Posted on

Info Examo

menempa-kejayaan-ke-arah-generasi-yang-cemerlang

SEJARAH EXAMO-CKM500
Bagaimana terbinanya EXAMO-CKM500?

examo-pemakanan minda terbaik

EXAMO berusia 30 tahun pada 2009

Allahyarham Prof. Dr. Azizan Ismail, berdasarkan pengalaman beliau sebagai pembina soalan, pemeriksa skrip jawapan hinggalah kepada pemarkahan, beliau menyedari bahawa pencapaian anak bangsa agak jauh ketinggalan di dalam setiap peperiksaan berbanding dengan pelajar bukan Melayu.

.

Dari situlah beliau memecut obsesi untuk engkaji bidang ingatan dan lupa serta kecerdasan. Sekiranya pokok boleh subur jika diberi baja yang sesuai, otak manusia pun begitu juga. Beliau mula mencium kejayaan mencungkil rahsia kelemahan pelajar Melayu apabila mempelajari ilmu perubatan Biokimia Schuessler pada tahun 1978. Kebodohan, lupa, putus asa, hilang semangat, malas, takut gagal, lemah daya saing, misalnya adalah simptom kesihatan mental terganggu adalah akibat ketidak seimbangan garam mineral (garam tisu).

Mengenangkan ia produk yang baru lagi (pada ketika itu), kajian berterusan telah dilakukan, semata-mata untuk mengetahui juzuk garam tisu yang paling sesuai dan tepat. Dalam tempoh inilah berlakunya beberapa perubahan di sana dan sini hanyalah semata-mata untuk mencari formula paling tepat yang boleh dimanfaat oleh masyarakat. Pencarian dan kajian ini terhenti pada tahun 1986, setelah Prof. Dr. Azizan Ismail berpuashati dengan keberhasilan kajian dan testimoni pengguna produk EXAMO-CKM500. Jadi EXAMO-CKM500 telah memenuhi standardnya yang tersendiri. Bertitik tolak dari itulah formulasi EXAMO-CKM500 terus kekal sehinggalah ke hari ini. 30 tahun telah berlalu, kerahsiaan formulasi produk itu tetap dijaga sehingga kini.

.

pemakanan-minda-pakej-pelajar-ipt-3

EXAMO-CKM500

Isi Kandungan: 450 Biji
Tempoh Penggunaan: 3 Bulan hingga 1 Tahun
Kesesuaian: Semua peringkat usia dari bayi hingga orang dewasa

examo-pemakanan minda terbaik sejak 1978

Tulen Sejak 1978

EXAMO-CKM500 adalah sejenis makanan yang memberikan nutrient untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat merawat masalah saraf dan mental, takut, cemas, runsing, memberi keyakinan dan membangkitkan semangat. Ia dapat menguatkan daya berfikir dan mencerdaskan akal serta membaiki daya tumpuan, menghapuskan letih lesu, serabut fikiran dan kelesuan otak. EXAMO-CKM500 juga merupakan makanan berzat mengandungi nutrien biokimia yang menyuburkan otak dengan menggalakkan pertumbuhan ramisaraf aksosomatik dan aksodendritik pada sel neuron otak. Rumusan EXAMO-CKM500 mengandungi garam tisu biokimia triturate Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat dalam juzuk yang tetap.

.

Rencana Ringkas Tindakan EXAMO-CKM 500

Tubuh yang sihat dan bertenaga boleh melakukan pelbagai kerja. Apabila tenaga dibelanjakan maka kian berkuranganlah, timbullah keadaan-keadaan seperti:

1. Lesu
2. Lemah
3. Mengantuk
4. Sengal otot dan sendi
5. Lapar dan Dahaga
6. Marah-marah
7. Tidak dapat meneruskan kerja

Untuk menghilangkan masalah-masalah tersebut, tenaga dapat dipulihkan.

.

Bagaimana hendak memulihkan tenaga?

Mengikut kajian ada 3 cara bagi memulihkan tenaga, iaitu:

1. Memberi semangat dan perangsang.
2. Beristirehat
3. Makan dan Minum

.

Memberi semangat dan perangsang

Seseorang pelumba lari jarak jauh (Marathon) akan manjadi letih tidak bermaya selepas berlari beberapa kilometer, tetapi apabila diberi perangsang dengan tepukan orang ramai bertambahlah semangat dan kekuatannya untuk meneruskan larian. Demikian juga galakan perangsang yang diberikan oleh penonton dan penyokong kepada satu pasukan bolasepak akan dapat menimbulkan tenaga baru pasukan itu dan meneguhkan semangat juangnya.

.

Berisitrehat

Setelah banyak bekerja seseorang akan terasa letih dan tidak bermaya. Dengan cara beristirehat tenaga yang hilang akan dapat dipulihkan. Selepas beristirehat bolehlah ia meneruskan kerjanya.

.

Makan dan Minum

Makan dan minum boleh memulihkan tenaga yang telah digunakan semasa bekerja. Apa yang harus dimakan?

Yang harus dimakan ialah benda-benda yang boleh memberi tenaga seperti gula, nasi, kanji, bubur, gandum, teh dan sebagainya.

.

DEMIKIAN JUGA HALNYA DENGAN OTAK

Otak yang sihat dan bertenaga boleh melakukan kerja seperti berfikir dan mengingat. Bila otak melakukan kerja-kerja ringan seperti membaca, mengira mudah dan menulis, ia cuma melibatkan penggunaan tenaga yang sedikit sahaja. Bila mana pula ia melakukan kerja-kerja berat seperti membuat analisis-analisi, merangka strategi dan sebagainya, maka sudah tentulah banyak tenaga yang digunakan.

Bila tenaga otak telah digunakan, maka kian berkuranglah tenaga itu. Apabila tenaga itu berkurang, maka timbullah keadaan-keadaan seperti:

1. Perasaan gementar, cemas dan bimbang
2. Bersifat pesimis dan bersikap negatif
3. Kurang keyakinan terhadap diri sendiri
4. Selalu letih dan tidak bertenaga
5. Sering diganggu kesedihan tidak menentu
6. Serabut fikiran dan kelesuan otak
7. Lemah daya berfikir dan rasa malas
8. Mudah lupa dan rasa jemu
9. Kurang daya tumpuan

Untuk menghilangkan masalah-masalah tersebut tenaga otak perlu dipulihkan.

.

BAGAIMANA HENDAK MEMULIHKAN TENAGA OTAK?

Seperti juga tenaga fizikal, ada 3 cara bagi memulihkan tenaga otak, iaitu:

1. Memberikan semangat dan perangsang
2. Berisitirehat
3. Makan dan Minum

.

Memberi semangat dan perangsang

Seseorang yang menggunakan psikologi dapat menolong membaiki prestasi murid-muridnya dengan kata-kata perangsang, seperti “Jangan Putus Asa. Cuba Lagi. Saya Yakin Kamu Boleh Berjaya.”

Seorang ayah menasihati anaknya dengan kata-kata, “Ayah faham mata pelajaran ini susah sedikit tetapi setiap yang susah itu sudah pasti ada jalan mengatasinya”. Kata-kata perangsang begini boleh membuat anaknya itu bersemangat kembali dan terus maju. Tetapi masalahnya, sampai bilakan seseorang itu mengharapkan diberi semangat dan perangsang oleh orang lain? Semangat dan perangsang seharusnay datang dari dalam diri.

.

Beristirehat

Bila sudah banyak bekerja menggunakan otak, dengan beristirehat akan dapat memulihkan sedikit tenaga otak itu. Tetapi hasil kajian menunjukkan otak terpaksa terus bekerja walaupun tubuh dalam keadaan rehat.

Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Prof. D. Samuel dan rakan-rakanya dari Institut Weismann di Israel, didapati pada satu-satu ketika, otak melakukan antara 1000,000 hingga 1,000,000 tindak balas elektrokimia. Oleh itu, otak sebenarnya kurang dapat berehat.

.

Makanan dan Minuman

Seperti juga dengan tubuh, tenaga otak juga boleh dipulihkan dengan makanan. Makanan otak digelar nutrien saraf.

Apakan nutrien saraf  yang dapat memulihkan tenaga otak? Jawapannya akan diberikan kemudian nanti.

.

Pendapat orang

Ada orang berpendapat, kecerdasan akal seseorang bergantung pada bilangan sel neuron di otak. Dengan kata lain, kalau otak itu banyak sel neuron, maka cerdaslah (tinggi I.Q) orang itu.

Adakah benar pendapat ini? Pendapat itu adalah salah.

.

KECERDASAN AKAL

Kecerdasan akal (I.Q) seseorang itu tidak bergantung pada bilangan sel neuron di otak. Saintis menganggarkan terdapat antara 12,000 juta hingga 15,000 juta sel neuron dalam sesebuah otak.

Prof. Pyotr Anokhin dari Rusia dan rakan-rakan penyelidikannya mendapati bilangan neuron bukanlah faktor yang menentukan tinggi atau rendahnya tahap kecerdasan akan seseorang.

examo-pemakanan minda terbaik sejak 1978

Menurut penyelidikan Prof. Pyotr Anokhin, yang mempengaruhi kecerdasan akal seseorang ialah jumlah hubungan (connections) yang dibentuk oleh ramisaraf dendrit (dendtritic fibres) di neuron. Otak yang cerdas ialah banyak membentuk hubungan atau jalinan di antar ramisaraf-ramisaraf dendrit.

Untuk membentuk hubungan atau jalinan yanb banyak, otak itu mestilah mempunyai banyak ramisaraf. Beruntunglah orang yang mempunyai banyak ramisaraf dendrit, sebab akalnya cerdas.

Bagaimana dengan orang yang kurang cerdas? Bolehkah digalakkan pertubuhan ramisaraf dendrit otak?

Jawabnya: BOLEH

.

Kajian Prof. Mark Rosenweig dari U.C.L.A dari Amerika Syarikat, menunjukkan ramisaraf dendrit boleh digalakkan pertumbuhannya. Samalah halnya dengan pokok yang boleh mengalakkan ranting-rantingnya tumbuh dengan memberikan zat makanan dalam bentuk baja, maka ramisaraf dendrit yang menyerupai ranting-ranting pokok itu pun boleh digalakkan tumbuh subur dengan memberikan zat makanan yang disebut nutrien saraf. Nutrien saraf merupakan zat khusus untuk tujuan menggalakkan ramisaraf dendrit tumbuh subur.

Menurut penyelidikan Dr. W.H. Schusessler, seorang pakar biokimia bangsa Jerman menyatakan bahawa saraf di otak memerlukan beberapa nutrien atau zat tertentu untuk dapat berfungsi dengan sempurna. Nutrien atau Zat yang sesuai untuk otak ialah jenis garam tisu biokimia. Setelah menjalankan kajian mengenai fungsi otak dan hubungannya dengan makanan, maka Prof. Dr. Azizan Hj. Ismail telah berjaya merumuskan sejenis rumusan biokimia istimewa untuk otak yang diberi nama EXAMO-CKM500.

.

examo-pemakanan minda terbaik sejak 1978adalah zat atau nutrien yang dapat menyuburkan otak. EXAMO-CKM500 dirumus mengandungi nutrien saraf Kalsium Posfat dan Magnesium Posfat yang merupakan zat penggalak bagi menyuburkan pertumbuhan ramisaraf dindrit neuron otak. Di samping itu, EXAMO-CKM500 adalah merupakan nutrien saraf yang diperlukan untuk memulihkan tenaga otak bagi mendapatkan kesempurnaan fungsi otak, berfikir, mengingat dan sebagainya.

.

Apa Kata Pengguna:

examo-pemakanan minda terbaik sejak 1978 examo-pemakanan minda terbaik sejak 1978

examo-pemakanan minda terbaik sejak 1978examo-pemakanan minda terbaik sejak 1978

.

Semua aktiviti otak berfikir, mengingat, menyimpan maklumat, merenung dan mengkaji masalah, menumpu perhatian dan lain-lain adalah proses hasil tindakbalas elektrokimia.

Dari situ kita boleh faham bahawa, untuk melakukan sesuatu aktiviti mental, otak memerlukan bahan kimia bagi menimbulkan impuls elektrik yang berlari melalui ramisaraf dendrit neuron dan akson. Sama halnya dengan sebuah bateri. Ketahuilah, EXAMO-CKM500 membekalkan bahan kimia yang diperlukan itu.

Sama seperti baja untuk pokok yang mesti dirumus menurut keperluan optimum pokok, demikian juga EXAMO-CKM500 dirumus istimewa bagi memenuhi keperluan otak untuk tujuan mendapatkan kesan baik paling maksimum.

EXAMO-CKM500 adalah dijamin paling berkesan, suci dan halal. Ia tidak mengandungi dadah dan dengan dengan itu tidak boleh mendatangkan kesan sampingan, tidak membahayakan kesihatan, tidak menimbulkan ketagihan. EXAMO-CKM500 telah diujikaji oleh pihak Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Masyarakat di England (Department of Health and Society Security, England).

EXAMO-CKM500 selamat untuk kegunaan semua peringkat sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga ibu yang hamil. Para sainti mendapati bahawa otak manusia mengandungi antara 12,000 juta hingga 15,000 juta sel otak neuron yang berfungsi. Setiap hari beribu-ribu sel di dalam tubuh dan otak akan mati. Tetapi sel-sel otak (neuron) yang mati tidak akan diganti dengan sel-sel baru. Ketahuilah menurut kajian, zat Kalium Posfat dan Megnesium Fospat bertindfak melambatkan kematian sel-sel otak ini.

Di dalam EXAMO-CKM500 ke semua rumusan diperbuat daripada bahan-bahan bersih lagi suci mengikut The British Homeopathic Pharmacoposia dengan menggunakan kaedah triturasi. Triturasi adalah kaedah pembuatan paling saintifik yang menghasilkan nutrien yang mudah cerna.

Sejak dipasarkan kepada umum pada tahun 1983, EXAMO-CKM500 telah mendapat sanjungan dan banyak digunakan oleh kanak-kanak tadika, penuntut sekolah, kolej dan universiti sama ada dalam negeri mahupun luar negeri.

.

Kesan Kegunaan

a. Meningkatkan Kecerdasan akal

Penyelidikan Prof. Pyotr Anokhin, menunjukkan bahawa kecerdasan bergantung kepada kesuburan pertumbuhan ramisaraf dendrid neuron. EXAMO-CKM500 merupakan baja penyubur.

b. Memulihkan tenaga mental

Tenaga mental dalam  bentuk elektrik. Sumber bekalan elektrik otak daripada kimia. Neurotransmisi melibatkan neurotransmiter yang terdiri daripada ion-ion K, Mg, Na, Ca, Cl dan lain-lain.

c. Membasmi masalah lupa

Lupa terjadi apabila maklumat yang diperlukan pada waktu itu tidak dapat dikeluarkan daripada simpanan. Fenomena kesesakan lalulintas maklumat dalam otak perlu ada laluab naklumat baru dan perbanyakkan siratan ramisaraf dendrit.

.

Lain-lain kegunaan

  1. Payah tidur
  2. Migrain
  3. Lelah
  4. Kanak-kanak degil
  5. Orang pendiam, malu, takut dan pemarah
  6. Gangguan mimpi-mimpi gerun
  7. Pesakit jiwa atau mental

.

Cara Makan:

Dikemam dalam mulut

Umur & Kuantiti
Bayi kurang 1 tahun  ……………………..     1 biji
Kanak-kanak (1-7 tahun)  ……………….     2 biji
Kanak-kanak (7-14 tahun)  ……………..     3 biji
Dewasa (14 tahun ke atas  ……………….     4 biji

Minggu & Kekerapan
Minggu pertama  …………………………..     3 kali sehari
Minggu ke-2 dan ke-3  ……………………     2 kali sehari
Minggu ke-4 dan seterunya  …………….     1 kali sehari

.

.

pemakanan-minda-pakej-pelajar-ipt-4

EXAMO-CKM500 PLUS

Isi: 16 Biji
Tempoh Penggunaan: 4 Bulan
Kesesuaian:
Semua peringkat. Istimewa bagi yang sedang belajar dan membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan.

Kesan kegunaan

Membantu melekaskan tindakan EXAMO-CKM500 terhadap diri seseorang yang agak lembab menerima kesan baik EXAMO-CKM500. Peranannya sama seperti pemangkin (catalyst).

.

Lain-lain kegunaan

  • Dapat membantuEXAMO-CKM500 terutama dalam kes-kes berikut:
  • Lupa yang amat teruk
  • Hilang semangat untuk belajar dan bekerja
  • Peribadi terbelah (split Personality)
  • Perasaan mendengar bisikan dari belakang
  • Rasa ada bebola tersangkut di kerongkong

.

Kemungkinan kesan kemudaratan

Tiada

.

Cara makan

1 biji 1 kali seminggu

.

examo-pemakanan minda terbaik sejak 1978

Posted on

Jadual Pengambilan Salindah Ikut Tarikh Mula Hamil / Lahir

slide-myorder-edaran-salindah-3

  • Cara makan salindah dari awal kehamilan hingga bersalan & habis pantang mengikut jadual mula mengandung (HAMIL) & jangkaan bersalin (LAHIR) individu.
  • Jadual ini juga boleh dimuat turan (download) dari pautan ini.

.

Isikan Maklumat Peribadi Anda (Ibu Mengandung)

 

 

salindah-set-hamil-bersalin-cara-makan-era-edar

.

JADUAL PENGAMBILAN SALINDAH – 1/6
(Tarikh mula HAMIL dari 01-JAN hingga 02-MAC)

salindah-cara-makan-set-hamil-set-bersalin-produk-era-edar_1

.

JADUAL PENGAMBILAN SALINDAH – 2/6
(Tarikh mula HAMIL dari 03-MAC hingga 02-MEI)

salindah-cara-makan-set-hamil-set-bersalin-produk-era-edar_2

.

JADUAL PENGAMBILAN SALINDAH – 3/6
(Tarikh mula  HAMIL dari 03-MEI hingga 02-JUL)

salindah-cara-makan-set-hamil-set-bersalin-produk-era-edar_3

.

JADUAL PENGAMBILAN SALINDAH – 4/6
(Tarikh mula HAMIL dari 03-JUL hingga 01-SEP)

salindah-cara-makan-set-hamil-set-bersalin-produk-era-edar_4

.

JADUAL PENGAMBILAN SALINDAH – 5/6
(Tarikh mula HAMIL dari 02-SEP hingga 01-NOV)

salindah-cara-makan-set-hamil-set-bersalin-produk-era-edar_5

.

JADUAL PENGAMBILAN SALINDAH – 6/6
(Tarikh mula HAMIL dari 02-NOV hingga 21-DIS)

salindah-cara-makan-set-hamil-set-bersalin-produk-era-edar_6

Jadual ini juga boleh dimuat turan (download) dari pautan ini.

Posted on

Dulu & Kini Salindah

Semasa menyelak satu timbunan fail lama, kami telah terjumpa foto lama produk SALINDAH yang disiarkan dalam sebuah majalah sekitar tahun 2000.

salindah-set lengkap, set hamil, set bersalin
FOTO 1: Pakej Salindah Set Lengkap sekitar tahun 2000

.

Jika hendak kami gambarkan jujukan bentuk pembungkusan Set SALINDAH sehingga terkini, boleh kami simpulkan seperti pada jujukan Foto 2, 3 & 4 di bawah:

.

salindah-sejarah_a
FOTO 2: SALINDAH Set Lengkap dengan teks tulisan Cina untuk menarik pelanggan bukan Melayu.

.

salindah-sejarah_b
FOTO 3: SALINDAH Set Lengkap – Edisi Terhad dengan pek pembungkusan sesuai sebagai hadiah dari suami untuk isteri tersayang

.

salindah-set lengkap, set hamil, set bersalin
FOTO 4: Bentuk pek pembungkusan SALINDAH Set Lengkap hingga sekitar tahun 2013

.

Walaupun pakej pembungkusannya nampak jauh berbeza dari pek sekarang, tetapi sebenarnya bilangan item ceraian serta formulasinya adalah tetap sama seperti dari dahulu hinggalah sekarang.

Antara persamaan yang dapat kami senaraikan adalah:

  • Model Wanita Bertudung menyusukan anak untuk menggambarkan SALINDAH adalah produk Bumiputera Melayu Islam & Halal.
  • Kekal 12 item ceraian: Set Hamil (B1~B6) & Set Bersalin (L7~L12)
  • Saiz kotak & item adalah hampir sama.

Dari segi harga, sudah tentulah akan ada perubahan dari masa ke masa.

.

salindah-lengkap-salindah-2013
FOTO 5: Pek baru Salindah mulai 2 Nov 2013 dengan perubahan pembungkusan di mana setiap item ceraiannya di dalam kotak.

Dapatkan Set Salindah anda di sini sekarang!

Posted on

Salindah Bersalin Dah?

salindah-set lengkap, set hamil, set bersalin

Ringkasnya, Salindah adalah produk rumusan Homeopati, Biokimia & Herbalisme dicipta oleh Allahyarham Prof. Dr. Azizan Hj Ismail (DR. AZIZAN) yang dikeluarkan oleh Darulaman Homeophatic Laboratories (M) Sdn. Bhd yang terletak di Jitra, Kedah.

Produk Salindah adalah khusus untuk ibu mengandung dari awal kehamilan hingga lahbersalin. Memang terdapat banyak produk berkaitan ibu hamil dipasaran, tetapi yang menjadikan produk Salindah unik adalah kerana ia produk kategori HOMEOPATI keluaran 100% Bumiputera Melayu. Ia telah mendapat kepercayaan ibu hamil sejak 1980.

Pada 2010 ini, maka genaplah 30 tahun usianya di pasaran. Namun, perjalanan produk ini bukanlah mudah. Banyak rintangan dan tomahan dilemparkan semata-mata untuk menjatuhkan reputasinya.

Apa yang hendak saya kongsikan di sini sebenarnya bukanlah produk tersebut secara khusus tetapi berkaitan namanya: Salindah .

.

Dari mana datangnya nama tersebut?

Antara tafsiran popular saya temui dari laman-laman forum & web adalah “BerSALIN muDAH”.

Faktanya adalah, nama Salindah bukan diambil dari nama seorang wanita walaupuan ia adalah produk untuk wanita atau mungkin memang ada wanita bernama Salindah

Dalam satu kursus Pentauliahan Salindah (wajib untuk penjual produk Salindah yang sah), Prof. Dr. Hjh. Hamsiah binti Ismail (Pengurus Besar EEMSB, satu daripada syarikat kumpulan DR. AZIZAN) ada menyebut tentang asal usul nama Salindah.

.

Begini kisahnya….

salindah-prof-hamsiah-era-edar_1-300x258

Pada awal pengenalan produk Salindah , ia bukanlah bernama Salindah . Walau bagaimanapun formulanya tetap sama seperti Salindah sekarang.

Masa dulu-dulu, bila orang nak bersalin, maka akan dipanggillah mak bidan datang ke rumah ibu yang sedang sakit nak bersalin itu. Orang dulu-dulu bersalin di rumah sendiri yang diuruskan oleh mak bidan.

Jarak rumah mak bidan dengan rumah ibu nak bersalin tu pulak tak tentu. Kalau jauh lambatlah sampainya. Berkayuhlah si suami dengan basikal atau menunggang motosikal menjemput mak bidan datang.

Kadang-kadang bila mak bidan sampai, bersalin dah ibu tersebut. Mak bidan pun cakap “Laa, salin dah…” yang membawa maksud sudah bersalin sendiri tak sempat nak tunggu dia sampai.

Maka sebenarnya, nama SALINDAH tu diambil dari ungkapan mak bidan tadi iaitu SALIN + DAH.

Wallahu a’lam.

Posted on

Info Salindah

set-hamil-salindah-n-set-bersalin-salindah-001
Pek Baru Salindah Set Lengkap (ORI) selepas Pelancaran Semula Salindah pada Sabtu 2.11.2013

.

Bagi wanita, kehamilan atau mengandung adalah suatu pengalaman yang tidak sama dengan pengalaman-pengalaman lain yang pernah dilalui, terutamanya wanita yang mengandung untuk kali pertama.

Ada yang tersangat gembira dengan berita kehamilan itu dan ada pula yang menjadi bimbang dan cemas terutamanya bila menjelang waktu-waktu hampir melahirkan anak. Ini berlaku kerana mungkin bakal ibu ini pernah mendengar pelbagai khabar bagaimana susahnya untuk melahirkan anak.

salindah set hamil & set bersalin
Allahyarham Prof. Dr. Azizan Haji Ismail, Pencipta Produk Salindah

.

Setelah menyedari masalah yang dihadapi kaum wanita semasa mengandung, Prof. Dr. Azizan bin Hj. Ismail telah mengkaji secara mendalammengenai kehamilan dari semua aspek dan kemudian berusaha menghasilkan suatu rencana makanan jagaan rawatan ibu dan anak yang dikandung.

Dengan adanya rencana makanan ini, maka kaum wanita dapata melalui zaman kehamilan dan dapat melahirkan anak dengan aman tenteram, jauh daripada rasa takut, cemas dan bimbang, terhindar daripada aneka rupa masalah waktu mengandung, semasa bersalin dan selepas bersalin. Dengan itu mengandung dan bersalin akan menjadi suatu pengalaman yang dapat dinikmati.

Rencana makanan jagaan dan rawatan kehamilan ini telah banyak berbakti kepada kaum ibu, dan telah mendapat sanjungan di kalangan ibu dan para doktor, bukan hanya dari dalam Malaysia malah juga oleh mereka dari luar negara. Prof. Dr. Azizan menamakan rencana jagaan dan rawatan kehamilan ini sebagai Salindah.

.

Bagi mereka yang mengambil rencana Salindah ini adalah dinasihatkan agar sekali sekala ke pusat pemeriksaan kehamilan untuk memeriksa kandungannya. Oleh kerana ada di antara ibu yang menggunakan Salindah bersalin tanpa bidan yang menyambut kelahiran bayinya, maka adalah disarankan agar segera mendapatkan bidan ataupun di bawa kehospital apabila terasa sahaja hendak bersalin walaupun ras sakit tidak bersungguh.

 

testimoni-set-hamil-salindah-n-set-bersalin-salindah-004

kelulusan-kkm-set-hamil-salindah-n-set-bersalin-salindah-002Hasil kajian yang begitu lama, Salindah mulai diperkenalkan kepada masyarakat sejak tahun 1980. Salindah merangkumi kedua peringkat dari sebelum bersalin sampai waktu lepas bersalin. Salindah Set Lengkap mulai dari 3 bulan hamil dan tamat pada habis waktu pantang, iaitu kira-kira 40 hari lepas bersalin. Bagi ibu yang mengambil Salindah Set Lengkap ini maka ia memperolehi keseluruhan kebaikannya. Perlu juga dinyatakan di sini bahawa rencana makanan jagaan dan rawatan ibu hamil ini disediakan daripada ubat-ubatan  menurut kaedah Homeopati dan Biokimia yang telah memang dimaklumkan tidak boleh mendatangkan sebarang kesan sampingan atau keracunan.

.

Semasa mengandung ibu-ibu adalah dinasihatkan agar menjaga makan minumnya. Prof. Dr. Azizan yakin bahawa banyak daripada masalah-masalah kesihatan yang dideritai oleh bayi yang baru lahir dan kanak-kanak seperti jantung berlubang, penyakit kunung, cacat anggota tertentu, leukimia, thalassemia dan lain-lain lagi ada kaitannya dengan amalan makan minum ibu sewaktu hamil.

.

Khasiat Dan Panduan Penggunaan Salindah

1. Peringkat Sebelum Bersalin

ceraian-salindah-b1_1
Salindah-Ceraian B1
Masa Guna:
Mulai minggu ke-12 hamil
Khasiat:
Memberi zat besi mudah hadam yang diperlukan oleh setiap ibu mengandung. Menghilang atau mengurangkan muntah dan loya serta alahan. Menolong tumbesaran tian. Mencegah demam, batuk, selsema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain. Menghilangkan kesan jatuh atau rebah. Melancarkan aliran darah agar mencegah timbul simpul urat di kaki. Menghilangkan letih lesu.

ceraian-salindah-b2_1
Salindah-Ceraian B2
Masa Guna:
Mulai minggu ke-24 hamil
Khasiat:
Memberi zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, disamping menambah darah. Menambah selera makan, menghilangkan sengal tulang dan kebas anggota kaki dan tangan. Mencegah serangan sejuk dan sakit gigi. Mencegah osteoporosis.

ceraian-salindah-b3_1
Salindah-Ceraian B3
Masa Guna:
Mulai minggu ke-28 hamil
Khasiat:
Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi had bersalin.

Catatan:
lbu yang menggunakan Salindah dari item B1 (bermula dari 12 minggu hamil) akan memperolehi anak yang sihat, segar, pintar cerdas, keras tulang dan gigi, subur tumbesaran tubuh, dan sukar didatangi penyakit, Insya’Allah.

ceraian-salindah-b4_1
Salindah-Ceraian B4
Masa Guna:
Mulai 4 minggu sebelum bersalin
Khasiat:
Remedi ini istimewa untuk mengawal alamat sebelum jangkaan alamat palsu, menghilangkan sakit bersalin, sakit urat dan otot, menyediakan saluran peranakan dengan mengendur dan menganjalkan otot-otot pencerut kawasan saluran peranakan. Memudahkan kelahiran bayi. Menghilangkan perasaan takut dan cemas.

ceraian-salindah-b5_1
Salindah-Ceraian B5
Masa Guna:
Mulai 2 minggu sebelum bersalin
Khasiat:
Remedi ini melanjutkan dan menolong tindakan item B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.

ceraian-salindah-b6_1
Salindah-Ceraian B6
Masa Guna:
Mulai 1 minggu sebelum bersalin atau semasa dalam ‘labour pain’
Khasiat:
Remedi ini menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepatkan dan mempermudahkan keluarnya anak, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit lepas bersalin.

Catatan:
Kalau bayi dalam kandungan songsang, bolehlah minta bidan betulkan. Tapi kalau masih juga berpusing songsang, jangan diganggu lagi, takut nanti tali pusat berpintal pada leher dan anggota bayi. Insya Allah, bila sampai waktu bersalin, bayi akan berpusing betul, kesan daripada remedi item B6.

.

2. Peringkat Selepas Bersalin

ceraian-salindah-l7_1
Salindah-Ceraian L7
Masa Guna:
selepas bersalin
Khasiat:
Remedi cecair bagi menyembuhkan luka atau jahitan dengan cepat. Menghilangkan sakit pada luka atau jahitan. Mencegah jangkitan kuman dan pernanahan.

ceraian-salindah-l8_1
Salindah-Ceraian L8
Masa Guna:
Mulai 5 jam selepas bersalin
Khasiat:
Bila keluar sahaja anak, terus makan remedi ini. Remedi ini membantu menyembuhkan rasa sakit sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala.

ceraian-salindah-l9_1
Salindah-Ceraian L9
Masa Guna:
Mulai hari ke 2 selepas bersalin
Khasiat:
Remedi istimewa menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan, menghentikan darah nifas, membetulkan urat-urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota itu.

ceraian-salindah-l10_1
Salindah-Ceraian L10
Masa Guna:
Mulai hari ke 6 selepas bersalin
Khasiat:
Remedi ini mempercepatkan rahim dan saluran peranakan mengecut semula. Mengangkat rahim kembali ke tempat asal. Mengurangkan simpul urat biru.

ceraian-salindah-l11_1
Salindah-Ceraian L11
Masa Guna:
Mulai hari ke 7 selepas bersalin
Khasiat:
Remedi tonik ini istimewa bagi memanaskan badan, menambah selera, membaiki penghadaman dan pembuangan najis. Menenangkan tidur. Menghilangkan kebas-kebas. Menyegarkan rahim dan alat peranakan.

ceraian-salindah-l12_1
Salindah-Ceraian L12
Masa Guna:
Mulai hari ke 21 selepas bersalin hingga lepas pantang.
Khasiat:
Remedi ini menjaga kesihatan lbu selepas bersalin sentiasa agar sihat; mengembalikan kekuatan, memulihkan alat perkelaminan. Menimbulkan kesegaran.

Posted on

Siapa Boleh Cerita, Apa Rasanya Tablet Salindah Ni?

Maklumbalas Pengguna di facebook/edaransalindah

rasa-salindah-produk-era-edar_1
rasa-salindah-produk-era-edar_2

 

  • Terima kasih kepada rakan-rakan Facebookk yang memberikan maklumbalas.
  • Anda juga boleh menghantar Testimoni atau Maklumbalas anda berkaitan produk Salindah melalui email, WhatsApp atau di laman facebook rasmi kami.

.

Berkenaan Kehamilan

Kehebatan dan perbezaan wanita dengan lelaki ialah wanita mampu mengandung, serta menjaga janin yang terdapat di dalam rahimnya. Pengorbanan dan tanggungjawab ibu bermula seawal hari pertama berlakunya persenyawaan.

Ibu-ibu muda yang pertama kali mengandung tertanya-tanya, sangat teruja apabila mengetahui dirinya mengandung. Mual dan loya, pening kepala, letih adalah simptom awal yang paling kerap dialami oleh bakal ibu. Ia ada kaitan dengan perubahan hormon ataupun mengalami tekanan darah rendah. Tanda awal ini memberi ruang kepada bakal ibu ini mencari bantuan demi kesihatan janin yang dikandungnya.

.

Info Lanjut Berkenaan Salindah:

Posted on

Susu Biolac: Minum Hari Ini Untuk Masa Depan

kongsikan-kebaikan-susu-bio-lac

Susu Biolac: Minum Hari Ini Untuk Masa Depan

Kenapa Bio-Lac?

  • Meningkatkan konsentrasi dan keupayaan kognitif. Menyuburkan neuron otak.
  • Memelihara sistem penghadaman bayi
  • Menguatkan tulang dan memelihara enamel gigi.
  • Membentuk sel darah merah
  • Melembutkan kulit dan mengekalkan kelembapannya.
  • Menajamkan penglihatan

.

Susu adalah penting bagi kanak-kanak memperolehi nutrisi seimbang untuk tumbesaran fizikal dan perkembangan otak mereka. Pada ketika ini, mereka memerlukan semua khasiat untuk kesihatan mata, kulit, gigi dan tulang yang optimum.

.

Namun tanpa disedari, melalui susu juga kanak-kanak boleh terdedah kepada bahaya seperti kewujudan melamin dan dioksin di dalam susu. Di negara yang memiliki tenaga nuklear, sumber produk tenusu boleh terdedah kepada bahaya bahan radioaktif tersebut. Oleh itu, selain daripada formulasi, sumber produk tenusu juga perlu diberi keutamaan.

.

Keistimewaan susu Bio-Lac yang menjadi kegemaran bayi, telah dirumus mengikut nilai keperluan pemakanan garamtisu Biokimia (BTS) Dr. Schuessler, yang berperanan merangsang pertumbuhan dan perkembangan tisu tubuh khusus untuk tumbesaran. Bio-Lac formulasi Prof. Dr. Hj Azizan b. lsmail (Allahyarham) menjadi sumber nutrisi yang utama dalam tahun-tahun awal kehidupan bayi. susu Bio-Lac menjaga kesihatan tubuh bayi sesuai dengan konsep piramid makanan, jika diambil bersama makanan pelengkap yang seimbang.

.

Bio-Lac yang telah berada di pasaran Malaysia sejak tahun 2001 ini dipasarkan oleh Era Edar Marketing Sdn. Bhd. Sumber tenusu Bio-Lac diimport dari New Zealand yang sememangnya terkenal dengan kualiti persekitaran dan penyediaan susu yang terbaik di dunia. Susu ibu adalah yang terbaik, tetapi sekiranya perlukan susu ganti, Bio-Lac memenuhi keperluarn bayi anda.

.

Bio-Lac membantu meningkatkan sistem imun tubuh

Kebanyakan susu formulasi telah hilang unsur ‘immunological’ ketika dalam proses penghasilannya. Unsur ini penting dan berperanan meningkatkan daya pertahanan tubuh terhadap serangan penyakit. BTS di dalam Bio-Lac membantu tubuh berhadapan dengan pelbagai stres termasuklah inflamasi, demam mendadak, kecederaan, pendarahan, panas badan dan sebagainya. Pengambilan susu formula Bio-Lac mampu menghindarkan bayi anda daripada masalah inflamasi akut yang kerap berlaku di kalangan bayi sepeti batuk, sakit sendi, bronkitis, keletihan dan jangkitan kulit.

.

Keistimewaan BTS (Garamtisu Biokimia Schuessler) berbanding asid lemak yang biasa

Di dalam susu terdapat asid lemak yang terdiri daripada DHA, EPA, AA dan GLA yang perlu untuk tumbesaran tubuh dan keperluan fungsi otak. Namun, dalam sesetengah keadaan, proses oksidasi sewaktu penyimpanan asid lemak boleh

.
mengakibalkan cirit-birit selepas pengambilan susu formula. Reaksi bersilang makanan bukan sahaja akan mengganggu tumbesaran, malah turut mempengaruhi perkembangan dan perlakuan seperti hiperaktif, kurang konsentrasi, gangguan tidur, emosi dan perilaku yang lain.

.

Konsep BTS disediakan melalui kaedah penyediaan molekul yang diperhaluskan. BTS akan diserap melalui sel epitilium lidah dan meresap terus ke dalam sistem pengaliran darah. BTS kemudiannya akan dihantar terus ke sel-sel yang memerlukannya, tanpa melalui proses penghadaman seperti biasa. Proses ini berlaku dalam tempoh yang sangat pantas.Kuantiti yang diperlukan oleh sel hanya sedikit sahaja, namun mampu memberikan kesan yang optimum dan menyeluruh kepada tubuh.

.

Peranan BTS di dalam formulasi Bio-Lac kepada otak bayi.

Sel otak sudah mula terbentuk sejak di dalam kandungan lagi dan jumlahnya semakin meningkat menjadi jutaan di usia 2 tahun. BTS di dalam susu Bio-Lac membantu menyuburkan dendron dan dendrit untuk mewujudkan hubungan antara sel bagi membentuk rangkaian fungsi.

.

Kualiti rangkaian antara sel ditentukan dan dipengaruhi oleh rangsangan dari persekitaran dan nutrisi. Kekuatan daya ingatan boleh dilakukan oleh BTS sebagai nutrisi otak.

.

Proses elektrokimia penting untuk meningkatkan keupayaan tenaga mental. la memerlukan mineral seperti kalsium, kalium dan magnesium untuk membolehkan otak melakukan proses ini yang bedaku antara 100,000 hingga 1,000,000 kali sesaat. Ciri-ciri keperluan untuk proses elektrokimia tersebut terdapat di dalam formulasi BTS ini.

.

BTS di dalam Bio-Lac penting untuk tumbesaran yang normal. la membantu pertumbuhan saraf dan otot. Keupayaan kognitif bayi boleh dirangsang sedari awal lagi. Penyerapan maklumat berlaku dengan pantas dan bayi cepat memberi refleks terhadap persekitaran. Garamtisu inorganik BTS di dalam susu Bio-Lac penting untuk keperluan neuron otak. Seperti juga Selenium dan Vitamin E, ciri-ciri antioksidan terdapat di dalam BTS berfungsi untuk meningkatkan kekebalan sistem tubuh. la penting untuk memelihara kesihatan mental, mengurangkan keletihan otot, masalah depresi dan keresahan ketika tidur.

.

Peranan Bio-Lac dalam memelihara sistem penghadaman

Sistem penghadaman bayi melibatkan organ yang paling sensitif. Oleh sebab itulah, pertukaran susu ibu kepada susu formula perlu dilakukan secara perlahan iaitu sekurang-kurangnya 2 minggu untuk membolehkan sistem pencernaan mengadaptasi perubahan ini. Kebiasaannya, ketika ini akan berlaku cirit-birit atau sembelit bergantung kepada jenis susu formula, bancuhan dan kandungannya.

.

Bancuhan susu formula yang terlalu pekat boleh menyebabkan sembelit dan jika terlalu cair, boleh mengakibatkan cirit-birit. Perubahan warna najis juga mempunyai kaitannya dengan susu formula yang digunakan. Najis berwarna coklat kekuningan menunjukkan terdapat sisa susu formula tersebut di dalam usus. Najis berwarna hijau pula menandakan terdapat kehadiran zat besi yang berlebihan di dalam susu formula tersebut. Susu formula dianggap normal selagi bayi tidak sembelit atau meragam.

.

BTS di dalam formulasi susu Bio-Lac bertindak mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pembiakan bakteria baik dan memelihara sistem penghadaman. Sesuai diminum bagi mengurangkan masalah sembelit, kembung, koliks, diarea serta alahan.

.

Kalsium untuk pertumbuhan tulang yang kuat dan gigi yang sihat

Kandungan kalsium yang terdapat di dalam formulasi susu Bio-Lac berperanan merangsang pembentukan tulang dan gigi bayi. Kehadiran vitamin D3 pula membantu tubuh dalam penggunaan kalsium dan fosforus. lstimewanya susu Bio-Lac adalah kerana BTS memiliki saiz molekul yang sangat halus dan senario ini akan membolehkan penyerapan kalsium pada kadar optimum tanpa melebihi had keperluan tubuh. lnsyaAllah, bayi akan menjadi semakin aktif dan cepat berjalan kerana struktur tulang yang semakin kuat dan sempurna. Susu Bio-Lac juga sesuai dijadikan sebagai persediaan awal untuk melambatkan proses osteoporosis apabila menjelang hari tua kelak.

.

Zat besi menjadikan anak anda lebih sihat dan aktif

Apabila bayi semakin membesar dan aktif, kepeduan terhadap zat besijuga akan semakin meningkat. Simpanan zat besi yang semakin berkurangan dalam tubuh dan kelemahan penyerapannya oleh tubuh apabila bayi meminum susu formula boleh menyebabkan berlakunya masalah seperti anemia, pucat, lesu dan mudah diserang demam. Masalah ini dapat diatasi dengan pengambilan susu Bio-Lac kerana sifat BTS yang halus membolehkan sel tubuh menyerap zal besi pada tahap optimum dan efisyen. Maka, tidak hairanlah jika kanak-kanak Bio-Lac lebih pintar, sihat dan aktif berbanding kanak-kanak yang lain.

Posted on

Salindah, Set Hamil & Set Bersalin

Pek Baru Salindah Set Lengkap (ORI) selepas Pelancaran Semula Salindah pada Sabtu 2.11.2013


Bagi wanita, kehamilan atau mengandung adalah suatu pengalaman yang tidak sama dengan pengalaman-pengalaman lain yang pernah dilalui, terutamanya wanita yang mengandung untuk kali pertama. Ada yang tersangat gembira dengan berita kehamilan itu dan ada pula yang menjadi bimbang dan cemas terutamanya bila menjelang waktu-waktu hampir melahirkan anak. Ini berlaku kerana mungkin bakal ibu ini pernah mendengar pelbagai khabar bagaimana susahnya untuk melahirkan anak

salindah set hamil & set bersalin
Allahyarham Prof. Dr. Azizan Haji Ismail, Pencipta Produk Salindah

.

Setelah menyedari masalah yang dihadapi kaum wanita semasa mengandung, Prof. Dr. Azizan bin Hj. Ismail telah mengkaji secara mendalammengenai kehamilan dari semua aspek dan kemudian berusaha menghasilkan suatu rencana makanan jagaan rawatan ibu dan anak yang dikandung. Dengan adanya rencana makanan ini, maka kaum wanita dapata melalui zaman kehamilan dan dapat melahirkan anak dengan aman tenteram, jauh daripada rasa takut, cemas dan bimbang, terhindar daripada aneka rupa masalah waktu mengandung, semasa bersalin dan selepas bersalin. Dengan itu mengandung dan bersalin akan menjadi suatu pengalaman yang dapat dinikmati. Rencana makanan jagaan dan rawatan kehamilan ini telah banyak berbakti kepada kaum ibu, dan telah mendapat sanjungan di kalangan ibu dan para doktor, bukan hanya dari dalam Malaysia malah juga oleh mereka dari luar negara. Prof. Dr. Azizan menamakan rencana jagaan dan rawatan kehamilan ini sebagai Salindah.

.

Bagi mereka yang mengambil rencana Salindah ini adalah dinasihatkan agar sekali sekala ke pusat pemeriksaan kehamilan untuk memeriksa kandungannya. Oleh kerana ada di antara ibu yang menggunakan Salindah bersalin tanpa bidan yang menyambut kelahiran bayinya, maka adalah disarankan agar segera mendapatkan bidan ataupun di bawa kehospital apabila terasa sahaja hendak bersalin walaupun ras sakit tidak bersungguh.

 


Hasil kajian yang begitu lama, Salindah mulai diperkenalkan kepada masyarakat sejak tahun 1980. Salindah merangkumi kedua peringkat dari sebelum bersalin sampai waktu lepas bersalin. Salindah Set Lengkap mulai dari 3 bulan hamil dan tamat pada habis waktu pantang, iaitu kira-kira 40 hari lepas bersalin. Bagi ibu yang mengambil Salindah Set Lengkap ini maka ia memperolehi keseluruhan kebaikannya. Perlu juga dinyatakan di sini bahawa rencana makanan jagaan dan rawatan ibu hamil ini disediakan daripada ubat-ubatan  menurut kaedah Homeopati dan Biokimia yang telah memang dimaklumkan tidak boleh mendatangkan sebarang kesan sampingan atau keracunan.

Semasa mengandung ibu-ibu adalah dinasihatkan agar menjaga makan minumnya. Prof. Dr. Azizan yakin bahawa banyak daripada masalah-masalah kesihatan yang dideritai oleh bayi yang baru lahir dan kanak-kanak seperti jantung berlubang, penyakit kunung, cacat anggota tertentu, leukimia, thalassemia dan lain-lain lagi ada kaitannya dengan amalan makan minum ibu sewaktu hamil.

 

Khasiat Dan Panduan Penggunaan Salindah

1. Peringkat Sebelum Bersalin


Salindah-Ceraian B1
Masa Guna:
Mulai minggu ke-12 hamil
Khasiat:
Memberi zat besi mudah hadam yang diperlukan oleh setiap ibu mengandung. Menghilang atau mengurangkan muntah dan loya serta alahan. Menolong tumbesaran tian. Mencegah demam, batuk, selsema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain. Menghilangkan kesan jatuh atau rebah. Melancarkan aliran darah agar mencegah timbul simpul urat di kaki. Menghilangkan letih lesu.


Salindah-Ceraian B2
Masa Guna:
Mulai minggu ke-24 hamil
Khasiat:
Memberi zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, disamping menambah darah. Menambah selera makan, menghilangkan sengal tulang dan kebas anggota kaki dan tangan. Mencegah serangan sejuk dan sakit gigi. Mencegah osteoporosis.


Salindah-Ceraian B3
Masa Guna:
Mulai minggu ke-28 hamil
Khasiat:
Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi had bersalin.

Catatan:
lbu yang menggunakan Salindah dari item B1 (boleh mula diambil seawal disahkan hamil & selewatnya pada minggu ke 22) akan memperolehi anak yang sihat, segar, pintar cerdas, keras tulang dan gigi, subur tumbesaran tubuh, dan sukar didatangi penyakit, Insya’Allah.


Salindah-Ceraian B4
Masa Guna:
Mulai 4 minggu sebelum bersalin
Khasiat:
Remedi ini istimewa untuk mengawal alamat sebelum jangkaan alamat palsu, menghilangkan sakit bersalin, sakit urat dan otot, menyediakan saluran peranakan dengan mengendur dan menganjalkan otot-otot pencerut kawasan saluran peranakan. Memudahkan kelahiran bayi. Menghilangkan perasaan takut dan cemas.


Salindah-Ceraian B5
Masa Guna:
Mulai 2 minggu sebelum bersalin
Khasiat:
Remedi ini melanjutkan dan menolong tindakan item B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.


Salindah-Ceraian B6
Masa Guna:
Mulai 1 minggu sebelum bersalin atau semasa dalam ‘labour pain’
Khasiat:
Remedi ini menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepatkan dan mempermudahkan keluarnya anak, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit lepas bersalin.

Catatan:
Kalau bayi dalam kandungan songsang, bolehlah minta bidan betulkan. Tapi kalau masih juga berpusing songsang, jangan diganggu lagi, takut nanti tali pusat berpintal pada leher dan anggota bayi. Insya Allah, bila sampai waktu bersalin, bayi akan berpusing betul, kesan daripada remedi item B6.

2. Peringkat Selepas Bersalin


Salindah-Ceraian L7
Masa Guna:
selepas bersalin
Khasiat:
Remedi cecair bagi menyembuhkan luka atau jahitan dengan cepat. Menghilangkan sakit pada luka atau jahitan. Mencegah jangkitan kuman dan pernanahan.


Salindah-Ceraian L8
Masa Guna:
Mulai 5 jam selepas bersalin
Khasiat:
Bila keluar sahaja anak, terus makan remedi ini. Remedi ini membantu menyembuhkan rasa sakit sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala.


Salindah-Ceraian L9
Masa Guna:
Mulai hari ke 2 selepas bersalin
Khasiat:
Remedi istimewa menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan, menghentikan darah nifas, membetulkan urat-urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota itu.


Salindah-Ceraian L10
Masa Guna:
Mulai hari ke 6 selepas bersalin
Khasiat:
Remedi ini mempercepatkan rahim dan saluran peranakan mengecut semula. Mengangkat rahim kembali ke tempat asal. Mengurangkan simpul urat biru.


Salindah-Ceraian L11
Masa Guna:
Mulai hari ke 7 selepas bersalin
Khasiat:
Remedi tonik ini istimewa bagi memanaskan badan, menambah selera, membaiki penghadaman dan pembuangan najis. Menenangkan tidur. Menghilangkan kebas-kebas. Menyegarkan rahim dan alat peranakan.


Salindah-Ceraian L12
Masa Guna:
Mulai hari ke 21 selepas bersalin hingga lepas pantang.
Khasiat:
Remedi ini menjaga kesihatan lbu selepas bersalin sentiasa agar sihat; mengembalikan kekuatan, memulihkan alat perkelaminan. Menimbulkan kesegaran.

Catatan:
IBU boleh guna barut dan tungku panas jika mahu. Pantang terus kopi, cili, kari, makanan berempah, paling tidak sehingga 2 minggu selepas bersalin. Ubat lepas bersalin ini dirumus bersama akar kayu dan bahan-bahan herba. Tidak perlu guna ubat-ubatan lain. Jika ANAK yang dilahirkan kelihatan kuning (berpenyakit kuning) dapatkan remidi khas untuk itu.

RTD (Remedi Sakit Kuning)

 

Peraturan Menggunakan Salindah

1. Peringkat Sebelum Bersalin

Ceraian

Kandungan

Mula Makan

Cara Makan

B1

336 biji

3 bulan hamil
atau bila disahkan hamil (minggu ke-12 / awal hamil)

2 biji 2 kali
sehari (makan hingga habis)

B2

120 biji

6 bulan hamil
(minggu 24)

2 biji 2 kali
sehari (makan hingga habis)

B3

336 biji

7 bulan hamil
(minggu 28)

2 biji 2 kali
sehari (makan hingga habis)

B4

30 biji

1 bulan sebelum
jangkaan bersalin

1 biji sekali
sehari (makan hingga habis)

B5

84 biji

2 minggu sebelum
jangkaan bersalin

2 biji 3 kali
sehari (makan hingga habis)

B6

30 biji

1 minggu sebelum
jangkaan bersalin

* 1 biji sekali
sehari (makan hingga habis) * Jika ada tanda hendak bersalin seperti
pendarahan sedikit atau pecah air ketuban atau sakit makan 1 biji setiap 15
minit

 

2. Peringkat Selepas Bersalin

Ceraian

Kandungan

Mula Makan

Cara Makan

L7

30 ml

Kegunaan luaran
sahaja: Sapu pada pusat bayi dan luka jahitan ibu

L8

30 biji

5 atau 6 jam
selepas bersalin

1 biji setiap 1
jam (makan hingga habis)

L9

16 biji

Pada hari ke-2
(selepas habiskan L8)

1 biji 4 kali
sehari (makan hingga habis)

L10

96 biji

Pada hari ke-6
(selepas habiskan L9)

2 biji 3 kali
sehari (makan hingga habis)

L11

220 ml

Minum pada hari
ke-7

1 atau 2 sudu , 2
atau 3 jkali sehari (minum hingga habis) sebelum makan

L12

96 biji

Pada hari ke-21
(selepas habiskan L10)

2 biji 2 kali
sehari (makan hingga habis)

 

Semoga ibu-ibu beroleh kesihatan yang baik dan mendapat cahaya mata yang comel, cergas dan pintar.

 

Info Lanjut Produk

Kod Item Ceraian Salindah:

B = BELUM (Belum Bersalin)
L = LEPAS (Selepas Bersalin)

Pakej Pilihsalindah set hamil & set bersalinan Salindah:

  1. SET LENGKAP (Set Hamil+Set Bersalin)
  2. SET HAMIL (B1, B2, B3, B4, B5, B6)
  3. SET BERSALIN (L7, L8, L9, L10, L11, L12)

_