Susu Gastrolac membantu mereka yang mengalami masalah gastrik dengan memberikan sokongan nutrisi yang lembut pada perut, serta mengurangkan ketidakselesaan yang mungkin timbul semasa berpuasa di bulan Ramadhan.
Susu Gastrolac adalah pilihan yang terbaik untuk mereka yang ada masalah gastrik atau GERD, terutama dengan kandungan nutrisi yang membantu meredakan asid dalam perut dan meningkatkan fungsi pencernaan. Ia boleh memberikan kelegaan bagi mereka yang ingin berpuasa tanpa gangguan masalah gastrik
Susu Gastrolac boleh membantu mengelakkan masalah gastrik atau perut berangin kerana ia mengandungi probiotik yang baik untuk sistem pencernaan.
EXAMO CKM 500 pilihan terbaik ibu bapa yang prihatin untuk memastikan anak lebih bersedia menghadapi cabaran pembelajaran. C. K.M ialah gabungan mineral penting yang memberikan manfaat berikut:
Meningkatkan Fungsi Otak membantu meningkatkan daya tumpuan, ingatan, dan pemahaman.
Mengurangkan Stres dan kebimbangan menjadikan anak-anak lebih tenang dan bersedia menghadapi cabaran harian.
Meningkatkan Tenaga dan Kecergasan membantu tubuh menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk kekal fokus sepanjang hari.
Sokongan Untuk Sistem Saraf memastikan sistem saraf berfungsi dengan baik, menyokong perkembangan minda anak-anak.
✅ Dapatkan EXAMO CKM 500 hari ini untuk pelaburan masa depan anak-anak anda!”
Tidak ada tegahan atau larangan secara mutlak (tak boleh langsung) untuk mengambil apa-apa ubat, minuman atau makanan jika mengamalkan produk Examo. Ini termasuklah Durian atau meminum kopi
Walau bagaimanapun, anda disarankan menggunakan kaedah jarakkan masa anggaran 1 jam sama ada sebelum atau selepas makan.
Tip:
Pengambilan Examo sebaiknya sebelum makan (keita perut tidak kenyang). Jika sebelah pagi, anggaran 1 jam sebelum mengambil sarapan.
.
Harap perkongsian ini dapat merungkai persoalan & keraguan.
Set lengkap untuk pelajar yang terdiri daripada Examo CKM 500, Examo CKM 500 Plus dan Matsa.
Keterangan Lanjut:
Examo CKM 500 (MAL20032551T)
Dijadikan sebagai amalan dan sesuai untuk semua peringkat umur. Adalah disarankan pengambilannya mengikut ayuran seperti tertera di label atau sesetengah pengguna mendapati kesannya lebih optimum dengan pengambilan 3 kali sehari
Examo CKM 500 Plus (MAL07031098T)
Rumusan yang bertindak sebagai pemangkin kepada kesan Examo CKM 500. Adalah disarankan pengambilannya mengikut aturan seperti yang tertera di label atau sesetengah pengguna mendapati kesannya lebih optimum dengan pengambilan 1 kali seminggu atau dikerapkan sebanyak 2 kali seminggu apabila semakin menghampiri peperiksaan.
Matsa (MAL09032077T)
Berfungsi mengaktifkan aktiviti otak di hemisfera kiri. Disarankan kepada para pelajar dan individu yang mengalami masalah lemah dalam subjek Matematik & Sains. Diamalkan bersama Examo CKM 500. Disyorkan pengambilannya mengikut aturan seperti yang tertera di label.
Testimoni Examo
Cara Order
1. Web edaransalindah.com.my
2. Shopee/edaransalindah
3. Whatsapp
* Pilihan cara 1 & 2 boleh bayar online guna FPX (online banking)
Pada 2009 lepas, genap 30 tahun produk EXAMO berada dalam pasaran. EXAMO-CKM500 atau biasa disebut sebagai EXAMO sahaja adalah produk formulasi Allahyarham Dr. Azizan Ismail (DR. AZIZAN). Ia merupakan satu lagi produk popular Allahyarham selain dari SALINDAH untuk ibu hamil & bersalin.
Dari segi sebutan perkataan EXAMO , ada pelbagai gaya sebutan yang pernah saya dengar. Antaranya: Ee-Za-Mo, Ex-Za-Mo, Ex-Ze-Mo & Eza-Mo. Apa juga cara menyebutnya tak kisahlah.
Ada beberapa fakta yang ingin saya kongsikan berkaitan produk EXAMO yang saya petik dari program “Apa Kata wanita” di RTM1 pada 29/05/2010 jam 11.00 pagi bertajuk “Kecemerlangan Minda Melalui Pemakanan”. Dalam program tersebut, pengacara program: Zamzarina telah menjemput Dr. Hjh. Hamsiah binti Ismail (Pengurus Besar EEMSB; satu daripada syarikat kumpulan DR. AZIZAN).
.
1. Sejarah
Allahyarham Dr. Azizan Ismail, berdasarkan pengalaman beliau sebagai pembina soalan, pemeriksa skrip jawapan hinggalah kepada pemarkahan, beliau menyedari bahawa pencapaian anak bangsa agak jauh ketinggalan di dalam setiap peperiksaan berbanding dengan pelajar bukan Melayu. Dari situlah beliau memecut obsesi untuk mengkaji bidang ingatan dan lupa serta kecerdasan. Sekiranya pokok boleh subur jika diberi baja yang sesuai, otak manusia pun begitu juga. Beliau mula mencium kejayaan mencungkil rahsia kelemahan pelajar Melayu apabila mempelajari ilmu perubatan Biokimia Schuessler pada tahun 1978. Kebodohan, lupa, putus asa, hilang semangat, malas, takut gagal, lemah daya saing, misalnya adalah simptom kesihatan mental terganggu adalah akibat ketidak seimbangan garam mineral (garam tisu).
.
2. Mengapa Examo Kurang Dikenali Walaupun Telah Lebih 30 Tahun?
Pertama:
Sikap segelintir dari ahli masyarakat yang gemar menyembunyikan sesuatu yang baik untuk diri atau keluarganya. Jika anaknya pandai, biarlah anaknya saja yang pandai. Jadi pengetahuan tentang EXAMO hanya berlegar dikalangan kelompok tertentu sahaja.
Kedua:
Penolakan; ada segelintir individu yang bila disebut tentang ‘ubat pandai’ atau ‘ubat untuk minda/otak’ akan mengatakan “Tak perlulah, nanti pandai sangat susah pulak” atau terlalu mengambil sikap negatif dengan mengatakan “Nanti tak pasal-pasal jadi gila susah pulak”.
Insya’Allah EXAMO tidak begitu. Ia telah menjalani proses kematangan yang amat panjang sejak 1978 hingga 1986. Testimoni penggunanya juga menunjukkan kesan yang positif jika ia diamalkan secara konsisten.
.
3. Mengapa Perlu suplemen tambahan Examo walaupun makanan harian kita berkhasiat?
Umum mengetahui kismis baik untuk minda, tetapi ia manis dan tidak baik untuk penghidap kencing manis. Kekacang seperti badam juga baik untuk minda tetapi ada orang takut untuk makan kerana jerawat. Tambahan pula ia perlu melalui proses penghadaman di dalam perut dan sukar untuk sampai ke otak. Penyelesaiannya dari kajian Allahyarham Dr. Azizan Ismail, EXAMO adalah pilihan terbaik; tidak perlu dihadam (ditelan masuk perut) tetapi dikemam saja pada lidah (hisap macam makan gula-gula). Khasiat EXAMO mampu diserap terus masuk ke saluran darah melalui lidah dan sampai ke otak.
.
4. Salah tanggapan EXAMO sebagai Ubat Pandai
Peranan EXAMO adalah sebagai pemakanan tambahan untuk menyuburkan otak (menyediakan infrastruktur). Pengamalnya, jika bermatlamat untuk menghadapi peperiksaan perlulah mentelaah, membaca buku dan sebagainya barulah ia berkesan.
Perbandingan yang saya selalu gunakan adalah seorang Ahli Bina Badan. Untuk dapatkan bentuk badan ‘sasa & berotot’ tentu saja gabungan dari 2 elemen: PEMAKANAN STRATEGIK & LATIHAN. Kalau makan makanan berkhasiat sahaja tanpa latihan di gym tentu saja membawa kepada ‘boroi’. Begitu jugalah halnya dengan Otak: ia perlukan PEMAKANAN STARTEGIK & LATIHAN. Insya’Allah EXAMO adalah pemakanan strategik yang baik untuk minda. Tiada kesan sampingan negatif atau ketagihan.
ADAKAH ANDA ATAU ANAK-ANAK AKAN MENGHADAPAI PEPERIKSAAN?
Amalkan EXAMO mulai sekarang!
Mengamalkan Examo Pek Hijau sahaja (Examo-CKM500 Plus)
Sebab: Pek Hijau berfungsi sebagai booster untuk mempercepatkan tindakan pek asas Examo Pek Biru (Examo-CKM500)
CONTOH PENGAMBILAN YANG SALAH#2:
Mengamalkan Matsa sahaja
Sebab: Perumpamaan fungsi produk Matsa seperti ‘baja bunga’ untuk ‘melebatkan bunga’, manakala Examo Pek Biru seperti ‘baja pokok’ untuk ia membesar. Bila pokok sudah membesar barulah ia boleh berbunga dengan sempurna.
KESIMPULAN:
Jadi seseorang boleh sama ada mengamalkan Examo Pek Biru sahaja atau gabungan bersama Examo Pek Hijau & Matsa.
Kombinasi asas suplemen khas untuk minda (pek biru) untuk mencerdaskan akal, menguatkan ingatan, menambahkan konsentrasi bersama ‘booster’ (pek hijau) untuk mempercepatkan tindakan pek biru.
–
Kombinasi optima untuk kemahiran otak sebelah kanan & kiri. Matsa merangsang kemahiran, menimbulkan minat dalam subjek Matematik dan Sains dengan memindahkan aktiviti otak daripada hemisfera kanan ke hemisfera kiri. Examo pek hijau berperanan sebagai ‘booster’ untuk mempercepatkan proses tindakan Examo pek biru.
–
Kombinasi optima untuk kegunaan sekeluarga: Ibu & Ayah yang kuat bekerja (individu berkerjaya) serta anak-anak yang kuat belajar (serta akan menghadapi peperiksaan)