Posted on

Kalkulator Tarikh Bersalin


 

Anda sendiri sebenarnya boleh menganggarkan tarikh bayi anda dijangka bersalin dengan mengira dari hari pertama haid terakhir anda.

Kehamilan anda seharusnya mengambil masa selama sembilan bulan dan tujuh hari, atau bersamaan 40 minggu. Ini boleh dilakukan dengan mengira dari hari pertama haid terakhir (last menstrual period – LMP).

Agak sukar untuk mendapat tarikh yang tepat dengan cara ini. Pengiraannya lebih tepat jika kitaran haid anda tetap dan berlaku setiap 28 hari.

Andaikan bahawa kitaran anda tetap dan boleh dijangka, jika LMP anda bermula pada 26 Januari dan persenyawaan berlaku pada 9 Februari, maka tarikh bersalin anda ialah 2 November. Anda boleh gunakan Kalkulator Tarikh Bersalin Online untuk membantu anda menganggarkan tarikh anda dijangka bersalin.

most fertile days

Doktor anda akan mengira tarikah bersalin anda semasa temu janji antenatal anda yang pertama. Anda mungkin melihat tarikh tersebut ditulis sebagai tarikh dijangka dijangka bersalin (expected date of delivery – EDD).

Ramai wanita mempunyai kitaran haid yang berbeza tempohnya. Oleh itu, mengira dari hari pertama LMP mungkin tidak memberikan anda tarikh yang boleh dipercayai. Imbasan ultrabunyi (ultrasound) anda yang pertama akan memberikan tarikh bersalin yang lebih tepat.

Semak Tarikh Bersalin anda sekarang di sini!

.

Posted on

Semak Tarikh Bersalin

Hamil Lagi atau Baharu Pertama Kali?

Tahniah kerana anda bakal menimang cahayamata!
Semak tarikh jangkaan bayi anda akan lahir dengan mamasukkan maklumat dalam Kalkulator Tarikh Bersalin (Due Date Calculator) di bawah. 
.

Kalkulator Tarikh Bersalin

most fertile days

 

.

Jarak antara haid

Jarak antara dua haid selalunya ialah 28 hari. Ia adalah jarak antara hari pertama haid bulan ini dengan bulan sebelumnya. Sekiranya ia tidak tetap, kira puratanya. Sekiranya anda tidak pasti, letak 28 sebagai nombor yang diperlukan.

Fasa luteum

Selepas proses ovulasi (pengeluaran telur dari follikel yang telah matang), follikel akan membentuk corpus luteum. Corpus luteum inilah yang mengeluarkan hormon progesterone. Keadaan ini selalunya berpanjangan sehingga 12 – 13 hari kecuali dalam keadaan mengandung. Sekiranya tidak mengandung, corpus luteum akan berhenti membuat progesterone dan haid akan datang dalam masa sehari atau dua selepas itu.

Bagi kebanyakan perempuan, fasa luteum ini adalah 14 hari. Ada wanita yang tidak subur yang mengalami fasa ini dengan lebih singkat. Untuk tujuan pengiraan sekiranya anda tidak tahu, fasa luteum ini diambil sebagai 14 hari.

Conception

The day you became pregnant – is estimated to have occurred about 14 days after the first day of your last menstrual period.

Tip

Only 5% of women have their baby on their due date.