Kuantiti (berapa biji) & kekerapan (berapa kali sehari) bergantung kepada umur pengamalnya serta minggu mengamalkannya.
Katakan yang pengamalnya ialah kanak-kanak sekolah berumur 8 tahun, maka kuantiti yang perlu diambil ialah 3 biji bagi setiap kali ambil dimana pada minggu pertama kekerapannya ialah 3 kali sehari (contohnya: pagi, tengahari & petang). Minggu ke dua & ke tiga 2 kali sehari. Minggu ke empat dan seterusnya, sekali sahaja sehari.
Nota:
Jika anak anda (kanak-kanak berumur 8 tahun seperti contoh di atas) tidak dapat mengambil sebelah tengahhari (pada minggu pertama) kerana kesuntukan masa untuk ke sekolah, bolehlah mengambilnya sebelah pagi 4 biji & sebelah petang / malam 5 biji bagi mencukupkan 9 biji sehari.
Untuk mengambil Examo dari bekasnya, jangan dipegang dengan tangan. Tuangkan Examo ke atas bekas penutupnya dan terus masukkan ke dalam mulut.
Setelah Examo berada dalam mulut, kemam (hisap seperti mengambil vitamin c) & jangan terus telan seperti mengambil tablet ubat klinik. Examo mudah cair & kanak-kanak tidak takut untuk memakannya kerana rasanya sedap…
Jika anda berterusan mengamalkan Examo (setelah menghabiskan pek pertama), anda boleh makan seperti jadual Minggu ke-4 & seterusnya. Kuantitinya masih tertakluk kepada Umur si pengamalnya.
Untuk bayi / kanak-kanak kurang satu tahun, bolehlah dilarutkan Examo ke dalam botol minumannya (air masak) atau larutkan dengan sedikit air menggunakan sudu plastik & minum (ikut kaedah mana yang sesuai). Jangan guna sudu besi!
Perkataan Examo di atas merujuk kepada EXAMO-CKM500 (pek BIRU). Adapun EXAMO-CKM500 PLUS (pek HIJAU, berfungsi sebagai booster) hanya di makan 1 biji seminggu. Ia sesuai untuk kanak-kanak yang telah bersekolah (7 tahun & ke atas). Disyorkan untuk para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan untuk mengamalkan pek HIJAU & BIRU (EXAMO PEK KEMBAR).
Jika anda mengamalkan EXAMO PEK KEMBAR, jarakkan masa pengambilan antara pek BIRU & pek HIJAU anggaran 15 minit antara satu sama lain. Contoh, makan pek BIRU jam 8.00pagi & makan pek HIJAU jam 8.15pagi.
EXAMO sesuai untuk diamalkan oleh senmua peringkat usia dari bayi hinggalah warga emas. Untuk maklumat lanjut kebaikan EXAMO bagi peringkat usia berbeza, klik di sini.
Kaedah Menyimpan Examo
Jangan letak dalam peti sejuk atau berdekatan barang letrik seperti di atas tv atau komputer.
Pantang Larang
Elakkan pengambilan minuman berkarbonat (bergas)
Jangan pegang dengan tangan semasa hendak makan. Curahkan ke atas penutup Examo & terus masukkan ke dalam mulut.