Testimoni Salindah

Petikan maklumbalas facebook/edaransalindah

testimoni-salindah_b1_18032014_1

testimoni-salindah-1

testimoni salindah  testimoni-salindah_b1_18032014_2 testimoni-salindah_b1_18032014_3 testimoni-salindah_b1_18032014_4 testimoni-salindah_b1_18032014_5 testimoni-salindah_b1_18032014_6 testimoni-salindah_b1_18032014_7 testimoni-salindah_b1_18032014_8

.

Testimoni Pengguna Salindah

testimoni_salindah_set_kehamilan

Koleksi lanjut testimoni, klik di sini

.

Petikan Blog Pengguna

  • Koleksi Testimoni Salindah ini dipetik dari Blog Peribadi Pengguna.
  • Salinan copy & paste ini adalah dengan kebenaran dari pemilik blog tersebut.
  • Ayat asal tidak diedit.


Salindah (Awal Kehamilan)

Alamat Blog: https://nurazwasafrina.blogspot.com
Tarikh Posting Asal: 12 July 2011

salindah set hamil, set bersalinSaya memasuki minggu ke 16 pregnancy. Kiranya sudah 4 bulan usia kandungan ini. Agak lama bertahan tanpa alahan, minggu ini saya dijangkiti virus selsema yang agak teruk. Bila dah selsema, automatik dapat batuk pula. Kali ini makan ubat pun, tak memberikan kesan apa-apa. Bertahanlah, cuma tak ambil mc lagi. Gagahkan diri untuk datang kerja.

Kali ini saya mengambil Set Salindah dari usia kandungan 12 minggu dan insyaallah sehingga selepas bersalin. Persediaan perubatan secara homepati. Bukannya apa, bila kenang-kenang semula kisah bersalinkan Fina yang agak ‘fobia’, saya cuba  Set Salindah. Tapi sebenarnya, tak semua pengalaman bersalin adalah sama, ada yang mudah, ada yang susah. Tak kiralah makan apa pun, cuma kita berikhtiar sahaja.

Pelbagai hasil testimoni yang saya baca di internet. Ada yang positif dan ada yang negatif. Bergantung pada keberkesanan dan cara pemakanan masing-masing. Bagi saya, masih terlalu awal untuk saya berkongsi kesan pengambilan Salindah ini. Baru makan botol B1. Itupun banyak lagi pil yang tinggal dalam botol tersebut. Macam tak luak pula. Lagipun pil nya saiz kecil sahaja. Seperti saiz pil vitamin c yang dibekalkan oleh klinik. Insyaallah, bila dah selesai dan selamat melahirkan anak kedua, saya akan memberikan testimoni berdasarkan pengalaman sendiri.

.

.

Salindah (Selepas Bersalin)

Alamat Blog: https://nurazwasafrina.blogspot.com
Tarikh Posting Asal: 28 January 2012

salindah set bersalin, set hamilDi atas adalah antara kebaikan penggunaan  Set Salindah yang saya cari di internet. Set ini saya gunakan seawal usia kandungan saya 12 minggu. Boleh juga dibeli secara berasingan seperti untuk penggunaan semasa mengandung sahaja, atau selepas bersalin. Banyak juga pil yang perlu ditelan. Nasib baik saiz nya kecil. Jadi, tak terasa tercekik di anak tekak.

Kalau dari segi awal mengandung, sebenarnya saya tak rasa banyak kesan kerana saya sangat bertuah ‘ditakdirkan’ tidak memperolehi alahan teruk semasa mengandung. Masa mengandungkan Fina dahulu pun begitu. Tidak alah sangat dan tidak alami muntah atau loya yang teruk sepanjang awal 3 bulan pertama kehamilan. Cuma kaki kejang beberapa kali di waktu malam tetap berlaku. Dan vena verikos di tepi betis kaki kanan. Masalah biasa yang tak boleh dielakkan. Jadi, nak share keberhasilan kesan makan Salindah untuk awal mengandung, rasanya tak terpakai untuk testimoni saya. Saya 100% makan ubat Salindah sahaja sepanjang tempoh kehamilan. Ubat vitamin yang dibekalkan oleh Klinik, saya tak makan. Bukannya apa, rasa banyak sangat pula ubat yang perlu dimakan kalau makan keduanya sekali.

Bagi proses sebelum dan semasa bersalin pula, saya makan pil seperti yang disyorkan. Apabila sakit kontraksi kerap, saya makan pil 15 minit sekali. Bagi saya, bukaan tetap lama. Memakan masa hingga 5 jam baru bukaan mencapai 10cm. Cuma apa yang membezakannya ialah, masa meneran untuk bersalin hanya lebih kurang 15 minit sahaja. Cepat dibandingkan semasa Fina dahulu. Agak lama, mungkin kerana anak sulung.

Selebihnya, selepas bersalin, saya rasa cepat sihat dan segar. Badan rasa bertenaga dan tidak letih. Tiada masalah untuk tidur malam dan boleh bangun dengan mudah untuk menyusukan Fiqah 3-4 kali semalam. Berbeza dengan waktu Fina dahulu, saya tidak boleh tidur sehingga seminggu. Badan keletihan dan terasa stress hingga menangis tanpa sebab. Mungkin kerana trauma dan sakit yang terlalu lama sebelum melahirkan Fina. Nasib baik tak meroyan. Dan vena verikos yang saya hadapi telah hilang setelah 2 minggu berpantang. Makan berselera dan luka  cepat sembuh.

Kesan pada baby pula, Fiqah cepat tanggal pusat seawal usianya 5 hari. Lahir dengan kulit bersih dan tiada lendir di bahagian kemaluan jika dibandingkan Fina. Fiqah juga tidak banyak kerenah dan tidak kuat menangis (setakat ini). Seorang bayi yang sihat dan aktif.

Sekarang saya sedang menghabiskan botol terakhir  Set Salindah iaitu L12. Secara peribadi, saya berpuas hati dengan produk yang saya gunakan. Mungkin selepas ini ada kesan selanjutnya pada perkembangan fizikal dan mental Fiqah semasa membesar atau tidak, Nanti saya kongsikan.

Pada saya, setiap produk yang kita ambil tak semestinya memberikan kesan sepenuhnya seperti yang diterangkan. Mungkin ia berbeza dan berlainan mengikut keserasian pada diri masing-masing.

.

Aku & BB

Alamat Blog: https://www.chantiqs.com
Tarikh Posting Asal: January 29th, 2010

salindah-pnhana-01today mama dah 24weeks..so kena ler mkn b2..actually nie adela supplemen yg gud for me n our bb..yerla pregnant nie byk vitamin yg diperlukan..maklumler share dgn bb everything..nie explanation skit for b2..

Salindah B2
Membekalkan zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, di samping menambah darah serta selera makan. B2 juga dapat menghilangkan sengal tulang dan kebas kaki tangan, mencegah serangan sejuk dan sakit gigi dan osteoporosis.

sile abaikan environment blkg yer..nie ler b2 itu..actually for me salindah nie ok sgt2..dr mula aku amik xdela byk prob sgt..mabuk trok2 xderlah..mls skit tu adela..alhamdulillah sampai 6 bulan nie rasa ok ler kan..

huhu..sesi gedik bersama bb..nie kalu papa tau..abis kite bb..hehehe..

 

.

Permata Hati

Alamat Blog: https://mohdzamri.com
Tarikh Posting Asal: April 3, 2010 – 7:18 pm

entry kali ini aku nak bercerita tentang anak. Setiap yang berkahwin sudah pasti inginkan anak. Amat pelik jika berkahwin tetapi tidak mahu anak. Aku pernah jumpa dan pernah dengar ada orang yang bercakap macam itu. Terpulanglah pada pendapat mereka.

Anak aku yang kedua ni lahir dalam serba senang dari segi selesa, kewangan dan lahir dalam keadaan normal. Bukan ikut tingkap macam kakaknya dulu. Anak kedua ini aku belikan Set Salindah. Alhamdulillah isteri aku makan dengan teratur. Tak sia-sia aku beli ratus2 harganya.

Masa lahir kulitnya nampak gelap tetapi sekarang ia lebih putih dari kakaknya. Kakaknya dulu masa lahir punyerlah putih tapi bila besar ni nak lebih kurang kulit aku je sawo matang! heheh

Anak kedua ni lahir dengan berat 3.0kg. Tetapi bukan itu yang aku nak bercerita pada entry ini. Aku nak bercerita tentang kebolehan anak kedua ini yang aku lihat.

Dalam masa 2 bulan dah dapat angkat kepala. masuk 3 bulan dah dapat meniarap. masuk bulan kelima, aku dah letak dalam walker dan badannya keras, kepala boleh tegak, tidak meliuk lentuk. Bila masuk dalam walker, kakinye ligat menolak-nolak ke sana dan kemari. Hari ini bila meniarap, dia belajar mengensot sampai dengan cepat. Aku cukup suka dengan situasi ini dan dia membesar dengan sihat.

Pernah aku terfikir adakah pemakanan Salindah itu membantu tumbesaran yang cepat seperti yang anak aku alami sekarang?

Mungkin juga ia adalah kesan dari Salindah. Tetapi banyak testimoni kawan-kawan terdekat mengalami situasi yang sama pada anak mereka yang baru lahir. Pada aku, bukanlah itu tujuan sebenar tetapi beli Salindah kerana mahu isteri aku bersalin secara normal tanpa keluar ikut tingkap!rpuas hati dengan salindah. paling syok ada remedi tambahkan susu.. elak anak kuning..dan alhamdulillah anak aku tak kuning dan susu aku banyak membuak.. so mulalah after bersalin aku menjual salindah.. sbb utama di aproduk orang muslim. sebab kedua di amemang berkesan, sbb ketiga tiada kesan samping.. sbb keempat .. takde rasa pahit.. manis jee semua.. dan sbb sbb lain.

.

 Aku dan salindah

Alamat Blog: https://serihati-mengandung.blogspot.com
Tarikh Posting Asal: Sunday, August 14, 2011

Pengalaman aku sendiri…. Ketika aku hamil, aku cari macam macam produk nak bagi bayi sihat.. tapi apa yg aku jumpa mengecewakan.,

Sekiranya anda mabuk, pening dan sebagainya doctor akan kata… itu adalah lumrah.. nanti bayi lahir you pun sihat leee… ooo oo aku kena tanggung la semua ni. Berapa bulan? tu bergantung pada nasib.. huhuuu. Silap silap sampai 9 bulan mabuknyeee Doktor Cuma cakap makan je asik folic tuu dan obimin… alamak.. standard jee benda tuu.,

Aku cuba cari produk lain tapi aku Cuma jumpa produk yang baik untuk kulit bayi.. untuk gigi bayi untuk sihat dan tiada satu pun yang betul betul baik untuk aku dan bayi aku…sepanjang sembilan bulan …

Sehinggalah aku berjumpa Salindah.

Inilah kali pertama aku jumpa produk tambahan yg lengkap untuk aku dan anak. Mula dari mengandung sampai melahirkan… satu satunya dipasaran.. selain dari tu semua untuk bayi saja.. dan tak membantu aku yg mabukk. Terutama.. bila urat biru rasa senggal.. sakit belakang..takde produk membentu.. kalau nak makan ubat sebarang, BAHAYA ia akan memudaratkan bayi .. tak mo aku…
yup most ubta kat farmasi mesti ada kesan pada ibu dan bayi..cuma kurang atau tak.. Sehinggalah sampai tahap aku cukup sendetif pada lebel lebel makanan yg entah apa apa diletaknya utuk bayi aku …

Bermula usia kandungan aku 2 bulan aku dah start makan Salindah B1 sampai aku selamat melahirkan… alhamdlillah… di labour room pun aku makan B6. memang cepat aku bersalin.. selalu kalu anak bongsu ambik masa 12 jam … tapi aku lebih awal dr tuu.. sakit sekejap jee mula pukul 1, pukul 3 tepat aku dah selamat melahirkan secara normal.

Aku amat berpuas hati dengan Salindah. paling syok ada remedi tambahkan susu.. elak anak kuning..dan alhamdulillah anak aku tak kuning dan susu aku banyak membuak.. so mulalah after bersalin aku menjual Salindah.. sbb utama di aproduk orang muslim. sebab kedua di amemang berkesan, sbb ketiga tiada kesan samping.. sbb keempat ..takde rasa pahit..manis jee semua..dan sbb sbb lain.

.

.

Koleksi lanjut testimoni, klik di sini