Soalan Yang Sering Juga Ditanya Kepada Kami: ❝Sudah Terlambatkah Untuk Saya Menggunakan Salindah? Saya Baru Tahu Tentang Salindah Dari Kawan❞
Untuk menjawab persoalan ini, ada dua faktor yang perlu diambil kira:
.
Faktor 1: Usia Kehamilan
Usia kehamilan paling lewat untuk menggunakan Salindah adalah 8 bulan atau tepatnya anggaran 4 minggu sebelum jangkaan bersalin (due date). Jika usia kehamilan anda telah mencecah ke 8 bulan, maka untuk Set Hamil: gunakan item ceraian Salindah B4, B5 & B6 dan disambung dengan Salindah-Set Bersalin jika pilih untuk amalkan Salindah sehingga habis pantang..
Info & tempahan Ceraian & Set Salindah boleh rujuk di sini.
Ibu hamil boleh amalkan Salindah se awal disahkan hamil atau pada minggu ke 12 hamil. Sila gunakan kiraan dalam minggu (weeks) untuk tentukan item mana yang perlu diambil sepanjang tempoh hamil. Jadual di bawah boleh digunakan sebagai panduan.
Gunakan Kiraan Minggu Untuk Tentukan Kedudukan Penggunaan Salindah
.
Faktor 2: Kos
Membeli Salindah-Set Lengkap mungkin nampak agak mahal kosnya untuk sesetengah individu berbanding membeli item Ceraian Salindah. Walau bagaimanapun item Ceraian Salindah hanya mewakili 1 dari keseluruhan 12 item dalam Salindah-Set Lengkap.
Apa Beza Set & Ceraian ?
Nak tahu, baca Kaitan Antara Set & Ceraian di sini.
.
Harga?
Anda boleh semak & buat perbandingan harga antara Ceraian & Set Salindah di sini.
Untuk anda yang suka membuat kiraan bajet, mari kita sama-sama semak kos bulanan penggunaan Set Lengkap Salindah ***.
.
Berdasarkan ‘Carta Masa Guna Salindah’ di atas:
Tempoh Penggunaan Set Hamil (Sebelum Bersalin): 6 bulan
-> Minggu 40 Tolak Minggu 12 = 28 minggu
-> 28 minggu Bahagi 4.5 (anggaran dalam 1 bulan ada 4.5 minggu) = 6 bulan
Tempoh Penggunaan Set Bersalin (Selepas Bersalin): 1 bulan
-> 21 hari = anggaran 1 bulan
Tempoh Penggunaan Set Hamil & Set Bersalin: 7 bulan
Harga Set Hamil & Set Bersalin (Salindah-Set Lengkap): RM439
Purata Kos Penggunaan: RM439 / 7 bulan = RM62.70 Sebulan
.
*** Harga sebenar mungkin berubah dari masa ke masa
Pek edisi terhad ‘Set Kombo EXAMO-CKM500’ di mana kandungan itemnya sama seperti EXAMO PEK 3 SERANGKAI dengan dibungkus dalam kotak istimewa yang sesuai dibuat sebagai hadiah.
.
Nama Popular:
Examo Pek 3 Serangkai / Pakej Pelajar IPT
Kombinasi optima untuk kemahiran otak sebelah kanan & kiri. Matsa merangsang kemahiran, menimbulkan minat dalam subjek Matematik dan Sains dengan memindahkan aktiviti otak daripada hemisfera kanan ke hemisfera kiri. Examo pek hijau berperanan sebagai ‘booster’ untuk mempercepatkan proses tindakan Examo pek biru.
–
.
.
Panduan lanjut pakej Examo mengikut peringkat umur & kategori pengguna,
Examo Pek Tunggal atau EXAMO-CKM500 adalah pek Examo paling asas yang sesuai untuk kegunaan semua peringkat bayi di dalam kandungan ibu hinggan kepada usia emas.
Lanjutan dari Examo Pek Tunggal ini, terdapat juga beberapa gabungan produk berkaitan (examo-CKM500 Plus, Matsa & Staminex) yang bersesuaian secara khusus untuk peringkat usia serta situasi pengguna.
Masalah yang paling kerap dialami oleh para pelajar ialah lupa, kurang tumpuan, lembam, malas, jemu dan bosan, letih, murung, hiperaktif dan sebagainya. Bebanan pelajaran boleh menyebabkan berlakunya stres dan migrain di kalangan pelajar. Persekitaran seperti sekolah, guru, rakan, keluarga dan. tanggungjawab sebagai pelajar memberi kesan yang lebih terhadap psikologi mereka.
Pada fasa inilah juga para pelajar kerap berhadapan dengan ujian dan peperiksaan formal seperti UPSR, PMR, SPM atau tahap pengajian yang lebih tinggi lagi seperti diploma atau ijazah. Para pelajar disarankan menggunakan EXAMO-CKM 500 yang berfungsi untuk menguatkan ingatan, menambah tenaga mental, mencerdaskan serta mendatangkan ketenangan.
INDIVIDU BERKERJAYA:
Kuat bekerja, tidak sabar, memilih kerja, kelam kabut, takut, banyak kerja, serta suasana kerja yang tidak memberangsangkan boleh memberi tekanan serta mempengaruhi prestasi kerja. Pekerja yang dedikasi selalunya berada pada tahap seimbang dari aspek fizikal, mental, emosi dan spiritual. Jadikan EXAMO-CKM 500 sebagai salah satu makanan tambahan (food supplement) harian untuk membantu mengurangkan stres dan kelesuan, serta meningkatkan keupayaan tenaga mental.
VETERAN:
Sejajar dengan peningkatan usia, fungsi otak semakin berkurangan dan lemah terutama bahagian hipokampus (berfungsi menyimpan maklumat). Pelbagai komplikasi kesihatan mula timbul termasuklah berkaitan minda seperti sindrom Parkinson, Alzheimer, dementia, nyanyuk, menopaus, lumpuh (hipertensi) yang paling kerap menyerang golongan tua. Penghidap masalah tersebut menderita kerana saraf-saraf otak tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan akhirnya mati. Proses ini dinamakan “apoptosis”.
Garam tisu biokimia di dalam EXAMO-CKM 500 menggalakkan pertumbuhan dendron dan dendrit yang berperanan membantu menyimpan maklumat di dalam otak.
Berikut antara soalan Whatsapp yang sering kami terima berkaitan Examo daripada ibubapa prihatin terhadap anak-anak mereka:
“Umur anak 10 thn dan 8 thn”
“dan apa yg sesuai utk anak umur 1 tahun 7 bulan?”
“Lau utk anak yg berumur 4 dan 8 tahun… yg mana elok ya…”
“Anak akak umur 8thn”
“anak sy umur 8 & 10 thn berapa ye harga examo”
“Anak sy umur 6 thn dan 8 thn. Yg mana kne amik ye”
“Dan utk anak ada tak… utk minda cergas dan bijak… Anak sy umur 3 thn lebih..boy pulak tu…bole tahn.aktif juga..dan bole kata ada ciri2 tantrum…”
“Anak sy umur 12thn dan 7thn… Anak kawan2 sy… 6thn, 8thn, 11thn.”
“Kalau by pakej harga kira mcm? ank sya 12,8,5 thn de pakej ke”
“Utk anak umur 12,10 & 7 thn still boleh mkn pakej yg sama ke..?”
“Utk ank2 yg lain ada x … Umur 8 &6 thn…”
“anak yg umur bawah 6 tahun x boleh lagi kan mkn matsa ni”
“Ok anak sy sorg umur 14 sorg lagi 10”
Kami tak dapat bantu anda jika jawapan anda, “malas nak baca…” terhadap panduan yang kami tuliskan. Jadi baca panduan & pautan di bawah:
Secara asasnya terdapat 3 produk (seperti gambar di atas) gabungan dari kebaikan formula Biokimia & Homeopati yang baik sebagai nutrisi kesihatan harian untuk pelbagai peringkat usia berbeza.
Gabungan dari 3 produk asas ini membentuk 5 pakej untuk kumpulan usia / kelompok pengguna.
Setiap kali tiba Ramadan, setiap kali alasan yang sama diberikan, gastrik dan tidak boleh lapar menyebabkan tidak boleh menjalankan Rukun Islam ke tiga.
Tetapi apakah kaitan antara gastrik dan puasa? Benarkah gastrik membataskan seseorang untuk menunaikan ibadah puasa?
Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding atau lapisan mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif.
Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut antaranya sakit perut, pada bahagian atas abdomen atau ulu hati, perut senak, berangin atau pedih, kembung, sendawa, loya, hilang selera makan atau turun berat badan.
Secara semulajadi sel perut menghasilkan asid hidroklorik dengan pH1 hingga 2 yang mencernakan makanan.
Asid yang kuat ini boleh menghakis besi dan sel perut menghasilkan lapisan mukosa sebagai perlindungan terhadap kesan asid tadi.
Orang yang mengadu sakit perut apabila lapar menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan jika sakit perut selepas makan mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa lemah.
Susu Gastro-Lac dapat membantu masalah gastrik dan masalah gangguan pencernaan.
Ramai menganggap serangan gastrik kerap berlaku semasa bulan Ramadan kerana tidak makan dan tahap asid dalam badan meningkat.
Sebenarnya semasa berpuasa, seluruh sistem penghadaman berehat dan rembesan asid hidroklorik dalam perut menurun dan masalah sakit atau senak akibat asid perut yang tinggi tidak timbul.
Pakar Gastroenterologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Abdul Malik Jamal Buhari berkata, sakit perut semasa berpuasa bukan disebabkan gastrik tetapi tabiat pemakanan semasa berbuka.
“Semasa berbuka, mulakan dengan makanan ringan seperti kurma, sedikit kuih atau buah-buahan, tunaikan solat maghrib dan selepas itu barulah ambil makanan lebih berat,” katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
Malangnya apabila tiba masa berbuka, ramai yang berbuka dengan makanan berat dan bersifat kompleks yang menyebabkan ketidakhadaman.
Makanan kompleks seperti berempah, lemak dan pedas menjejaskan kelancaran sistem pencernaan menyebabkan sakit perut.
Sebenarnya mereka yang menderita gastrik masih juga boleh menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan.
Dua kali Semasa Ramadan, kita hanya makan dua kali sehari dan tidak makan di antara dua masa makan buka dan sahur.
Dr. Malik berkata, semasa berbuka dinasihatkan hanya minum air dan makan makanan yang ringkas seperti kurma atau buah-buahan kering.
Kurma dan makanan kering amat baik kerana dapat merangsang asid untuk menerima lebih banyak makanan.
Kurma juga kaya dengan garam galian seperti potasium selain lambat membebaskan tenaga.
Seelok-eloknya kata Dr. Malik, selepas minum air dan kurma, solat dulu sebelum sambung makan yang lebih berat dan selepas itu jangan ambil makanan berat.
Semasa bersahur pula ambil makanan seperti roti, susu, kurma atau oat kerana ketika itu perut belum bersedia menerima makanan.
Bagaimanapun sahur amat penting untuk badan kerana ia seperti mengambil sarapan pagi.
Dr. Malik berkata, sebanyak 80 peratus penderita gastrik disebabkan oleh bakteria dalam perut Helicobacter pylori (H. pylori) manakala selebihnya disebabkan oleh makanan, ubatan seperti ubat tahan sakit dan stres.
Gastrik bukan disebabkan tidak mengambil makanan tetapi mengambil makanan yang tidak teratur dan seimbang.
Mereka yang mempunyai simptom gastrik disyorkan menjalani ujian darah, ujian pernafasan dan endoskopi bagi mendapatkan sampel bakteria di dalam perut.
Gastrik yang disebabkan oleh bakteria boleh diubati dengan mengambil ubat antibiotik.
BerhentiMasalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas tiga atau empat hari iaitu apabila kesakitan hilang.
Dr. Malik menambah, individu yang ada gastrik sepatutnya boleh berpuasa jika mengamalkan kaedah pemakanan seperti disarankan agama dan pakar pemakanan iaitu melambatkan bersahur, menyegerakan berbuka dan makan secara sederhana.
“Jadi, gastrik tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak berpuasa, melainkan jika ia terlalu memudaratkan.
“Jika disahkan menghidap gastrik, jumpa dan minta nasihat doktor mengenai pemakanan, gaya hidup dan ubatan yang perlu diambil,” katanya..
Susu Gastro-Lac Insha Allah Dapat Membantu
Susu Gastro-Lac dapat membantu masalah gastrik dan masalah gangguan pencernaan. Ia membantu mengawal kuantiti jus gastrik yang terhasil di dalam perut. Gastro-Lac juga mengandungi prebiotik dan garamtisu biokimia yang membantu sistem penghadaman.
Penggunaan Salindah-Set Lengkap, Insha Allah akan membantu ibu melahirkan anak yang sihat dan cergas, pintar dan cerdas. Pertumbuhan gigi dan tulang yang sihat serta tumbesaran yang kuat.
.
❝Apa tujuan anda makan salindah ?❞
Ingin lahirkan anak pintar, cerdas, kuat tulang & gigi, keletah, comel & cantik kulit: mulakan dengan B1, B2 & B3
Untuk mengembalikan kewanitaan anda, sihat tubuh badan, cergas, bertenaga ambilah Salindah-Set Bersalin
❝Kenapa Salindah ?❞
Ibu-ibu hamil yang bijak akan memilih Salindah sebagai pemakanan dan rawatan dari awal kehamilan sehingga habis pantang . Ini kerana Salindah adalah terdiri daripada rumusan Homeopati , Biokimia dan Herbalisme yang istimewa. Ianya amat membantu ibu – ibu melahirkan si manja dengan lebih mudah.
Salindah juga diperkaya dengan Kalsium, Kalium, Ferum dan Magnesium untuk menjadikan ibu – ibu hamil lebih sihat dan si manja kelihatan lebih comel, cergas dan pintar. Malahan membantu pertumbuhan gigi dan tulang si manja anda menjadi lebih kuat.
❝Apa Khasiat Salindah ?❞
Menambah dan memperbaiki aliran darah, mengurangkan masalah alahan, menyuburkan perkembangan tian, mengurangkan risiko keguguran, memudahkan bersalin, menghilangkan masalah semasa hamil, ketika bersalin dan selepas bersalin.
Mencegah masalah meroyan dan menjurus ke arah memperolehi anak yang sihat dan cerdas.
Macam mana nak amalkan Salindah B1 jika ikut jadual perlu makan 2 kali sehari?
Amalkan selepas berbuka puasa (slot pertama) & sebelum bersahur (slot ke dua).
Oleh kerana masa makan terhad pada bulan puasa Ramadhan, maka bolehlah jarakkan masa anggaran 5-15 minit sebelum atau selepas makan sebelum mengambil Salindah.