Posted on

Kesilapan Membuat Makluman Bayaran Order

 

1. Tidak Membuat Makluman Bayaran

Membuat bayaran melalui maybank2u bukan bermakna kami tahu siapa membuat bayaran untuk order siapa terutamanya jika maklumat wajib yang diperlukan tidak dilengkapkan. Untuk maklumat cara membuat makluman bayaran, klik di sini

 

2. Lewat Membuat Makluman Bayaran

Oleh kerana kami memproses order secara kelompok (batch), order anda hanya akan diperoses untuk penghantaran dalam kelompok terhampir selepas makluman dibuat. Untuk maklumat bagaimana kami memproses order anda, kik di sini

 

3. Makluman Bayaran Tidak Lengkap

Sama ada makluman tersebut dibuat melalui SMS, Whatsapp atau E-mail, ia mungkin:
– Tidak mengandungi info Nombor Order (Order Number)
– Tidak disertakan salinan slip bayaran

 

4. Membayar Ke Akaun Yang Silap

Oleh kerana mungkin ramai peniaga online lain yang menjual di web, pastikan anda membayar kepada peniaga di mana anda membuat order dengannya. No akaun kami ada tercatat pada invois/rekod order bila anda membuat tempahan melalui sistem MYORDER.

 

Berikut adalah contoh transaksi maybank2u yang betul semasa membuat 3rd Party Fund Transfer.

SKRIN 1:

Mesti letakkan alamat email admin @ edaransalindah.com.my (bukan alamat email anda!) & nombor rujukan order supaya salinan transaksi dihantar ke email kami untuk pengesahan.

Anda boleh gunakan no telefon anda sebagai rujukan jika tidak ada nombor rujukan ‘Order Number’

.

SKRIN 2:

Salinan slip transaksi maybank2u (salinan slip bayaran) akan terus masuk ke email kami bersama maklumat yang lengkap untuk kami sahkan bayaran & seterusnya memperoses order anda.

 

Tidak perlu membuat makluman lanjut jika anda telah patuh kepada panduan ini. Walau bagaimanapun tidak menjadi kesalahan jika anda ingin membuat makluman ke-2 melalui sms atau saluran lain.

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Posted on

Sebelum Order Mesti Daftar Akaun?

Percaya tak?

Bila sebut buat order online ramai yang takut untuk klik sana & klik sini!
Sebenarnya tak perlu ada perasaan takut, klik saja!
Langkah demi langkah untuk buat ordernya pun tidaklah terlalu sukar.

Sebelum order kena daftar akaun dulu ke?

Jika anda pertama kali membuat order di web kami, anda boleh buat order tanpa daftar akaun.
Walau bagaimanapun untuk daftar akaun, anda hanya perlukan 1 klik saja!
Di sini, kami ringkaskan caranya.

.

SKRIN 1:

Masuk ke web www.edaransalindah.com.my, pilih menu Shop & Kategori (Categories) Produk

.

SKRIN 2:

‘Add to cart’ produk pilihan anda & klik ‘Checkout’ bila sudah selesai dan bersedia untuk memasukkan alamat pos serta pilihan cara bayaran.

.

SKRIN 3:

Masukkan maklumat pos anda (Billing Details & Shipping Details): Email Address gunakan alamat email yang aktif. ‘Tick’ bahagian ‘Create an account?’ akan secara automatik daftar akaun online anda.

.

SKRIN 4:

Jang lupa untuk ‘Tick’ terima ‘Terms & Conditions’. Ikut arahan seterusnya setelah anda klik ‘Place Order’.