Posted on

Dulu Examo Ekonopek Sekarang Examo Pek Kembar

1 APRIL 2018, EXAMO Berusia 40 Tahun (1978~2018)

.

PEK LAMA:

Nama
EXAMO EKONOPEK
Kandungan
Examo-CKM500 (Pek Biru), 450 biji
Examo-CKM500 Plus (Pek Hijau), 16 biji
Harga
RM80

* Saiz Botol Biru & Hijau berbeza

PEK TERKINI:

Nama
EXAMO PEK KEMBAR
Kandungan
Examo-CKM500 (Pek Biru), 450 biji
Examo-CKM500 Plus (Pek Hijau), 28 biji
Harga
RM84

* Saiz Kotak/Botol Biru & Hijau sama

 

.

Ringkasan:

Kombinasi asas suplemen khas untuk minda (pek biru) untuk mencerdaskan akal, menguatkan ingatan, menambahkan konsentrasi bersama ‘booster’ (pek hijau) untuk mempercepatkan tindakan pek biru.

Kesesuaian:

Sesuai sebagai suplemen harian untuk lelaki & wanita dewasa atau yang telah berusia dan ada masalah cepat lupa.

Posted on

Ulang Tahun Examo ke-40

.

1 APRIL 2018, EXAMO Berusia 40 Tahun (1978~2018)

.

.

.

.

.

Pek edisi terhad ‘Set Kombo EXAMO-CKM500’ di mana kandungan itemnya sama seperti EXAMO PEK 3 SERANGKAI dengan dibungkus dalam kotak istimewa yang sesuai dibuat sebagai hadiah.

.

Panduan Lanjut:

Semak Pakej Examo Ikut Kategori Pengguna

Semak Harga Examo & Buat Order Online

 

Nutrisi Minda

  • Produk popular EXAMO-CKM500 adalah supemen atau nutrien untuk otak. Ramai orang Melayu merasakan bahawa otak seseorang itu terjadi begitu seadanya, anak cerdik kerana keturunannya, malah kalau bodoh disangka akan terus bodoh. Kepercayaan ini menjadikan kita bangsa yang ketinggalan dalam segi perkembangan ilmu dan sahsiah diri.

.

.

Rumusan produk EXAMO-CKM500, formulasi istimewa Allahyarham Dr Azizan Ismail, terbit ketika beliau bergelar seorang guru. Ketika beliau menjawat jawatan Pensyarah di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim di Johor Bahru, beliau hairan dan sering bertanya pada diri sendiri, kenapa anak Melayu tidak menjadi cemerlang seperti anak kaum Cina atau India.

..

.

.

.

Di mana bezanya?

  • Dari situlah beliau mengkaji tentang otak: apa yang menjadikan seseorang itu pintar?
  • EXAMO-CKM500 merupakan produk terawal dan masih ada hingga kini dan ia diteruskan atas prinsip KEBAIKAN DIKONGSI BERSAMA.
  • Baca lanjut perkongsian “Kisah Disebalik Examo”

 

.

#hariexamo40

Posted on

Nak Beli Ceraian atau Set Salindah?

set-salindah-atau-ceraian-salindah

Nak Beli Ceraian atau Set Salindah?

Soalan Yang Sering Juga Ditanya Kepada Kami:
❝Sudah Terlambatkah Untuk Saya Menggunakan Salindah? 
Saya Baru Tahu Tentang Salindah Dari Kawan❞

Untuk menjawab persoalan ini, ada dua faktor yang perlu diambil kira:

.

Faktor 1: Usia Kehamilan

Usia kehamilan paling lewat untuk menggunakan Salindah adalah 8 bulan atau tepatnya anggaran 4 minggu sebelum jangkaan bersalin (due date). Jika usia kehamilan anda telah mencecah ke 8 bulan, maka untuk Set Hamil: gunakan item ceraian Salindah B4, B5 & B6 dan disambung dengan Salindah-Set Bersalin jika pilih untuk amalkan Salindah sehingga habis pantang..

Info & tempahan Ceraian & Set Salindah boleh rujuk di sini.

Ibu hamil boleh amalkan Salindah se awal disahkan hamil atau pada minggu ke 12 hamil. Sila gunakan kiraan dalam minggu (weeks) untuk tentukan item mana yang perlu diambil sepanjang tempoh hamil. Jadual di bawah boleh digunakan sebagai panduan.

Carta Cara Makan Salindah

Gunakan Kiraan Minggu Untuk Tentukan Kedudukan Penggunaan Salindah

.

Faktor 2: Kos

Membeli Salindah-Set Lengkap mungkin nampak agak mahal kosnya untuk sesetengah individu berbanding membeli item Ceraian Salindah. Walau bagaimanapun item Ceraian Salindah hanya mewakili 1 dari keseluruhan 12 item dalam Salindah-Set Lengkap.

Apa Beza Set & Ceraian ?

Nak tahu, baca Kaitan Antara Set & Ceraian di sini.

.

Harga?

Anda boleh semak & buat perbandingan harga antara Ceraian & Set Salindah di sini.

Untuk anda yang suka membuat kiraan bajet, mari kita sama-sama semak kos bulanan penggunaan Set Lengkap Salindah ***.

.

Berdasarkan ‘Carta Masa Guna Salindah’ di atas:

Tempoh Penggunaan Set Hamil (Sebelum Bersalin): 6 bulan

-> Minggu 40 Tolak Minggu 12 = 28 minggu
-> 28 minggu Bahagi 4.5 (anggaran dalam 1 bulan ada 4.5 minggu) = 6 bulan

Tempoh Penggunaan Set Bersalin (Selepas Bersalin): 1 bulan

-> 21 hari = anggaran 1 bulan

Tempoh Penggunaan Set Hamil & Set Bersalin: 7 bulan
Harga Set Hamil & Set Bersalin (Salindah-Set Lengkap): RM439 
Purata Kos Penggunaan: RM439 / 7 bulan = RM62.70 Sebulan

 

.

*** Harga sebenar mungkin berubah dari masa ke masa  

Posted on

Set Kombo Examo

Pek edisi terhad ‘Set Kombo EXAMO-CKM500’ di mana kandungan itemnya sama seperti EXAMO PEK 3 SERANGKAI dengan dibungkus dalam kotak istimewa yang sesuai dibuat sebagai hadiah.

.

Nama Popular:

Examo Pek 3 Serangkai / Pakej Pelajar IPT

Kombinasi optima untuk kemahiran otak sebelah kanan & kiri. Matsa merangsang kemahiran, menimbulkan minat dalam subjek Matematik dan Sains dengan memindahkan aktiviti otak daripada hemisfera kanan ke hemisfera kiri. Examo pek hijau berperanan sebagai ‘booster’ untuk mempercepatkan proses tindakan Examo pek biru.

.

.

Panduan lanjut pakej Examo mengikut peringkat umur & kategori pengguna,

klik di sini

.

#hariexamo40

 

 

Posted on

Kenalpasti tanda meroyan dan elak meroyan

 

Menurut satu kajian oleh Universiti Malaya mengenai kemurungan ibu lepas bersalin di Malaysia, didapati faktor risiko yang berkaitan rapat dengan kemurungan lepas bersalin ialah ibu muda (umur kurang 30 tahun), ibu yang kurang berpengalaman (anak pertama atau kedua), ibu yang tidak berkerja dan ibu yang mengandung tak terancang.

1. MASALAH SUKAR TIDUR

Wanita yang mengalami masalah postnatal depression seringkali menghadapi masalah sukar untuk tidur dan sentiasa mengalami kepenatan.

Hal ini kerana mereka terlalu banyak berfikir perkara-perkara negatif mengenai banyak perkara. Ia secara tidak langsung akan menjejaskan kesihatan diri dari segi mental dan fizikal.

 

2. KAWALAN EMOSI YANG RENDAH

Wanita yang mengalami kemurungan ini akan mempunyai emosi yang tidak menentu. Mudah marah, menangis dan berasa rendah diri berkaitan banyak aspek.

Perubahan emosi mereka akan berlaku secara tiba-tiba dan orang sekeliling mereka mungkin runsing dan terganggu dengan perubahan tersebut.

Bertambah teruk lagi apabila mereka mula mengabaikan keperluan bayi yang baru dilahirkan itu. Ia akan mengganggu proses tumbesaran bayi tersebut.

 

3. MENOLAK UNTUK MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM DENGAN PASANGAN

Mereka yang mempunyai kemurungan ini juga turut menjauhi hubungan seksual dengan suami malah membencinya.

Suami mungkin menganggap isteri berubah laku bukan kerana penyakit postnatal depression tetapi semulajadi.

Keadaan akan menjadi semakin teruk apabila suami tidak memahami keadaan tekanan emosi isteri seperti kurang memberi perhatian, seterusnya emosi si isteri akan menjadi lebih serius kerana terasa diabaikan.

 

FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA TEKANAN EMOSI POSTNATAL DEPRESSION

Sebenarnya terdapat banyak faktor psikologi yang boleh membawa kepada postnatal depression ini berlaku.

Antaranya, berkemungkinan anak yang dilahirkan adalah jantina anak yang tidak seperti yang dihajati.

Ini kerana kehamilan yang tidak terancang, tidak bersedia, tidak rela atau tidak dikehendaki adalah faktor risiko utama yang boleh membawa kepada kemurungan lepas bersalin.

Selain itu, tekanan dan kesakitan ketika bersalin turut menyumbang kepada masalah ini. Kesakitan melahirkan anak diharap dapat difahami bersama oleh suami, tetapi sebaliknya suami menganggap isteri telah biasa dengan kelahiran.

Tekanan emosi dan perasaan isteri akan lebih tertekan apabila suami tidak cuba memahami kepayahan dan kesakitan isteri.

Rutin kehidupan yang berubah selepas kelahiran bayi antara faktor yang membawa kepada kemurungan ini. Ini membuatkan isteri tidak dapat menikmati masa rehat yang cukup kerana merasakan ia sebagai tugas yang bosan dan membebankan.

.

TIPS TANGANI KEMURUNGAN SELEPAS BERSALIN

  • Banyakkan berehat
  • Makan makanan yang sihat dan berkhasiat salah satunya adalah produk Hamda Aqua Herbs
  • Berurut dan bertungku
  • Sentiasa berfikiran positif

.

HAMDA AQUA HERBS

 

Produk Hamda Aqua Herbs dirumus dari 10 herba terpilih. Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan. Formula baru menggantikan produk lama Salindah L11.
PBKD: MAL16120017T

Boleh didapati secara tunggal atau dalam 2 pakej pilihan:

.

 .

.

Posted on

Vitamin Dan Suplemen Kesihatan Untuk Wanita Hamil

Vitamin Dan Suplemen Kesihatan Untuk Wanita Hamil
Vitamin Dan Suplemen Kesihatan Untuk Wanita Hamil

 

Perlukah wanita hamil mengambil sebarang vitamin ataupun suplemen kesihatan sepanjang kehamilan?

Adakah bakal ibu masih tercari-cari apakah vitamin atau suplemen kesihatan yang sesuai semasa kehamilan?

Apabila disahkan hamil, seorang bakal ibu pastinya akan merujuk dan mencari sumber terbaik bagi bayi yang bakal dilahirkan. Salah satu soalan yang sering ditanya oleh ibu hamil ialah berkaitan keperluan pengambilan vitamin atau suplemen kesihatan.

Diet yang seimbang adalah cara terbaik bagi mendapatkan nutrient yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Justeru itu, ibu hamil dinasihatkan mengambil makanan daripada pelbagai sumber bagi memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Ia juga bagi memastikan ibu mendapat tenaga yang diperlukan sepanjang kehamilan.

Walau bagaimanapun,terdapat sesetengah ibu hamil yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi nutrien tertentu atas sebab alahan, mual-mual atau loya, muntah yang teruk, dan sebagainya. Oleh sebab itu, pengambilan suplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan, bukan sahaja untuk ibu malahan untuk tumbesaran bayi dalan kandungan. Pengambilan vitamin dan suplemen kesihatan semasa hamil digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.

 

Apakah vitamin dan suplemen kesihatan yang penting bagi ibu hamil?

Secara amnya, ibu hamil disarankan mengambil vitamin dan suplemen mengikut keperluan dirinya atau saranan daripada doktor dan ahli farmasi. Beberapa vitamin dan suplemen yang biasanya perlu di ambil oleh ibu hamil adalah:

Asid Folik

Asid folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.

(Sumber:  American Medical Association 2011)

 

Sebaik-baiknya asid folik diambil apabila seseorang wanita merancang untuk hamil. Asid folik dengan dos 400mcg perlu diambil setiap hari sehingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi folat (bentuk semulajadi Asid Folik) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang.

Dalam sesetengah keadaan, dos asid folik yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5mg mungkin akan disyorkan oleh doktor. Sebagai contohnya:

  • Ibu hamil yang pernah mengalami masalah bayi dengan kecacatan tiub neural dalam kehamilan terdahulu.
  • Ibu hamil yang sedang mengambil sebarang ubat anti-epileptik.
  • Ibu hamil yang menghidapi penyakit kencing manis.

Zat Besi

Ibu hamil biasanya akan menjalani ujian darah yang akan menunjukkan sama ada kandungan zat besi dalam badan mencukupi ataupun tidak. Jika kandungan zat besi ibu hamil rendah, suplemen zat besi perlu diambil. Ini disebabkan jumlah darah dalam badan ibu semakin bertambah bagi menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Badan akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan sekiranya ibu kurang mengambilnya dalam diet. Akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.

Risiko kelahiran pramatang dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi. Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan. Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan.

Biasanya, jika ibu mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg, ia boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil, loya ataupun cirit-birit. Suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau kurang biasanya tidak memberikan sebarang masalah berkaitan.

Ibu hamil disyorkan berbincang dengan doktor berkaitan ketidakselesaan yang dialami. Sekiranya ibu hamil tidak mengalami anemia, terdapat pilihan untuk bertukar kepada suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, bagi ibu hamil yang mengalami anemia dan tiada pilihan untuk bertukar kepada suplemen lain, disyorkan untuk minum jus prun ataupun mengambil buah-buahan dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah sembelit.

Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran.

Kalsium

Ibu hamil juga memerlukan kalsium bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga. Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu. Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.

Biasanya suplemen ini akan diperskripsikan untuk wanita hamil yang alah terhadap susu atau tidak dapat mengambil kalsium yang cukup dalam pemakanan harian mereka. Kekurangan kalsium yang serius boleh mendedahkan wanita hamil kepada risiko pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).

Asid Lemak Perlu

Asid Lemak Perlu seperti asid lemak omega-3 DHA dan EPA juga penting bagi pembentukan otak dan saraf bayi dari peringkat awal pembentukan. Ikan adalah sumber utama DHA dan EPA tetapi ibu perlu berhati-hati supaya tidak makan terlalu banyak ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Memandangkan omega-3 adalah sangat penting untuk bayi, adalah idea yang baik untuk berbincang dengan doktor sama ada ibu memerlukan suplemen tambahan yang mengandungi omega-3 ataupun tidak.

Vitamin D

Vitamin larut lemak seperti vitamin D turut membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat kerana vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap kalsium dan fosforus di dalam badan. Oleh itu, adalah penting bagi ibu hamil mengambil vitamin D tambahan bagi memastikan tulang yang sihat serta menyediakan bayi dengan vitamin D yang mencukupi bagi beberapa bulan pertama mereka. Dos yang dicadangkan ialah 200IU vitamin D setiap hari.

Sumber makanan terbaik yang mengandungi vitamin D adalah ikan sardin, ikan mackerel, ikan salmon, telur dan daging.

 

Posted on

Khas untuk calon UPSR, PT3 & SPM 2018

 

ADAKAH ANDA ATAU ANAK-ANAK AKAN MENGHADAPAI PEPERIKSAAN 2018?
Amalkan Examo mulai sekarang!

 

 

Khas untuk calon UPSR 2018

(Sekolah Rendah)

 

Khas untuk calon PT3 / SPM 2018

(Sekolah Menengah)

 

 

Panduan:

  • Klik Add to Cart untuk mulakan proses tempahan online
  • Order online ada banyak pilihan cara bayaran: Bank Transfer, FPX, Visa & Mastercard (Molpay, Senangpay & Paypal)
  • Panduan lanjut pemilihan Pakej Examo, klik di sini