Set Hamil Salindah – Kegunaan Semasa Mengandung

RM261.00

Jika Usia Kehamilan: 1 minggu ~ 22 minggu maka Set Hamil Salindah ini sesuai untuk kegunaan seawal disahkan hamil & selewatnya pada minggu ke 22 hamil. Ia digunakan sehingga hampir hendak bersalin. Anggaran tempoh kegunaan 5~9 bulan.

SKU: ES-SETHAMILSALINDAH Category: Tag:

Description

Hamil lagi atau pertama kali?
Tahniah kerana bakal menimang cahayamata 🙂

Salindah, satu nama yang telah sinonim dengan ibu hamil – diamalkan  dan sejak lebih 40 tahun.

Set Hamil Salindah – terdiri dari 6 item produk SALINDAH yang dilabel dari B1, B2, B3, B4, B4 dan B6 sesuai untuk kegunaan seawal disahkan hamil & selewatnya pada minggu ke 22 hamil.

 

Jadual/Carta Masa Guna Salindah:

* Rujuk bar warna merah (B1~B6)
* B1 boleh diamalkan seawal disahkan hamil atau selewatnya pada minggu ke-22 hamil

jadual-cara-makan-ceraian-set-hamil-set-bersalin-salindah

Pada minggu ke-12, muka bayi kini mirip kepada rupa manusia.

  • Sel-sel saraf giat mengganda dan sinaps-sinaps sedang terbina.
  • Cap jari mula terbentuk dan lanugo (bulu halus) mula menutup kulit.
  • Janin akan kerap mengalami sedu bermula minggu ke-15, kaki memanjang dan sendi serta anggota sudah boleh bergerak.
  • Jantung, sistem peredaran darah dan salur kencing sudah berfungsi sepenuhnya.
  • Cecair amnion disedut dan dikeluarkan melalui paru-parunya.
  • Myelin mula membalut saraf tunjang dengan perlahan-lahan.
  • Faraj, uterus dan tiub falopio (perempuan) sudah berada di tempatnya dan zakar (lelaki) jelas dan boleh dicam menjelang minggu ke-20.
  • Verniks kaseosa mula membalut tubuh.

Bayi kini memerlukan zat besi yang mencukupi untuk penghasilan sel-sel darah merah. Deria pendengaran sudah berfungsi baik dan pankreas sedang berkembang.

Sel-sel saraf yang berfungsi untuk setiap deria iaitu rasa, bau, dengar, lihat dan sentuh sedang berkembang di ruang-ruang khusus dalam otak, membesar dan membina hubungan yang lebih kompleks.

 

Minggu ke-24, otak janin kini berkembang pantas dan bentuk tubuh- nya sudah sempurna. Imbasan otak menunjukkan bayi respon terhadap sentuhan dan saraf optiknya sudah berfungsi.

Responnya terhadap bunyi semakin konsisten, apabila jaringan saraf-saraf ke telinga sudah siap terbentuk. Matanya membuka dan menutup, tidur dan jaga mengikut jarak masa yang teratur. Jejalur unik atas permukaan otak mula timbul dan tisu otak bertambah dengan lebih pesat.

Bagi siibu, stria kehamilan mulai muncul di abdomen, punggung dan payudara. Mula terasa sakit dan kebas di jari, pergelangan tangan dan lengan disebabkan oleh terowong karpus membengkak dan saraf-saraf tersepit, menyebabkan tekanan yang dimanifestasikan sebagai sakit menyucuk atau rasa perit.

Pada minggu ke-27, rahim si ibu sudah naik dan hampir dengan sangkar rusuk mungkin akan menyebabkan rasa sukar bernafas. Si ibu juga akan mengalami kejang betis, buasir, urat simpul dan gatal-gatal pada perut.

 

Bermula minggu ke-28, paru-paru dan salur penghadamannya hampir matang sepenuhnya dan mula membuang air kecil melalui pundi kencingnya. Beratnya akan terus bertambah hingga sampai masa kelahirannya. Tengkoraknya masih lembut namun tulang-tulang di bahagian lain tubuh bertambah keras.

Si ibu memerlukan sejumiah besar protein, vitamin C, asid folik, zat besi dan kalsium yang mencukupi. Oleh itu, para ibu dinasihatkan untuk memastikan pengambilan terhadap keperluan ini mencukupi.

 

Pada minggu ke-36, kepala bayi sudah memasuki dan memenuhi ruang pelvis, membolehkan si ibu berasa lapang di paru-paru dan Perut. Bulu dan rambut semakin lebat, lapisan atas kulit akan menanggal apabila kulit baru mula timbul. Sistem organ si comel sudah terbentuk dan sempurna.

Si ibu akan mula mengalami kontraksi Brixton Hicks, rasa otot uterus mengecut dan mengeras. Otot-otot pencerut di kawasan saluran peranakan akan mula menganjal menjelang minggu ke-38.

 

Amalkan sekarang! Seawal disahkan hamil…

Additional information

Weight 500 g