadangkala ubat antisawan dikurangkan secara perlahan-lahan sekiranya sejarah kesihatan puan tidak ada kehadiran serangan sawan untuk 2 tahun atau lebih. Mungkin juga doktor tidak mengesyorkan penurunan dos antisawan, mungkin ubat puan akan ditukar pada ubat antisawan jenis lain. Walaubagaimanapun, puan dinasihatkan supaya memberitahu doktor akan niat untuk mengandung seawal mungkin. Sesetngah ubat membahayakan janin, walaubagaimanapun, serangan sawan lebih merbahaya pada puan serta janin. Pakar perbidanan dan juga pakar perubatan dalaman /neurologi akan berusaha menyelesaikan mencari dos optimum yang bersesuaian, jenis ubat yang selamat dan menghindarkan serangan sawan semasa mengandung.

Ubat antisawan ini memberikan kesan pada penggunaan asid folik oleh badan. Ketidakcukupan asid folik boleh mencacatkan janin. Oleh itu dinasihatkan walaupun tidak berniat untuk mengandung, pengambilan asid folik perlu dilakukan setiap hari.

Sebanyak 0.4 mg asid folik perlu diambil setiap hari sebelum mengandung dan juga semasa tiga bulan mengandung untuk mengurangkan insiden kecacatan janin. Pakar pemakanan di hospital, jika di HUSM, mereka ditempatkan di klinik dietitik, boleh membantu puan dalam pengambilan makanan tempatan yang kaya dengan asid folik.

 

Risiko pada wanita

Kekerapan serangan berubah semasa mengandung, ada yang menjadi lebih kerap, ada juga yang seperti sebelumnya dan ramai pula yang menjadi lebih selesa. Paras ubat antisawan dalam darah puan perlu diamati sekiranya serangan semakin kerap. Disebabkan perubahan ketara fisiologi badan semasa mengandung, perubahan hormon dan juga perubahan terhadap metabolisma badan terhadap ubat, ujian darah diperlukan untuk menentukan keberkesanan dos ubat antisawan yang diberikan.

 

Risiko pada bayi

Secara keseluruhan, risiko untuk mendapat bayi yang cacat dalam populasi adalah sekitar 2-3%, tetapi dengan penyakit sawan, nilai ini bertambah menjadi sekitar 6-8%. Risiko ini juga berkait dengan jenis ubat antisawan yang digunakan. Di antara jenis-jenis lazim kecacatan bayi adalah seperti:

  • Sumbing bibir serta lelangit pada mulut.
  • Keabnormalan tiub neural, contohnya spina bifida.
  • Bayi yang rendah berat kelahirannya
  • Kepala kecil
  • Ketandusan dari segi tumbesaran serta perkembangan.
  • Terencat mental
  • Masalah pembekuan darah
  • Masalah sawan pada masa hadapan.

 

Kelahiran

Kelahiran secara normal dibolehkan, kelahiran secara pembedahan hanya apabila pemasalahan obstetrik timbul.

 

Jagaan selepas bersalin

Perubahan fisiologi badan puan selepas bersalin ke arah sebelum mengandung mengharuskan pertukaran dos dan jenis ubat antisawan yang digunakan. Ubat antisawan ini juga boleh menganggu paras hormon di badan puan. Ini memberikan kesan keberkesanan pada kaedah perancangan keluarga. Mungkin kaedah berlandaskan hormon menjadi kurang berkesan dan perlu diiringi dengan penggunaan metoda lain seperti kondom, ubat pembunuh sperma dan sebagainya.

Sejurus kelahiran, bayi akan disuntik dengan vitamin K, ini adalah kerana paras vitamin K yang kurang dengan penggunaan ubat antisawan. Vitamin K membantu dalam sistem pembekuan darah.

Penyusuan badan dibenarkan, hanya sedikit sahaja paras ubat antisawan terdapat dalam susu badan, walau bagaimanapun, ketetapan ini akan ditentukan oleh doktor yang merawat puan