Terms & Condition

TERMS & CONDITION

Bayaran Balik
Semua produk yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan kecuali berlaku kecuaian dari pihak kami seperti produk rosak melebihi 70% sebelum dijual dan akan diganti produk baru.

Maklumat peribadi belian secara online
Jika membeli secara online , pastikan nama, alamat, poskod dan kuantiti diisi dengan betul pada borang. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan yang anda berikan ketika mengisi borang pesanan.

Selepas membuat pembayaran online
Sila sertakan bukti pembelian samada upload melalui borang atau upload melalui whatsapp jika membeli secara online. Ia bagi memastikan urusan pembelian berjalan dengan lancar. Maklumat pembelian akan disemak dan disahkan dalam tempoh 24jam. sekiranya tiada sebarang maklum balas, sila hubungi HQ.

Jaminan penghantaran produk
Semua barang adalah dijamin sepenuhnya berada dalam keadaan baik sebelum dipos oleh pihak kami. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan produk atas apa jua sebab semasa proses penghantaran oleh Pihak Perkhidmatan Kurier.

Produk tiada stock
Sekiranya berlaku dimana ketiadaan stok produk selepas membuat pembayaran, maka kami berhak dalam memberi pilihan kepada pelanggan kami samada:- Menunggu beberapa hari lagi untuk stok baru Demi menjaga integriti dan kredibiliti kami sebagai HQ, kami akan memulangkan kembali wang yang telah dibayar selepas mendapat persetujuan dari pelanggan. Sila pastikan alamat yang diberikan adalah wujud dan sah juga ada orang yang akan menerimanya. Sekiranya tiada, pelanggan dikehendaki menuntut barang di pejabat Perkhidmatan Kurier yang berkaitan. Sekiranya pembayaran lebih dibuat, baki wang akan dipulangkan semula kepada anda sama ada dalam sampul pos atau transfer ke akaun secara online dan akan dimaklumkan.

Cash On Delivery (COD)
TIADA KHIDMAT COD!
Ini adalah kerana melalui pembayaran online, kita dapat mengetahui maklumat kedua-dua belah pihak iaitu Pembeli & Penjual.

Kebanyakan Scammers menggunakan khidmat COD supaya maklumat penjual dapat disembunyikan sekiranya terdapat masalah pada produk tersebut (Fake/Rosak)

Tindakan penipuan daripada pelanggan
Sekiranya berlaku penipuan untuk mendapatkan kembali pulangan wang tanpa disertakan bukti-bukti yang diminta, pihak kami berhak membuat Laporan Polis dan Tribunal Pengguna bagi mengambil tindakan ke atas pembeli yang menipu.

Semua Terma & Syarat diatas adalah tertakluk kepada pindaan dan boleh berubah dari masa ke semasa tanpa dimaklumkan kepada pelanggan. Pelanggan perlu menyemak Terma & Syarat ini dari masa ke semasa yang dikira sesuai.