Kaedah Pengambilan Examo
- Kuantiti (berapa biji) & kekerapan (berapa kali sehari) bergantung kepada umur pengamalnya serta minggu mengamalkannya.
Katakan yang pengamalnya ialah kanak-kanak sekolah berumur 8 tahun, maka kuantiti yang perlu diambil ialah 3 biji bagi setiap kali ambil dimana pada minggu pertama kekerapannya ialah 3 kali sehari (contohnya: pagi, tengahari & petang). Minggu ke dua & ke tiga 2 kali sehari. Minggu ke empat dan seterusnya, sekali sahaja sehari.
Nota:
Jika anak anda (kanak-kanak berumur 8 tahun seperti contoh di atas) tidak dapat mengambil sebelah tengahhari (pada minggu pertama) kerana kesuntukan masa untuk ke sekolah, bolehlah mengambilnya sebelah pagi 4 biji & sebelah petang / malam 5 biji bagi mencukupkan 9 biji sehari.
Jadual Cara Makan
Umur | _Kuantiti | ||
_Bayi kurang 1 tahun | _1 biji | ||
_Kanak-kanak (1-7 tahun) | _2 biji | ||
_Kanak-kanak (7-14 tahun) | _3 biji | ||
_Dewasa (14 tahun ke atas | _4 biji | ||
_Minggu | _Kekerapan | ||
_Minggu pertama | _3 kali sehari | ||
_Minggu ke-2 dan ke-3 | _2 kali sehari | ||
_Minggu ke-4 dan seterunya | _1 kali sehari |
Info lanjut, rujuk cara makan Examo-CKM500.
- Untuk mengambil Examo dari bekasnya, jangan dipegang dengan tangan. Tuangkan Examo ke atas bekas penutupnya dan terus masukkan ke dalam mulut.
- Setelah Examo berada dalam mulut, kemam (hisap seperti mengambil vitamin c) & jangan terus telan seperti mengambil tablet ubat klinik. Examo mudah cair & kanak-kanak tidak takut untuk memakannya kerana rasanya sedap…
- Jika anda berterusan mengamalkan Examo (setelah menghabiskan pek pertama), anda boleh makan seperti jadual Minggu ke-4 & seterusnya. Kuantitinya masih tertakluk kepada Umur si pengamalnya.
- Untuk bayi / kanak-kanak kurang satu tahun, bolehlah dilarutkan Examo ke dalam botol minumannya (air masak) atau larutkan dengan sedikit air menggunakan sudu plastik & minum (ikut kaedah mana yang sesuai). Jangan guna sudu besi!
- Perkataan Examo di atas merujuk kepada EXAMO-CKM500 (pek BIRU). Adapun EXAMO-CKM500 PLUS (pek HIJAU, berfungsi sebagai booster) hanya di makan 1 biji seminggu. Ia sesuai untuk kanak-kanak yang telah bersekolah (7 tahun & ke atas). Disyorkan untuk para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan untuk mengamalkan pek HIJAU & BIRU (EXAMO PEK KEMBAR).
- Jika anda mengamalkan EXAMO PEK KEMBAR, jarakkan masa pengambilan antara pek BIRU & pek HIJAU anggaran 15 minit antara satu sama lain. Contoh, makan pek BIRU jam 8.00pagi & makan pek HIJAU jam 8.15pagi.
- EXAMO sesuai untuk diamalkan oleh senmua peringkat usia dari bayi hinggalah warga emas. Untuk maklumat lanjut kebaikan EXAMO bagi peringkat usia berbeza, klik di sini.
Kaedah Menyimpan Examo
- Jangan letak dalam peti sejuk atau berdekatan barang letrik seperti di atas tv atau komputer.
Pantang Larang
- Elakkan pengambilan minuman berkarbonat (bergas)
- Jangan pegang dengan tangan semasa hendak makan. Curahkan ke atas penutup Examo & terus masukkan ke dalam mulut.