Posted on

Salindah Bersalin Dah?

salindah-set lengkap, set hamil, set bersalin

Ringkasnya, Salindah adalah produk rumusan Homeopati, Biokimia & Herbalisme dicipta oleh Allahyarham Prof. Dr. Azizan Hj Ismail (DR. AZIZAN) yang dikeluarkan oleh Darulaman Homeophatic Laboratories (M) Sdn. Bhd yang terletak di Jitra, Kedah.

Produk Salindah adalah khusus untuk ibu mengandung dari awal kehamilan hingga lahbersalin. Memang terdapat banyak produk berkaitan ibu hamil dipasaran, tetapi yang menjadikan produk Salindah unik adalah kerana ia produk kategori HOMEOPATI keluaran 100% Bumiputera Melayu. Ia telah mendapat kepercayaan ibu hamil sejak 1980.

Pada 2010 ini, maka genaplah 30 tahun usianya di pasaran. Namun, perjalanan produk ini bukanlah mudah. Banyak rintangan dan tomahan dilemparkan semata-mata untuk menjatuhkan reputasinya.

Apa yang hendak saya kongsikan di sini sebenarnya bukanlah produk tersebut secara khusus tetapi berkaitan namanya: Salindah .

.

Dari mana datangnya nama tersebut?

Antara tafsiran popular saya temui dari laman-laman forum & web adalah “BerSALIN muDAH”.

Faktanya adalah, nama Salindah bukan diambil dari nama seorang wanita walaupuan ia adalah produk untuk wanita atau mungkin memang ada wanita bernama Salindah

Dalam satu kursus Pentauliahan Salindah (wajib untuk penjual produk Salindah yang sah), Prof. Dr. Hjh. Hamsiah binti Ismail (Pengurus Besar EEMSB, satu daripada syarikat kumpulan DR. AZIZAN) ada menyebut tentang asal usul nama Salindah.

.

Begini kisahnya….

salindah-prof-hamsiah-era-edar_1-300x258

Pada awal pengenalan produk Salindah , ia bukanlah bernama Salindah . Walau bagaimanapun formulanya tetap sama seperti Salindah sekarang.

Masa dulu-dulu, bila orang nak bersalin, maka akan dipanggillah mak bidan datang ke rumah ibu yang sedang sakit nak bersalin itu. Orang dulu-dulu bersalin di rumah sendiri yang diuruskan oleh mak bidan.

Jarak rumah mak bidan dengan rumah ibu nak bersalin tu pulak tak tentu. Kalau jauh lambatlah sampainya. Berkayuhlah si suami dengan basikal atau menunggang motosikal menjemput mak bidan datang.

Kadang-kadang bila mak bidan sampai, bersalin dah ibu tersebut. Mak bidan pun cakap “Laa, salin dah…” yang membawa maksud sudah bersalin sendiri tak sempat nak tunggu dia sampai.

Maka sebenarnya, nama SALINDAH tu diambil dari ungkapan mak bidan tadi iaitu SALIN + DAH.

Wallahu a’lam.